"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Urm... Geramnya Jika Tengok Baby.... Comelllll !

AQILAH QISTINA BARU LAHIR KE DUNIA (Belum 24jam) - 22/04/2007

Wink3... Walaupun anak Mama dah 4 orang... Jikalau sesiapa yang menyoal
"Ko nak baby lagi tak?"
Kompem jawapannya... "Nakkkkkk" huhuhu...
Nape? tak salah anak ramaikan? Meriah woooo. Macam2 karenah nak dilayan...

Tapi jangan salah faham.. tatkala ni Mama tidak lah mengandung walauput perut agak naik sikit dan badan kian "COMEL"..... ^_^

Actually, sekarang ni kalau tengok baby mesti geram yang teramat2 bila pulak yang montel, gebu tu... macam nak picit2 aja.... aduhai... pastu kalau baby baru lahir tu best aja nak cium bau dia... suker... Then tgk dia bila tidur, so kiut miut... alahai comelnya x boleh nak digambarkan dengan kata2 rasanya... ye la kan baby baru lahir suci bersih tiada sebarang dosa....

Then, bila nampak baby yang berumur 1 ke 2 tahun yang jalan ala2 nak jatuh... tersenyum sendiri... Teringat kaletah anak2 Mama yang 4 orang tu sewaktu seusia itu...

Niat di hati memang nak tambah baby... Hubby pun suka sangat bila cite pasal baby... Almaklumlah, Aqilah Qistina (bongsu setakat ni) dah cecah umur 4 tahun... bukan baby lagi, tapi kanak2 riang dah... sebab itulah agaknya bila tengok baby orang ni teramat2lah teruja... Tapi sabar....wink3... Insya'Allah 2 @ 3 tahun lagi agaknya...

Bagi Mama, setiap anak adalah rezeki dari Allah untuk kita... Kita yang mencorak kehidupan mereka. Pastinya setiap Ibubapa akan memberikan yang terbaik buat anak2 tersayang...

Membesarkan anak2 bukanlah perkara yang mudah... namun setiap perkembangannya teramat indah untuk dikenang... Setiap Ibubapa pasti gembira melihat kaletah anak2 yang kian hari kian membesar seiring dengan usia. Melihat dia membuka mata saat bangun dari tidur, tersenyum, ketawa, bergolek, mengesot, menggenggam, mengutip, merasa, merangkak, memanjat, bertatih, menyebut ayat pertama dan sebagainya... alangkah indahnya saat yang berlalu itu dan tetap terakam di kotak ingatan...

Aduhai anak... Sesungguhnya KAU anugerah yang tidak ternilai dari NYA...
Semoga menjadi anak yang SOLEH & SOLEHAH... Amin...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥