"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #MyBelovedHusbandADLI. Show all posts
Showing posts with label #MyBelovedHusbandADLI. Show all posts

Saturday, 18 October 2014

Handphone Baru Untuk Hubby (ASUS)

18.10.2014 Sabtu

Cadangnya nak survey je... Urm... Survey la sangat...Kikiki... Belek punya belek, Hubby berkenan dengan satu hp jenama ASUS ni. Kesian kat Hubby sebab hp sebelum ni macam dah pening. Whatsapp/FB pening² dah... Lama juga duk kat kedai sambil si gegirl naik bosan... macam² ragam keluar.

Keputusan muktamadnya Hubby jadi ambil hp tersebut. Asus Zenfon4 dengan harga RM350+memori 8G dan juga screen protector (murah je sebab kelabu asap je nampak skrinnya) + jelly casing. Ok lah tu.... Janji boleh WhatsApp dengan berFB serta ada GPS dan juga boleh melayari internet kan sayang kan? Hubby memang tak minat hp besar² sebab dia nak yang boleh muat² dalam poket seluar je. Kamera pun biasa² je dan tak ada flash. Kamera digital kan ada ujarnya.

Beli pun di kedai yang sama masa beli handphone Ninie dulu... di Kompleks Teruntum.


Tuesday, 8 October 2013

Cicah Buah Mempelam...

08.10.2013 - Selasa

Tatkala elok je masuk parking kereta, kelihatannya rajin betul pula Ayah mengupas buah mempelam comel ni.... Di tangan adik kelihatan sebiji mempelam yang nampaknya sedap bebeno dikulumnya. Eiii tak masam ke dik oi... Mama dah kecur air liur tengok. Macam best je...masuk rumah terus buat pencicahnya..Ala kicap+gula+belacan+lada kecil je.... Urm... masamlah..... Mama memang kalah sikit dengan masam² ni. Kalau masam² manis, its ok! kalau masam cenggini, alamatnya...gigit sikit cicah dan telan teruslah... Tak ape..tunggu yang selebihnya tu masak nanti baru makan.... Ayah.... banyak kemain dimakannya...


Thursday, 19 September 2013

Selamat Hari Jadi Sayang... Muahhhhh!♥

19.09.2013 Khamis 

Birthday En. Hubby hari ini... Selamat Hari Lahir yang ke 37 Sayang.... Love You Much.... Mama dah tempah kek dengan rakan kepada rakan seopis Mama... Alhamdulillah.... :)


Hubby dan Anak² yang teruja nak meniup lilin. Terutamanya si Aqilah... Haish...sokmo sibuk tatkala besday orang dia nih...babap kang...





Monday, 16 September 2013

Gambar En. Hubby Sepanjang Program Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Rantau Abang, Terengganu

Sekitar gambar En. Hubby sepanjang program Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Rantau Abang, Terengganu bermula 13.09.2013 Jumaat hingga 16.09.2013 Ahad.

Kata En. Hubby, Simposium ni best sebab tak le 'straight' sangat macam yang PVR. Almaklumlah... untuk Pegawai.... PVR Konstabel je...huhuhu....








Tentatif Program

Tiap² pagi mesti senam robik dulu...











Bersama salah seorang anggota Komando VAT69. Salah seorang yang masuk dalam pembikinan :
Dokumentari Sejarah Penubuhan Skuad Komando VAT 69

Suasana di Dorm Mess Pegawai...





Hari terakhir... Jejalan Bandar Terengganu dahulu....





Friday, 13 September 2013

En. Hubby Ke Terengganu

13.09.2013 Jumaat


Jikalau pagi² tadi sebelum Subuh Ihsan dah pun bergerak ke Pulau Pinang seawal jam 4.00pagi. Kali ini Mama pula hantar Ayah ke IPD Jerantut untuk Ayah mulakan destinasinya ke PULAPOL di Rantau Abang, Terengganu untuk menghadiri Simposium Guru-guru Kor Kadet Polis. Ayah ambil pilihan nak naik kenderaan Polis yang disediakan. Sampai di Jerantut jam 7.55pagi, Ayah bergerak jam 8.30pagi... Elok je Ayah bergerak, Mama terus meluncur ke tempat kerja. Sampai jam 9.45pagi. Mujur Mama dah minta izin dari Bos awal² semalam.

Jadinya untuk hari ini, Atuk & Nenek yang uruskan anak² gegirl Mama ke sekolah. Bermula malam ini juga, tinggallah kami 4 beranak sahaja.... urm... sedikit² takut juga. Almaklumlah tiada lelaki...kami anak beranak semuanya perempuan je...

Apapun, harapannya kedua²nya, En. Hubby dan Ihsan selamat pergi dan juga pulang. Ihsan dijangka pulang pada 15.09.2013 Ahad, manakala En. Hubby pada 16.09.2013 Isnin (Cuti Hari Malaysia tu..)

Sunday, 18 August 2013

Servis Mesin Rumput Ye Sayang....

18.08.2013 Ahad

Beberapa hari ni Abang duk sibuk pergi mesin rumput di rumah jiran² yang memang menjadi pelanggan tetapnya. Tambahan pula minggu ni adalah minggu terakhir sebelum persekolahan bermula pada esok hari. Jadi Abang pun mood rajinnya datang nak siapkan mesin rumput di rumah² yang berkenaan. Hari ni Abang bangun pagi... dalam sejam lepas pergi mesin...tiba² Abang balik. Aik? Awalnya balik..bekal air yang di bawa pun masih ada separuh lagi... Tersenyum Abang sambil memberitahu yang mesin rumputnya tiba² berhenti berpusing dan ada bunyi getaran di mesin tersebut....

Apalagi...Datang mood Abang nak menelek²... Ha..sambil dah terbarai tu... Abang cuci²lah apa yang patut.... Banyak dah jasa mesin rumput ni buat keluarga kami.....

Aiyark.... comotnya...ngeeee






Tengok...Semangat sungguh!




Habis barai dah... aiyok...sape buat....ha,ha....

Ok dah bersih dah....



Kerosakkan yang sebenar...Nampak benda alah yang panjang dan pendek tu? Itulah masalah sebenarnya...spring yang nak memusingkan mata mesin tu dah putus. Apatah ke nama bendanya tu tah.... So bersambnglah sesi memesin rumput setelah spare partnya dibeli nanti ye.... sekian...