Tuesday, 18 September 2012
RESEPI : Murtabak Maggi
Kuih kegemaran Along (Ihsan). Tapi kalau boleh tak nak sayur @ bawang... Amboi..demand... manalah sedap nak oi kalau tak ada bahan² tu...
Bahan²
2 Keping maggi (Ikutlah nak guna Maggi kari/ Maggi kosong) - Direbus dan ditoskan
5 Biji telur (Ikut kesesuaian)
Sedikit isi udang/ ayam/ daging kisar
Bawang besar (dipotong dadu)
Bawang putih (diketuk dan dicincang)
Lada kecil (Ikut pedas masing²)
1 Sudu besar Serbuk kari (Jika menggunakan maggi kosong) - Jika menggunakan Maggi yang berperisa kari, boleh menggunakan perencah kari yang tersedia bersamanya.
Sedikit sayur campur (Ikut citarasa anda) - Ninie guna daun kucai / bawang sahaja. (dipotong halus²)
Sedikit garam, gula, penambah perasa...
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara² Membuatnya :
1) Capurkan kesemua bahan (kecuali maggi) di atas dan digaul sehingga sebati.
2) Setelah sebati, masukkan maggi yang telah direbus dan ditoskan. Gaul hingga rata/sebati.
3) Goreng (disyorkan menggunakan kuali leper)
* Ikutlah kesesuaian anda nak murtabak tu besar mana...
* Gunakan api yang kecil sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥