"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday, 18 September 2012

Uwaa... Berdrama La Pulak... (Anak² 'Girl' Mama)

30.08.2012 (Khamis)
Sampai je di rumah... Anak² girl Mama semangat memberitahu... "Mama esok kami sekolah. Nak kena pegi jauh... Nak nyanyi..." Pelik juga waktu tu... Kemudian Hubby terangkan yang esok mereka akan ke Temin, Jerantut sebab ada pertandingan peringkat daerah... Nasyid, bercerita, hafazan dan sebagainya... Oooo... Petang tu juga dalam jam 6.40petang, Mama terima panggilan dari guru sekolah mereka memaklumkan kerana tak sempat nak buat surat...Anak² Mama 3orang ni masuk nasyid.

31.08.2012 (Jumaat)
Jam 8.30pagi lagi Mama dah kejutkan anak² bertuah. Maklumlah kalau cuti sekolah ni tak dikejut, lambat sikit la bangunnya nanti... Mujur mudah je bangunnya... Mama sibuk siapkan sarapan dan mereka semua tengok tv. Hari ni kan anak² girl Mama nak ke Temin bertanding... Katanya jam 11.30pagi nak bergerak... Jam 11.00pagi Mama, Ayah & Along semua hantar anak² girl ke sekolah. Ceria je semuanya...
Anak - "Mama, kami nak pergi kat tempat jauh ke?"
Mama - "Ye.."
Anak - "Kalau kami ngantuk nanti macamana?"
Mama - "Tidur ajalah.."
Anak - "Tempat jauh tu kat mana?"
Mama - "Jerantut..."
Anak - "Ooo..."

Bandar Jerantut tu dah biasa sangat dah anak² Mama ni pergi. Itulah bandar yang paling hampir dengan Lepar Utara ni. Selalunya, cari bahan dapur kat TF Jerantut ajalah... Jarang sangat kat tempat lain. Harga pun murah...

Sampai je di sekolah... dah ada rakan² lain yang menunggu termasuklah guru nya... Semuanya ceria. Menurut cikgu, hanya murid 6tahun sahaja yang pergi. Seramai 12 orang. Bertanding... Jika menang, ada rezeki boleh ke peringkat negeri pula... Wajah² ceria ketika menunggu van.





Jam 11.30pagi, van yang ditunggu pun tiba... Cikgu mula suruh murid² beratur dan naik van serta kereta yang ada. Bermulalah episod di sini....

Uwaaa..... Khalisah dah start menangis sambil menjerit² diikuti dengan Khairina. Si Adik Aqilah agak terpampam melihat kedua² Kakaknya menangis dan turut mula mencebik. Mama pandang wajah Adik dan terus pesan. "Adik, jangan nangis... nanti Mama dan Ayah tengok²kan Kakak..." Muka Adik berkerut² sesangat dah sebab nampak sangat nak menangis juga tapi ditahan. Pergh... episod nangis + jerit² lak di tengah panas ni. Tapi akhirnya, Adik pun meraung juga sebab baginya nanti Kakak²nya tak pergi, hanya dia seorang sahaja. Bayangkan situasi 3 orang anak perempuan Mama yang semua menangis terjerit² tak mahu pergi pula. Kelam kabut Mama & Ayah nak handle...Adus...

Mama cuba slow talk, semuanya taknak dengar. Ketiga²nya menjerit sekuat hati... "saya nak pergi dengan Mama". Bila Mama cuba nak bercakap... Masing² memang tak nak dengar. Bingit telinga Mama. Ikutkan hati, nak je Mama cubit & tampar budak² bertuah ni. Kemudian cikgu ambil Khalisah angkat masuk van walaupun tengah meraung kesedihan.

Khairina dan Adik lepaskan Mama pergi pada Ayah. Mama turuti cikgu dan slow talk dengan Kakak... Ambil masa juga, bila dijanjikan nanti Mama, Ayah bawa pergi beli mainan dengan 'calci yum' baru la reda tangisnya. Tersedu sedan menahan tangis...

Giliran si Adik pula kerana Mama nampak dia yang paling hampir. Diangkat oleh cikgunya juga masuk ke dalam van duduk sebelah Kakak. Alhamdulillah... makan pujuk akhirnya. Mata Mama mencari Khairina... Nun di sana dia berlari jauh hampir mungkin 50meter dituruti oleh Ayah... Mama pun terus membontoti. Tangisan Kahirina lebih hebat dari Kakak dan juga Adik. Jeritannya sekuat hati,seboleh²nya tak nak dengar langsung cakap Mama dah. Geram nak cubit aja dibuatnya. Akhirnya Mama dukung sumbat juga dalam van... dipujuk², reda sedikit tangisannya. Kakak, masih tersedu sedan... Adik dah ok... Khairina masih menangis² kecil masa van bergerak. Aduhai anak... berdrama pula kita hari ni. Berpeluh² Mama dibuatnya...
Khairina yang didukung Ayahnya selepas berlari... siap baring² lagi..
15 minit perjalanan, cikgunya sms yang semua anak² Mama dah ok. Alhamdulillah... Pada fahaman Mama, mungkin anak² bertuah tu ingat yang Mama dan Ayah pergi sekali. Maksudnya Kami yang hantar mereka. Sebab tu mereka bertiga meraung... Aduhai... Rakan² yang lain tu semuanya elok ada je... tak ada yang menangis pun...

Anak² Mama ni sebenarnya payah nak naik/tumpang/ikut orang... dari Along lagi... Tak kiralah siapapun... jiran² sebelah rumah yang kenalpun kalau ajak naik motor ke, kereta ke...aduhai payah sungguh... Memang takkan naik/ikut. Balik kampung/bandar pun takkan dinaiknya kereta saudara mara lain. Cuma Mama Ayah sahaja. Sekarang ni dah besar sikit baru nak ikut Mak Tok & Aki beraya/berjalan...

Petangnya Hubby dan Along yang pergi ambil mereka... jam 9.40malam mereka tiba di rumah masih lengkap berpakaian sekolah. Menagis² bila disuruh mandi. Bila ditanya... "dapat nombor berapa menyanyi tadi?"... empat jawab mereka... seronok? "Seronok.." Amboi nak boleh pergi tadi kemain lagi hebat raungnya... muka masing² keletihan. Lepas madi, tak tunggu lama dan juga tak perlu disuruh... masing² tidur sendiri...
Nota Mama : Ragam anak macam². Adakalanya sakit jiwa dibuatnya, Ada kalanya penghibur duka...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥