Hari ini, Abang Sayang tiada dirumah. Sibuk untuk menyiapkan kerja² wiring di rumah seorang rakan nun jauh di Gambang... Muhammad Ihsan (Along) pun tiada di rumah sebab menolong Atuk di rumahnya... Yea... rumah baru Ayah dan Mak Ninie hampir siap. Naik rumah bahagian depan dari kayu ke batu. Tinggal sikit je lagi... Wiring (Abang Sayang yang buat) dan top up sana sini sikit² lagi (siling, cat etc..) So tinggallah Mama dengan anak² girl aja kat rumah... Sebut pasal anak Mama ni... :
MUHAMMAD IHSAN (ALONG)
Badan Along sekarang ni bagai di pam². Bulan lepas timbang 49kg. ye 49kg! bagi kanak² berusia 9tahun. Kira dah obes ni. Tapi kalau bab main kuat kemain. lencun dengan peluh. Kekadang malam tak makan, tapi badan still gitu dan bertambah² besar. Ramai yang ingat Along ni dah Sekolah Menengah. Baju Mama Ayah pun boleh dipakainya. Seluar pun pinggang dah saiz 30. Nanti kita puasa ye... bio kurus sikit...
Ha, Anak lelaki yang sorang ni pun satu, suka betul mengacau adik²nya. Kalau datang angin dia bosan, siaplah... kang sikit² ada yang menangis dan datang mengadu "Mama...,Along buat saya..." Si Along ni kacau Adik bukanlah dengan tangan cepat. Tapi guna psikologi je... Guna kata². Contohnya...
Along tak nak kawan
Along tak main dengan...
Along tak mau bagi gula² kat awak
Awak tak cantik pun...
dan macam² ayat lagilah yang sememangnya bertujuan untuk menyakitkan hati adik²nya. Kalau Mama marah,jawapannya "Alah Mama ni bukannya sakitpun cakap macam tu" Memang lah tak sakit nak oi.. tapi sakit telinga Mama ni bila dengar suara adik² yang uwaaa... tapi Along ni tak makan saman. Yang tu le yang dia suka.. Aduhai. Berbuih Mama marah, tapi still kacau jugak.
Along ni walupun badan besar, tapi Masya'Allah... penakutnya bukan main lagi. Nak ke mana² mesti ajak salah seorang adik²nya teman walaupun nak pergi solat. Kekadang buat Mama naik angin betul sebab bila adik²nya tak nak ikut, siap... adalah ayat yang keluar dari mulutnya yang akan buat salah seorang (yang diajak tapi tak mahu teman) menangis. Geram betullah.
Satu lagi, si Along ni gemar betul ajak Adik²nya wrestling. Adik²nya apalagi. Peluanglah nak membelasah Alongnya tu. Tapi bila dah penat, siap... karang mesti ada gak yang menangis...
KHALISAH BATRISYIA
Sekarang ni bukan main lagi Mama tengok. Kalau bermain, pantang betul kalau cakapnya tak didengari. Apatah lagi kalau timbul rasa tak puas hati... Alamat cepat ajalah samada Khairina mahupun Qistina kena cepuk. Maksudnya, Kakak tak kira dah, kalau rasa tak puas hati @ marah waktu bermain ataupun bila berbual, siap... siapa yang bantah @ cari pasal dengan dia cepatlah si Kakak ni datang gi cepuk / cubit. Kekadang tu kalau ada benda di tangannya, tak kiralah apapun, yang itulah dibuatnya mengetuk. Then bila yang kena dengan si Kakak ni datang mengadu, Mama belum pun sempat bersuara, baru je memandang, Kakak dah Uwaaa menangis takut kena marah. Menangis pun menangislah, Mama marah juga kalau betul memang salah.
Berbeza betul perangai Kakak waktu kecil² dulu masa berumur 3tahun ke bawah. Masa lahir, Kakak ni kalau dilihat pada wajahnya, memang lembut aja berbanding kembarnya Kharina agak nampak garang sikit. Perangai Kakak waktu tu pun jenis mengalah aja. Kadang kala kesian Mama tengok anak Mama sorang nih.
Teringat lagi Mama, pernah suatu hari tu anak² Mama ni sedang bermain di laman rumah. Kakak dengan Khairina berebutkan sebiji bola. Mama tengokkan aja dari jauh, memang tarik menarik berlaku. Masa tu Twin berumur 2 1/2thn. Qistina 1thn 4bln sebagai pemerhati aja. Bila 2/3 kali berlaku perebutan, akhirnya Khairina yang sememangnya agak 'keras' waktu tu merampas bola dan Kakak mengalah. Tapi nampak rasa tak puas hati dari riak wajah Kakak, Kakak terus duduk atas rumput sambil menumbuk² rumput serta menarik² rumput dengan wajah yang mencebik sambil ekor mata memandang Khairina yang berlalu pergi bersama adiknya... Kesian Mama tengok Kakak waktu tu. Lazimnya, sejak kecil memang Kakak selalu mengalah/terpaksa mengalah dengan Khairina & Qistina. Itu kisah lalu. Sekarang perangai Kakak betul² berubah...
KHAIRINA BASIRAH
Anak nombor tiga Twin Khalisah. Masa baru lahir dulu, muka memang nampak garang, cengir gitu... perangainya pun boleh tahan. Si Kakak sikit² nak dicepuknya. Tak boleh nak dekat. Asyik dia je yang nak menang. memang pun Khairina ni yang akan menang selalunya...
Sekarang, agak manja... sikit² nak nangis. Kalau Mama silap cakap je, muka dah mencebik. Kekadang belum apa² lagi dah uwaaaa... sehari kalau tak menangis @ mencebik memang tak sah. Ish naik angin betul Mama dibuatnya. Tak aman. Macam ada baby kecil lagi kat rumah. Dah tu kalau menangis bukannya sikit² siap nak jerit² lagi. Memang buat Mama nak kena headache. Kalau bermain pun leboh kurang Kakak, cepat je tangan tu nak mencepuk. Aduhai.... Tapi Kakak lagi laju...
AQILAH QISTINA
Sekarang ni peelnya memang buat Mama headache. Tak boleh ditegur, tak boleh dilarang. Apatah lagi disuruh @ dimarah. Jenis yang memberontak gitu. Hari ni, awal² pagi dah wat peel. cari pasal dengan si Kakak. Tak boleh langsung kalau dilihat Kakak²nya senang² sikit. Ada je akalnya untuk menimbulkan kemarahan si Kakak. Sehari kalau tak buat Kakak²nya marah dan menangis umpama tak seronok hari tersebut. Senang kata, wajib cari pasal dengan Kakak. Si Khalisah dan Khairina pun apalagi, balas balik lah. Ha, sudahnya "Mama... Kakak/Khairina buat saya..." datang pada Mama sambil menangis. Selalu puncanya dari Adik juga. Tidaklah kesemuanya Adik. Tapi mostly from Adik lah...
Adik ni memang jenis yang tak boleh di tegur juga. Kalau Mama cakap JANGAN! Ha siap, yang itulah dibuatnya. Kalau disuruh sesuatu, selalunya tak mau buat. dibuatnya tak dengar aja. Kenalah kita panggil dan berlembut dengan dia... Kekadang tension juga dibuatnya... Kalau buat kerja sekolah pula, Mama cakap buat esoklah Dik.. tak kira, nak buat la² tu jugak. Tak mahu ditunjuk ajar pulak tu. Nak buat sediri juga. Takpelah Dik, ABC/123/alif ba ta je kan... habis lah senget benget, kecik besar tulisannya tu. Kalu menagis pula, macam bayi, tersedu sedan pastu nyusup bawah kerusi.
KESIMPULANNYA
Kesemua anak² Mama ni ada peel yang lebih kurang je... suka menyakat, suka menangis, manja, garang dan penakut... Along walaupun badan besar, hati kecik je... Anak lelaki tapi kekadang kalau marah lebih sikit, air mata nampak bertakung nak menangis. nak tergelak pun ada...Tapi sekarang tidak ada dah menangis teresak² macam masa kecil dulu...
Anak² girl pula, kalau menangis, bila datang mengadu tu... mesti cakap 'SAYANG MAMA/AYAH'.. Mama @ Ayah kenalah balas balik... "MAMA/AYAH SAYANG..." sebagai tanda memujuk. Kalau tak jawab atau sekadar "URM/ANGGUK" ha siap, sambung nangis lagilah jawabnya. Bila dah jawab "MAMA/AYAH SAYANG", barulah reda tangisan tu dan boleh tersenyum... Aduhai anak.....
Nota Mama :Walau apapun perangai anak² Mama ni, MAMA & AYAH tetap sayang kamu semua. Sesungguhnya anak² Mama & Ayah inilah penyeri keluarga & memeriahkan suasana hening walaupun adakalanya Mama dapat Headache... Berdenyut² pula tu. Sabar²...
Monday, 17 September 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥