"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday 29 December 2021

Khabir Mesin Rumput Ke Tu???

Rabu, 29 Disember 2021

Aduhai anakanda bongsu MamaAyah si Muhammad Khabir. Kakak Khairina hantar gambar pada Mama yang berada di pejabat dengan caption OOTD hari ini. Amboi, siap pakai sarung tangan dan tutup kepala Ayah ye. Berangan nak mesin rumput.

Khabir ni memang, jenis teruja kalau tengok Ayah mesin rumput. Mungkin baginya hebat sungguh la Ayah ni.

#adliyanfamily2021 #muhammadkhabirmohamadadli #ragamsikembar

Video mesin rumput guna batang penyapu.

Tidur keletihan lepas mesin rumput pada hari ini. Kakak² pujuk masuk buaian tak mahu. Tau² dah terlentok. Aduhai la anak.


Saturday 4 December 2021

Khabir Masih Belum Sihat

 Sabtu, 04 Disember 2021

Sejak kuarantin, hingga kini kesihatan kami ni jap ok jap tidak. Demam sehari dua dah makan ubat elok baiknya... Tapi kali ni Khabir dah lebih 3hari masih lagi demam...badannya dedar je. Malam tadi badannya panas sampai berair matanya. Pagi ni bawa ke Klinik Ghazali. Mama pergi daftar dulu. Ditanya soalan itu ini... katanya prosedur sekarang, kalau demam kena dapatkan keputusan swab dulu. Negatif baru klinik ambil kes. Ada dua tempat yang boleh buat swab ni. Poliklinik @ Klinik Fadzilah. Oleh kerana hari ini Sabtu, maka pilihan yang ada adalah Klinik Fadzilah... Terus ke Klinik Fadzilah, beritahu (tunjuk kertas dari Klinik Ghazali) Staf klinik bagi borang suruh isi dan tunggu di kereta. Nanti dia datang. 

Mama kena pegang Khabir... mula je putik kapas tu masuk ke hidung, dia ok lagi. Bila makin ke dalam terus meronta menangis marah. Dah siap, tunggu je dalam kereta... tak lama kemudian staf datang sekali keputusan RTK tadi. Alhamdulillah, keputusannya negatif, lega rasa hati. (Harganya RM100) Terus bawa keputusan tadi ke Klinik Ghazali. 

Doktor bagi ubat demam, selesema dan antibiotik. Jika ubat antibiotik dah habis masih belum sihat, doktor suruh buat rtk lagi. Semoga Khabir cepat sihat ye... Walaupun dia tak berapa sihat (dedar) tapi aktif bermain. Cuma sebelum ni tak berapa nak makan minum sebab ada ulser di lidahnya. Hari ni nampaknya dah boleh makan dan minum. Semoga kian membaik dan tak mudarat. Aamiin... 

#adliyanfamily2021 #muhammadkhabirmohamadadli