"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 31 August 2013

Malam Merdeka Ke 57

31.08.2013 Sabtu

Ayah seawal jam 8.00malam dah sibuk ke sekolah uruskan itu ini sebab malam ni ada tayangan video untuk budak asrama nya dan seterusnya sambutan malam kemerdekaan. Jam 10.30mlm, Ayah datang jemput kami semua ke sekolah pergi makan² dulu.... Tak ada banyak gambar... Biasa² sahaja...

Anak² dengan rakan² sepermainan mereka


Tepat jam 12.00pagi tengok bunga api... Ayah yang jadi tukang nyalakannya dari atas bukit...

Mama dengan Kak Fairuz bekas jiran masa duk rumah atas dulu. sekarang duk bawah... sekarang jiran jauh sikit....

Ihsan dengan rakan sekelasnya Danish Syahmi b. Zuzaimi

Tuesday 27 August 2013

Si Adik Yang Payah Tidur Malam!

27.08.2013 ANSelasa

Jam dah pun pukul 01.00pagi++. Si Abang dan Kakak²nya dah pun lena beradu. Walaupun Kakak² nya adakalanya membentak tak mahu tidur tapi disuruh², pergi nasuk tidur juga. Si Adik ni? Aduhai...Sibuk nak suruh 'popok' baru leh tido. Alasan sungguhh! Dah besar tapi manja lagi dia. Almakmaklumlah anak bongsu....

Adakalanya Mama yang tidur dulu..tapi bila terjaga kelihatannya Adik sibuk duk mengusik barang di meja solek Mama. Entah apa yang dimainnya kat situ. Mata Mama dah berat nak marah². Mama selalunya hanya berkata "Adik, dah malam...cepat tidur...esok sekolah...Kalau esok pagi Mama kejut tak bangun, Mama cubit bontot!" Adik cuma menjawab "OK..Tapi saya tak mengantuk lagi.".Haish... Bila tanya Nenek, adakalanya Adik tak tidur siang pun..Tapi malam masih payah nak tidur..selalunya area 01.00++pagi ke atas lah. Kalau sebelum jam 12.00pagi tu macam rasa pelik sangat.... Aduhai anak....

Ha..gambar bawah ni si Adik yang payah tidur... Bila dipaksa baring dan tutup lampu...terkebil² sekejap, termenung sana sini...pusing sini, pusing sana..barulah dia terlena... Lega sikit...





Sunday 25 August 2013

Mandi Kolam...

25.08.2013 Ahad 
Lokasi : Jerantut Hill

Dah lama tak mandi kolam... Anak² gembira bukan kepalang. Sejak semalam dah tak reti nak duk diam asyik menyebut² pasal kolam je walaupun berulang kali dah terangkan mandi kolam pagi esok (hari ini). Pagi ni bangunnya pun awal bukan main lagi... Teruja nak mandi kolam...

Jam 8.30pagi, keluar bilik cari sarapan dan bum! terjun kolam.... Mama? tak ada mood nak mandi hari ni sebab kurang sihat... selesema, sakit tekak dan sakit kepala. Teringin juga...Tapi tak mahu juga sebab tahu dah...airnya kompem sejuk! Pagi ini aman damai je sebab tak ramai yang mandi. Lebih kurang jam 10.00pagi cuma tinggal kami 6 beranak je yang berada di kolam tersebut....

Nasi lemak sarapan kami... Cuma RM 1.50 je... murah kan... Nasinya pun banyak...

Ayah yang mandi dan pantau anak² dalam kolam...Mamam tengok dari kerusi je sambil sekali sekala mata ni terlelap.


Bukan main lagi si Ayah berenang hari ini. Entah berapa round pergi balik...


Si Kakak nampaknya boleh dah berenang sikit². (Berbaju kuning)


Si Ayah yang berenag bersama anak²

Jam 12.30ptg, check out. Pergi makan, pergi shopping barang dapur di TF, Solat Zohor dan jom kita pulang. Urm... Mama yang kena drive sebab Ayah mengantuk sangat katanya...Haa.. itulah... berenang lebih sangat tadi...Maunya tak penat...

Saturday 24 August 2013

PVR :Perjumpaan Bersama Komandan Pahang

24.08.2013 Sabtu /08.00malam
Dewan Cemara Perumahan PDRM 01, Jerantut, Pahang
Komandan : Supt/SP Ruslan Othman

Gambar semasa di dewan....



Komandan : Supt/SP Ruslan Othman




Sunday 18 August 2013

Servis Mesin Rumput Ye Sayang....

18.08.2013 Ahad

Beberapa hari ni Abang duk sibuk pergi mesin rumput di rumah jiran² yang memang menjadi pelanggan tetapnya. Tambahan pula minggu ni adalah minggu terakhir sebelum persekolahan bermula pada esok hari. Jadi Abang pun mood rajinnya datang nak siapkan mesin rumput di rumah² yang berkenaan. Hari ni Abang bangun pagi... dalam sejam lepas pergi mesin...tiba² Abang balik. Aik? Awalnya balik..bekal air yang di bawa pun masih ada separuh lagi... Tersenyum Abang sambil memberitahu yang mesin rumputnya tiba² berhenti berpusing dan ada bunyi getaran di mesin tersebut....

Apalagi...Datang mood Abang nak menelek²... Ha..sambil dah terbarai tu... Abang cuci²lah apa yang patut.... Banyak dah jasa mesin rumput ni buat keluarga kami.....

Aiyark.... comotnya...ngeeee






Tengok...Semangat sungguh!




Habis barai dah... aiyok...sape buat....ha,ha....

Ok dah bersih dah....



Kerosakkan yang sebenar...Nampak benda alah yang panjang dan pendek tu? Itulah masalah sebenarnya...spring yang nak memusingkan mata mesin tu dah putus. Apatah ke nama bendanya tu tah.... So bersambnglah sesi memesin rumput setelah spare partnya dibeli nanti ye.... sekian...

Saturday 17 August 2013

RESEPI : Sayur Jantung Pisang


Bahan²
1 biji Jantung Pisang (Pastikan yang boleh dimakan. Silap jantung pisang boleh jadi pahit) – Dihiris/mayang nipis

*Bahan² dibawah sila tumbuk mahupun kisar…
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
9 biji lada kecil (Ikut pedas masing²)
Ikan bilis

Minyak untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara²nya :
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan² yang telah dikisar
2. Setelah naik baunya, masukkan jantung pisang yang telah dihiris tadi
3. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa.
4. Gaul sehingga masak

Tips:
* Setelah jantung pisang dihiris, jangan dibiarkan terlalu lama kerana nanti ianya akan menjadi sedikit kehitaman @ warnanya lebam disebabkan jantung pisang mempunyai getah. Seelok² hiris jantung pisang tersebut semasa sedang menumis bahan² yang telah dikisar tadi. Basuh, toskan dan terus masukkan jantung pisang tersebut. Insya’Allah hasilnya cantik macam gambar yang sertakan di sini.

Wednesday 14 August 2013

Aiskrim Malaysia Buat Anak²

14.08.2013 Rabu

Lepas siap memotong dan membasuh ayam juga sambil menggoreng ayam segera Ayamas, Sempat lagi Mama buatkan aiskrim untuk anak² seramai 4 orang tu. Sebelum² ni pun memang pernah buat. Kali ini perasa Tebu, Anggur dan Oren. Bukan main suka lagi mereka. Siap request nak aiskrim Jagung & sirap pula lepas ni. Tapi sehari boleh makan sebatang sahajaye..maksima Cuma 2 batang aiskrim seorang/hari. Demam ke selesema ke salah seorang, automatik semuanya tak boleh minum aiskrim tersebut sehinggalah yang kurang sihat tersebut sihat sepenuhnya.




Bila En. Hubby Datang ‘Rajinnya’

14.08.2013 Rabu 

Sampai je kat rumah lepas balik kerja… Mak oi… Sibuk betul En. Hubby Ninie ni duk mengemas² stor barang² dia yang sebanyak 2 tangki tong air… Tangki air yang selalunya orang letak atas bumbung rumah tu ye… Bukan tangki air hok kaler biru duk tadah air macam besar tong drum tu.
Huhuhu… Kemas ye sayang.. jangan tak kemas…. Lagipun mudah sikit jika nak berpindah nanti….
(Macam macam ada...)


Sunday 11 August 2013

Terima Kasih... (Tolong Tukar Tayar Kereta Mama)

11.08.2013 Ahad

Aksi Ihsan yang membantu si Ayah menukarkan tayar kereta Mama.... Terima kasih kepada kalian berdua. lots You All ketat²...