19.08.2012 (Ahad)
Alhamdulillah... Diizinkan oleh Allah S.W.T untuk bertemu lagi dengan Aidilfitri bagi tahun 1433H ini... Tahun ini Ninie sekeluarga berhari raya di rumah Mertua Ninie di Kuantan, Pahang. Tidak seperti tahun sebelumnya, tahun ini ipar duai kebanyakkannya beraya di rumah keluarga mertua masing² dan akan pulang pada hari raya ketiga. Jadinya keluarga Ninie sahajalah yang ada pada tahun ini.
Tema baju raya kami tahun ini adalah hijau... Wajib ada tema baju raya ye... Material kain pun sama... Bak kata orang beli sekayu gitu.. Tapi tidaklah sekayu... cukuplah setakat 17meter sahaja. Terima kasih buat Ibuku tersayang sebab sudi menyiapkan baju raya kami anak beranak walaupun dah hantar lewat... Love u much MUM....
-Bergambar dahulu sebelum beraya-
Anak Kembar Mama (Khalisah & Khairina). Aduhai Kakak...kenapa la buat mata cenggitu...
Si Adik (Aqilah) yang bukan main pandai lagi bergambar sekarang ni
Jom Bermaafan² dahulu
Love
Dengan Ibu & Ayah Mertuaku
Yang di kiri kanan tu adalah adik² iparku yang masih lagi bujang. Tapi yang perempuan tu tunggu masa je. Dah tunang...
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥