Syukur Alhamdulillah selamat sampai di rumah setelah kepenatan di Plaza Low Yat. Rujuk entry sebelum ini @ klik SINI.
Apa yang kami cari? Seperti dalam entry sebelumnya, tujuan utama adalah nak mencari barang² komputer En. Hubby... Bukanlah jalan² makan angin. Di bawah adalah item yang telahpun dibeli di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada 28 & 29.06.2012 yang lalu...Berapa harga semua item ni agak²nya? Cer teka... wink3... Ini hanya item yang ada dalam 'check list' yang luar dari 'check list' pun ada tapi tak diambil gambarnya.
Yang bawah ni di 'close up' sedikit dari gambar² di atas ye...
Nak cerita sikit tentang pengalaman kami berdua tatkala ke sana. Mungkin ada yang tersinggah di blog Ninie ni boleh jadikan panduan buat anda juga.
1) Sila 'survey' item yang anda nak beli termasuk spesifikasinya seperti model, saiz, jenama (juga jenama pilihan lain sekiranya apa yang anda mahukan itu tiada stok). Sila juga pastikan anda tahu harga termurah dan termahal bagi item yang anda inginkan itu. Anda boleh merujuk kepada laman² web/ Google/ paling mudah lihat di lelong.com.my
2) Setelah siap langkah satu di atas, sila 'print' senarai tersebut dan bawa sekali semasa hendak ke sesebuah kedai ketika ingin membeli item tersebut. Bagi Ninie tidak perlu tunjukkan senarai barang dan harga pada pemilik kedai, cuma bandingkan harga yang kedai mampu tawarkan dan bandingkan dengan harga yang telah anda buat. Berbaloi/ berpatutan atau tidak.
3) 1st kedai yang kami pergi/masuk... pada mulanya kami hanya bertanyakan beberapa item kerana berpandukan senarai sebutharga yang kami ambil, item tersebut ada di kedai itu. Pada mulanya semuanya ok... tapi bila disebut beberapa item yang diambil dan ditelek tiada tanda harga, peniaga tersebut terus 'check' pada komputer. Kemudian boleh pula dicapainya 'calculator' buat kira² dan bagitahu kami harga item tersebut mahal sebenarnya. Bila disebut harga, cecah hingga 2kali ganda dari harga kami. Aduhai... Nak kena betul peniaga ni. Mula tamak agaknya... Dari 10 item yang disenaraikan, kami pilih betul² sama harga/kurang je dengan harga yang kami ada. So adalah dalam 3 item sahaja. Bukannya apa, bila item tersebu tiada di kedai mereka, mereka kata boleh cari tapi 'mark up' harga bukan main tinggi. Aduhai... Ada sedikit bengang kami dipermainkan sebegitu.
"Actually", Hubby bertanyakan item dan harga... Ninie pula pegang 'check list', bila peniaga tersebut sebut harga barang, Hubby akan pandang dengan 'hint' Ninie samada ok / tidak... Ninie memang 'standby' senarai ditangan. Jika harga yang ditawarkan lebih murah dari harga kami, Ninie akan jawab OK. Jika lebih dari RM10, samada geleng @ angguk. Maksudnya buat kira² / cari di kedai yang lain terlebih dahulu.
4) Kemudian ada sebuah kedai yang kami singgah pada hari kedua, aduhai... nak tak nak je melayannya... lebih kurang je... ditanya item ada, tapi kena pergi ambil kat atas sekejap. Sekejap apanya. Maunya 40minit menunggu untuk 1 item tu. Muka Ninie dah kelat dah. Hubby suruh senyum pun takde mood. Kami yang datang dulu dibuatnya tak tahu. Yang datang kemudian disibukkannya.
Nampak tak 3buah monitor gambar kat atas tu? Ha itu satu lagi yang memang buat kami kecewa sesangat. Model yang kami nak tu memang dah betul. Tapi yang mengecewakannya, Hubby 3kali tanya kepada peniaga ada tak port DVI pada monitor tu. 'Mesti ada punya' kompem je jawabnya. Dah 3kali tanya, kami pun ok la.
So kesilapannya disini... Walaupun Pekedai tu cakap ada, minta dia buka atau tunjukkan model item (display) tersebut pada kita. Suruh dia tunjukkan apa yang kita tanya itu jika dia jawab ada. Sebab kes Kami, bila dah sampai rumah, dah buka kotak.... rupa²nya port DVI tu tak ada walaupun memang sah dah tu model yang kami nak. Kata Hubby, lepas dibuat research semula. Model sama, tapi ada yang ada dan juga tidak port DVI tu. Aduhai. Hantu punya pekedai! Moralnya... Jangan sesekali percaya bulat² apa yang peniaga tu cakap. Kalau dekat sekangkang kera, mudah aja pergi hantar balik. Tapi kalau semata² nak ke Kuala Lumpur, tukar monitor tidaklah....
Secara kesimpulannya, bila dihitung² semula tambah tolaknya...kos segala bagai... bagi mereka yang duduk jauh dari Kuala Lumpur tu semata² pergi macam kami nak cari barang di Low Yat... Ambil pula masa hingga 2 hari sebab nak bandingkan harga. Lebih baiklah beli secara online. Sememangnya online rugi dari segi kos pos. Tapi buat kira² semula. Lebih jimat sebenarnya, nak ke sana semata²... Kos minyak kereta, Tol, makan, minum, tempat penginapan, kepenatan.... Dah tu layanan dari peniaga... Lebih baik beli secara online yang terang² nampak harga/ boleh buat perbandingan harga. Kos untuk pergi tu tadi jadikan sebagai kos penghantaran. Hampir semua kedai komputer kami masuk. Dapat murah pun tak banyak mana dari harga jika beli online...
Nota Mama : Sekadar berkongsi cerita.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥