"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #DarlingNinieRakanUiTM. Show all posts
Showing posts with label #DarlingNinieRakanUiTM. Show all posts

Tuesday, 23 April 2019

Day 2 : AJK Skroll Konvo UiTM Caw. Pahang Kali ke 90

23.04.2019 Selasa
@UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

Alhamdulillah.... Hari ke 2 Majlis Konvokesyen UiTM Caw. Pahang Kali ke 90... Mama & kawan-kawan datang angin nak bergambar... sebelum ni masing-masing tiada angin nak posing2 ni. Kali ni siap jalan ke dewan besar tau... walawalawei...panasnya la hai... masih menggunakan khidmat Kak Niza sebab kamera telefon dia cantik berbanding kami yang lainnya... terima kasih ye kak...
#darlingninietwinpregnancy
#twinpregnancy22w
#darlingniniedanrakanuitm
#ajkskrollkonvouitmcawpahang

*Ninie*K.Fiza*K.Ana*K.Niza*Adik Wawa (Praktikal)


Monday, 22 April 2019

Day 1 : AJK Skroll Konvo UiTM Caw. Pahang Kali ke 90

22.04.2019 Isnin
@UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka)

Alhamdulillah... 1st day hari Konvokesyen UiTM Ke 90.... Terima kasih Kakak cantik Nor Haniza Barmawi atas gambar2nya ye....
#darlingniniedanrakanuitm
#ajkskroll
#darlingninietwinpregnancy
#twinpregnancy22w




Monday, 28 April 2014

Jalan² KLIBF 2014 Di PWTC, Kuala Lumpur

28.04.2014 Isnin

Sejarah untuk hari ini... Ninie bangun seawal jam 3.45pagi untuk iron kain baju sekolah anak² sebab kami sekeluarga sampai di rumah jam 01.30pg tadi...Huargh....Ngantuknya... En. Hubby ni memang nak kena babap ni...Suka sangat balik lewat²....

Hari ni Ninie mengikuti rombongan mak kiah ke PWTC, Kuala Lumpur...Pergi Pesta Buku untuk pertama kalinya... Tiada sasaran nak beli apa...Cuma sekadar nak rasai suasana di KlIBF 2014 sahaja.

Hari ini juga Ninie drive awal dari kebiasaannya. Jam 6.25pg dah panaskan enjin kereta..Anak² masih tengah bersiap² nak ke sekolah. Hari pun masih gelap. Anak² sila ke sekolah dengan Ayah hari ini ye...Mama nak ke tempat kerja terus dan nak cepat...

Jam 7.30pg, bertolak dari UiTM Kampus Jengka ke PWTC Kuala Lumpur untuk menghadiri Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF). Sampai di sana lebih kurang jam 11.00pg. Wah ramainya orang disini dengan rombongan sekolah² lagi...

Mundar mandir sana sini...Masuk booth itu ini.... Meriah rasanya dan lebih meriah kalau RM den tebal 6inci rasanya.Kikikiki...Berbaloilah jika membeli buku disini sebab setiap buku pastinya ada less. Ada juga yang dijual dengan combine buku. So harga memang murah lah berbanding kalau nak beli di kedai buku. Ninie Cuma melihat² sahaja dan terbeli juga sebuah buku Kamus Bergambar untuk si gegirl berkongsi dengan harga selepas less RM 15.25

Jam 5.30ptg kami bertolak pulang ke Pahang...

Pst...Pengalaman yang tak bestnya satu je...Kikikiki... Orang kampung macam Ninie ni masuk Bandaraya yang moden...Terpaksalah menahan minum sebab takut nanti nak membuang berikutan tandasnya yang moden bebeno. Dalam tandas tak ada kepala/pili paip ok! Cuma ada tuil untuk pancur air yang siap² basuhkan kita punya lepas membuang...Auuuu tak rela tau....Kikikiki...Mujur masa bersembahyang di suraunya ada tandas yang disertakan sekali dengan pili paip. Pergh...Lega.... (kikikiki...Nak tergelak pun ada mendengar pelbagai reaksi dan memek muka sesiapa sahaja yang baru keluar dari tandas di sini....Alahai...)

Sampai Bandar TAR Jengka jam 9.15mlm. Ninie balik ditemani Hubby yang datang jauh dari rumah semata² nak temankan Ninie balik rumah. Kami singgah makan sebentar. Si gegirl semuanya ikut kecuali Ihsan sebab ada kelas tambahan. Tq Dear...Love You Deep,Deep....Muuuah!










Monday, 4 February 2013

Program Riang Ria Bersama Staf Perpustakaan UiTM Caw. Pahang Part 04

Ha, jam pun dah pukul 12.00tghari. Waktu untuk check out. Lets go...Sebelum tu jom kita 'posing²' dulu ye....

No. Chalet kami. 708



Di Lobi Resort....

Berhampiran lobi ini juga terdapat satu kedai cenderamata yang boleh dikunjungi jika nak beli souvenir

Mama bergambar je lebih. Tak beli apa pun...weeeee

Jom kita gerak. Lepas ni nak pergi makan tengahari pula....





Apalagi... Jom kita mamam.....

Program Riang Ria Bersama Staf Perpustakaan UiTM Caw. Pahang Part 03

03.02.2013 Ahad
Dari semalam semasa OTW dah janji dengan anak² bertuah yang disini ada kolam dan bleh mandi sekali. Jadi bila bangun sahaja dari tidur, apalagi dituntutlah janji tersebut. Masalahnya pula, dari malam tadi hingga ke pagi hari... hujan sesekali berhenti dan hujan kembali. Ombak laut pun bukan main lagi kuat menghempas pantai. Pokok²pun meliuk lentuk ditiup angin. Apa² halpun kita mamam (sarapan) dulu ye.... Mandi kolam atau tidak, ikut pada cuaca....


Lepas makan, kelihatannya cuaca agak cantik untuk mandi kolam.... So apa lagi..Jom kita terjun... Family kita adalah yang terawal sekali melompat ke dalam tersebut. Pelampung dan google boleh pulak tertinggal tak dibawa. Mama memang lupa sungguh! Layan....







Dah lepas mandi, apalagi.... mulalah lapar. Masuk chalet, mandi dah siap berpakaian, semuanya sibuk terjah mencari makanan....

Program Riang Ria Bersama Staf Perpustakaan UiTM Caw. Pahang Part 02

Lepas aktiviti sukaneka, aktiviti bebas..ikut haluan masing². Kami sekeluarga? Jom pi posing²..... Layan....










Lepas mamam² jom kita balik bilik tidur.... Anak² bertuah walaupun ada katil, sibuk nak tidur menghadap 'aircond'

En. Hubby pun bukan main lagi berkelubung... sejuk siot... malam tadi hingga ke pagi asyik hujan sahaja sesekali diiringi bunyi guruh. Petir? urm tak tahu sebab tak nampak...weeee....

Program Riang Ria Bersama Staf Perpustakaan UiTM Caw. Pahang Part 1

02.02.2013 Sabtu 
 Jam 4.40petang sampailah kami sekeluarga di Lanjut Beach Resort... Apa²pun jom kita check in dulu. Our Family dapat CHALET... Alhamdulillah ruangnya amat² sesuai buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada AJK penginapan...


Dah check in, Solat Asar... Berkejar² bersiap untuk program yang telah diaturkan. Jam 5.30ptg akan ada aktiviti sukaneka untuk kanak² di pantai. Layan gambar...

Ihsan antara kanak² yang 'besar'

Semangat sungguh Ihsan sewaktu bermain. Syabas!

Anak² girl dengan aktiviti masukkan air dalam botol.



Masa ni acara bawa bola ping pong dalam sudu. Tengok tu... Adik siap pegang je bola tu bawa lari terus. Semua ahli kumpulannya buat begitu. Pecah perut ketawa lihat aksi kanak² ni....

Kumpulan lain masih ikut peraturan...



Acara penyampaian hadiah. Semua anak² staf dapat....



Yea.....yea...... Adik mencebik sebab nak angry bird kuning... Mana boleh nak oi... sorang satu je...

Bergambar bersama semua staf dan ahli keluarga masing²....