Kerling jam di dinding dah pukul 12.15 tengah malam... Uwa... mengantuknya... duk menyiapkan pencil case zip tempahan dari guru sekolah Along dan dua headband Kak Ba... Alhamdulillah semuanya siap malam ni....
Baru nak gerak naik ke bilik, Hubby tegur... Tak nak tengok bunga ke? Last yang ni... Urm... siang tadi Abang ada cerita yang bunga Bakawali dalam pasu tu duk berkembang 2/3 malam ni... Yang belum berkembang tinggal sekuntum sahaja. Mungkin malam ni...
Jom ujar Ninie... memang ye... tengah berkembang mekar yang tinggal sekuntum tu... Cantiknya... Lama dah pokok Bakawali ni tak mengeluarkan bunga yang banyak. Ada 6 kuntum semuanya. Tapi tak mekar serentak la.... Tinggal yang terakhir untuk malam ni. Yang lain semua dah mekar malam² sebelumnya...(Cuba tengok yang dah menguncup tu ye..) Sebelum ni Ninie juga pernah buat entry pasal bunga Bakawali ni di SINI dan SINI.
Hubby yang menanam pokok ni...
Pokok Bunga ni daunnya bertukar warna merah mungkin disebabkan dah terlalu tua dan diletakkan terus di bawah cahaya matahari.
Tuesday, 18 September 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥