"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday 28 January 2014

Ketiga² Gegirl Mama Luka/Berdarah di Kepala...

19.01.2014 Ahad
-AQILAH QISTINA-

Mama sampai di rumah lebih kurang jam 12.30tgh setelah bermalam di Kuantan malam tadi lepas recce jalan di Jerangkang Waterfall (rujuk entry di SINI). Mama tak terus pergi mengambil anak² yang berada di rumah Neneknya sebab Mama nak mengemas² rumah terlebih dahulu. Lebih kurang jam 2.30ptg baru mama pergi ambil.

Sampai je di sana, bermacam² cerita yang disampaikan..Yang ini nakal, yang ini buat perangai dan macam² lagi. Namun satu cerita yang menarik minat Mama...Kepala Aqilah berdarah disebabkan terhantuk pada tiang!. Berdasarkan cerita mereka dan Neneknya... Semalam 18.01.2014 Sabtu, anak² bertuah ni mandi di luar rumah...mandi kolam dan terlalu gembira. Masa tengah bermain dan bergurau senda entah macamana ceritanya antara Adik dengan Khairina...Tiba² Adik terhantuk pada bucu tiang (tiang bentuk empat segi) dan luka. Cerita Adik dia menangis bukan main lagi.... Hari ni kesannya Mama tengok tak teruk mana. Macam melecet je kulitnya...Aduhai anak...



20.01.2014 Isnin
-KHAIRINA BASIRAH-

Sepertimana biasa anak² Mama akan keluar bermain pada sebelah petang selepas sekolah KAFA dan baliknya jam 7.00++ptg @ bila nun sayup kedengaran bunyi azan. Sepertimana biasanya juga mereka akan naik mandi. Ihsan sentiasa menggunakan bilik air di sebelah bawah manakala ketiga² gegurl akan menggunakan bilik air sebelah atas. Mandi bersama² dan selalunya akan bermain juga. Tak sampai pun 5minit tiba² kedengaran suara Khairina cemas dan meluru turun. Dia bercakap sambil menunjuk² kepalanya namun dek kerana Khairina cemas sangat, Mama langsung tak faham segela butir bicaranya. Mama Cuma duk telek kepada tangannya yang menunjukkan kepalanya. Mama tengok tak ada apapun. Namun bila keluar ayat “Mama saya tak mati kan?” Mama mulai pelik. “Kenapa pula ni getus hati Mama”... Selang beberapa minit terlihat ada darah yang mengalir di belakang kepala. Sah luka namun tak pasti sebab apa. “Along cepat ambil kain lampin kat atas” arah Mama pada Along yang baru selesai mandi. Along meluru naik ke atas dan ambil kain beri pada Mama yang dah bawa Khairina duduk di kerusi dan Mama dah Nampak tempat/puncanya. Mama terus tekap pada luka. Khairina menangis namun bibirnya mengucap tak puus². Nak tergelak pun ada masa situasi itu “Laiilaha illaAllah “ ujarnya berulang² masa Mama tekapkan kain pada luka tersebut sambil dia menangis teresak².

Tak berapa lama kemudian darah yang mengalirpun terhenti. Mama cuba tengok kesan luka. “Masya Allah” berlubang sedikit lebih kurang 7mm danjang dan dalam juga. Seriau rasa hati Mama dan berderau darah dalam badan Mama ni rasanya. Mama suruh Khairina bertenang dan katakan padanya yang lukanya ok tak apa² dan darahpun dah berhenti mengalir. Walaupun masih teresak² namun percakapannya lebih mudah difahami berbanding sebelumnya. Apa yang Mama faham dari cerita Khairina.... Khairina nak mandi, tadah air dalam baldi...Kemudian Khairina nak celupkan kepalanya dan baldi (mungkin air sikit sebab rambutnya tak basah pun) dan Khairina angkat kepalanya semula kemudian kepalanya terhantuk kepala paip. Kepala paip dalam rumah ni tak ada yang plastik. Jadi... boleh dibayangkan betapa kuatnya kepala Khairina terhantuk dengan luka sebegitu. Mau berdenyut kepala dibuatnya.

Darah dah berhenti Mama pimpin Khairina naik ke bilik air untuk bersihkan darah yang telahpun kering dirambutnya. Aduhai bau darah hanyir ni memamng meloyakan tekak. Khairina dah tak menangis lagi. Mama suruh dia mandi macam biasa tapi jangan basuh rambut/kepala. Kemudian diisi minyak gamat. Doa Mama agar Khairina tak apa² dan juga tidak demam. Khairina juga seboleh²nya tak mahu pergi klinik. Sebab tu agaknya lepas mandi, makan disuruh buat kerja sekolah moodnya nampak ok je takde apa². Tapi lepas buat kerja sekolah asyik duk berkepi dengan Mama sampai tidurpun nak pegang tangan Mama. Mama rasa badan Khairina dedar je. Mama suapkan Khairina ubat sebab risau dia demam. Mama tengok pada lukanya dah tak keluar darah lagi Cuma orang kata apa tu? Air bisa yerk? Mama lapkan dan Khairina tidur... Malam ni juga Mama Whatsapp pada Bos takut esok tak boleh masuk office sebab nak bawa Khairina ke klinik risau kalau terkena jangkitan kumam. Alhamdulillah Bos OK dan izinkan Mama masuk lewat ke opis esok. Syukur..selamat cuti tahunan Mama. Maklumlah masih di awal tahun lagi.... Sayang cuti ooooo....









28.01.2014 Selasa
-KHALISAH BATRISYIA-

Hari ini satu lagi kejadian yang tak di duga berlaku...Allahu Akbar...

Sepertimana biasa...Petang anak² Mama akan keluar bermain...Jam 7.15ptg akan balik ke rumah...Dan macam biasanya juga...Kalian akan disuruh naik mandi. Ketiga² gegirl Mama ni kalau waktu 'baik' sentiasa bekerjasama bila bermain hatta dalam bilik air!. Kebiasaannya juga tatkala ini Mama akan sibuk di dapur menyediakan/mencukupi makan malam.

Selesai..dari bawah terdengar suara riuh keriangan anak² bermain dalam bilik air...Aduhai anak..masih tak serik² walau berulang kali diingatkan agar tidak bermain cuma mandi sahaja! Masa Mama melangkah tangga untuk naik ke atas...sampai je di tengah² kedengaran bunyi dentuman kuat dari bilik air tersebut serta kelihatan Khairina & Aqilah berlari keluar dari bilik air dengan muka yang cemas...Allahu Akbar...Apa pula kali ini...Tak dapat dibayangkan oleh perasaan. Yang pasti degupan jantung Mama begitu laju...Mama kian cemas bilamana tak nampak kelibat Khalisah dan serentak je Khairina menjerit "Mama...Kepala Kakak!" Mukanya juga kelihatan begitu cemas. Terlepas terus beg tangan Mama yang dibawa bersama...sedangkan dalamnya ada handphone dan beg tak berzip. Pantas Mama berlari naik ke atas mencari Kakak sambil berdoa tiada apa² yang berlaku kepada Kakak. Ye...hati Mama cukup takut...takut sangat²! Sampai je atas, kelihatan Khalisah keluar dari bilik air sambil memegang kepalanya. Makin kuat debaran di hati Mama. Macam biasa, Ihsan yang kebetulan membontoti Mama terus mencari kain tanpa disuruh.

Khalisah mula merengek sambil menunjukkan kepalanya. Mama tengok tetapi tiada apa². Diamati semula...Ya Allah..ada kesan luka! Aduhai anak.... Mama capai kain yang telah Ihsan sediakan dan teus tekap. Mama amati betul²...Mujur lukanya tak sedalam mana. Mama suruh Ihsan jenguk keadaan di dalam bili air. Kata Ihsan...Singki jatuh dan pecah. Allahu Rabbi...Macamana boleh jadi begitu? getus hati Mama. Khalisah merengek² sebab takut Mama bawa ke klinik...Takut sungguh dia nak ke klinik. Beberapa minit ditekap darah kelihatannya berhenti.Mama suruh Khalisah pakai baju.Nak tak nak bawa juga ke klinik sebab tak nak jadi macam Khairina tempoh hari...Khalisah meengek lebih kuat sambil menangis² kali ini...

Mama dan Ayah bawa Khalisah ke klinik sementara Ihsan ditugaskan untuk lihatkan/jaga Khairina & Aqilah di rumah.... Alhamdulillah...Tak perlu dijahit cuma dicuci sahaja... Khalisah mulai lega setelah semuanya selesai walhal masa atas katil tadi dah mula menangis² kecil. Sabar ajalah... Selesai..Khalisah mulai tersenyum.

Sampai di rumah...Hubby & Ihsan kemaskan bilik air yang dah bersepah tadi. Singki memang pecah tak boleh digunakan lagi. Bila di soal siasat...Rupa²nya mereka bermain di bilik air..Khalisah pula memanjat dan duduk di atas singki. Itu yang menyebabkan singki berkenaan jatuh. Namun bila ditanya mengapa Khalisah memanjat.."Saja" jawabnya...Kalau diikutkan hati...kecil besar, kecil besar je Mama nengokkan kamu nak.... Bila ditanya mengapa kepalanya boleh berdarah? Kena pada apa? Khalisah tak tahu mengapa boleh jadi begitu... Alhamdulillah syukur tiada yang teruk terjadi pada kalian.... Sesak nafas Mama dibuatnya oleh ketiga² gegirl Mama nih.... Haish...Mana ada ibu tak sayangkan anak...









Sunday 26 January 2014

Berkelah Di Air Terjun Berkelah, Maran, Pahang

26.01.2014 Ahad

Hari ini walaupun perbincangan @pun perancangan secara tiba² je.... Kami sekeluarga jadi untuk berpicnic di Berkelah. Hubby juga turut mengajak beberapa rakan²nya untuk turut serta.... Ok... Macam biasa, port untuk menunggu di Petronas Batu 12.

Anak² bertuah ni biasa le dengan aktiviti masing² apabila 'puas' menunggu.



Ok...semua dah ada...jom kita gerak...Jam pun dah 11.30pg...

Sampai je di jambatan putus tu..laluan sungai terhalang dengan lori yang tersekat...dan usaha menarik pun dilakukan...Azmi Tawil cuba menarik menggunakan keretanya...Alhamdulillah,,,,

Gambar di bawah ni pula sekumpulan orang² muda belia sedang meratakan tanah/laulan di sungai berkenaan tempat di mana kesan lori tersangkut tadi sambil dibantu yang lainnya...

Rupa²nya 2buah kereta nak lalu... Myvi dan Alva...agak perlahan juga...ye la nak meredah sungai kan...


Alhamdulillah...sampai juga akhirnya.... Anak² sibuk nak madi sungai..Ok Silakan.... Mama? Laparnya...


Mama suap si kecil ni makan...tadi dah siap suapkan si kakak²nya...Kalau tak bersuap, laju je nak terjun balik ke sungai...

Bukan main lagi anak² bermain air....


Yang bawah ini pula gambar orang baru balik dari treking ke air terjun di atas sana tu...Kami tak naik memandangkan ada anak²...Takut tak larat pula nanti. Dengar cerita, air terjunnya cantik. Mungkin lain kali kami akan naik ke sana juga. Tapi tidak la hari ini....

Main apa twin Mama ni ....


Dah selesai...Jom kita pulang....



Saturday 25 January 2014

Makan Malam Di Kedai Makan AREA, Kuantan

25.01.2014 Sabtu 

Jom pi mamam... My MIL ajak cuba di AREA ...Berhampiran dengan SMK Paya Besar. Memang murah..Mulanya ingat habis hampir RM100++. Tapi bila Hubby nak pergi bayar...Harga total dalam RM70++ je.... Lain kali boleh datang lagi.








Singgah Sebentar Di Berkelah..Tapi....

25.01.2014 Sabtu

Hari ni kami sekeluarga pulang ke Kuantan.... Bergerak selepas Zohor. Masa OTW dan sampai di kawasan Maran, Ninie terpandangkan papan tanda 'Air Terjun Berkelah' lantas cakap pada Hubby..."Kita selalu ke Jerangkang, tapi tak pernah ke Berkelah. Kenapa ye? Macamana lah agaknya rupa air terjun kat dalam tu...?" Dalam duk bercakap tu tiba² Hubby membelokkan keretanya masuk ke simpang Air Terjun Berkelah. "Nape ni?" soal Ninie... "Kata tadi nak tengok air terjun kat sini.. Jom la kita masuk" Ujar Hubby... Haish... Pulak dah...gumam hati Ninie memandangkan jam dah pukul 5.00ptg. Tapi sebab Hubby kata nak masuk jenguk² je... Its ok... Lagipun selalu/kerap nampak kenderaan/kereta duk masuk ikut laluan ni.


Sungainya dekat tepi jalan sepanjang laluan je... Bersih/jernih airnya

Sampai di kawasan jambatan... Jambatan runtuh. Laluan putus...Ini mungkin sebab banjir besar tempoh hari.... Tapi...boleh je kalau nak lalu juga... Laluan sungai le....


Notis Pemberitahuan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Jomkita pulang. Tapi Hubby kata nak datang balik berkelah/mandi manda esok. Nak ajak rakan²nya sekali...Pulak dah....

Saturday 18 January 2014

Recce Jalan Di Jerangkang Waterfall

18.01.2014 Sabtu

Ninie temankan Hubby ke Jerangkang Waterfall. Anak² tersayang ditinggalkan bersama² Atuk & Neneknya. Kata Hubby hari ni hanya untuk recce jalan sahaja sebelum program yang bakal dijalankan pada tahun baru cina nanti. Anak² kebetulan lama tak duk dengan atuk & nenek... gembira bukan main lagi mereka.

Kami berdua bertolak dari rumah jam 10.30pg setelah selesai hal² yang dirasakan perlu. Janji untuk berjumpa dengan rakan lainnya di kedai makan berhampiran Masjid Kg. Gelugor. Hari ni Hubby ambil jalan Lepar Utara-Sri Jaya-Kg. Gelugor. Jam 11.45pg kami tiba. Ninie hanya tunggu di dalam kereta sebab kelihatannya yang ada cuma kaum adam sahaja.

Jam 12.30tghri kami mula bergerak ke Jerangkang Waterfall. Kali ini sebanyak 5 buah kereta termasuk kereta kami. Bentuk jalan yang biasa dilalui agak berbeza mungkin disebabkan faktor hujan lebat dan juga banjir sebelumnya. Jam 1.45ptg kami selamat tiba disini. Kelihatannya terdapat orang lain yang turut berkhemah disini. Almaklumlah semalamkan Cuti Thaipusam bagi negeri² yang terpilih sahaja. Pahang tidak termasuk ye... Ninie dan Hubby tak mandi Cuma melepak² sahaja dan juga mendaki bukit untuk ke air terjun yang kompem cantik! Airnya masih biru kehijauan. Papan tanda kelihatannya masih baru dipacak disini. Sayangnya... Jika sebelum ini kemudahan yang ada berfungsi dengan baik tetapi tidak pada hari ini. Tandas² yang ada sudah hilang paip apatah lagi kepala paipnya! Aduai manusia... langsung tak hargai @ hampeh la senang kata yang pergi ambil semua tu. Kan dah susah! Tapi takpe...air sungai yang sejuk hingga ke tulang itu masih ada.

Jam 3.00ptg, perjalanan diteruskan. Perancangan awalnya Hubby (Hubby disuruh lead konvoi oleh Najib.Haish...) nak melalui jalan Jerangkang-Berakit-Sri Jaya. Namun perancangan berubah sama sekali bilamana bila perjalanan diteruskan... Allahu Akbar... Laluan kami terurus disebabkan jambatan untuk melintasi sungai terputus! Mungkin sebab banjir besar baru² ini. Mujur jalan di sini bercabang. Maksudnya tak boleh lalu jalan ini, kita cuba ikut jalan lain pula. Hubby ambil laluan lain, terdapat satu lubang di tengah jalan disebabkan tanahnya mendap/runtuh. Bawahnya terdapat anak sungai.Sekali lagi perjalanan kami diuji..jambatan yang menjadi penghubung jalan runtuh juga. Paras air sungai juga kelihatannya masih tinggi dan airnya laju. Tapi masih ada lagi cabang jalan yang boleh kami lalui. Tatkala kami melalui jalan² ini terdapat beberapa tapak kaki haiwan yang ditemui seperti harimau, tapir dan beruang (mungkin) dan yang pasti banyak terdapat tahi gajah!

Akhirnya kami sampai di kawasan perkampungan orang Asli dengan tanpa perlu berpatah balik mengikut laluan jalan yang sama. Kiranya macam pusing je la.... Beramah mesra dengantok batin disini sementara dan kebetulan pula ada seorang rakan kami yang mengenali orang Asli disini siap dapat cenderahati Ubi Kayu Gajah lagi. Alhamdulillah murah rezeki dia. Hubby ambil terus jalan yang cantik iaitu keluar melalui Paya Bungor. Hihihi kalau keluar melalui jalan masuk tadi...Haish...... Habis bergegar². Ikut jalan ni memang cantik! Idok ler bergegar² sangat al maklumlah jalan kampung bukannya jalan hutan weh!

Kemudian kami semua berhenti makan. Jam pun dah 7.00ptg. Lapar perut dibuatnya. Makan kami dibelanja pula oleh Khairul. Kenalan baru bagi Hubby & Ninie. Terima kasih daun keladi. Semoga bertambah² lagi rezeki nanti dan boleh belanja lagi...kikiki....

Selesai makan Hubby ajak balik Kuantan. Pulak dah? Ini tak masuk dalam perancangan ni. Anak²? Haish... Sebab laluan keluar kami paling hampir dengan Bandar Kuantan dan masih jauh dengan rumah. Mana²lah cik Abang oi... Urm..Malamnya Hubby siap pergi minum pula dengan rakan² kembara di Kuantan. Ninie... Tito...... Zzzzzz. Anak² Ninie dah call dan Alhamdulillah...semuanya Ok... Esok Huby janji nak balik awal... Pastikan ye Cik Abang... Banyak kerja menantiku di rumah nun...hihihi.....

Sekitar gambar kami di sini :

Kereta Hubby meragam jap waktu ni... Tiba² off...Haish...babap kang...



Orang lain duk harung sungai..Kami tengokkan je dari atas jambatan :)

Setibanya kami di sini...Terus berkumpul. Kemudian ada yang mandi sungai...

Kami berdua? Ke atas... tengok² air terjun...Cantiknya!

Perjalanan diteruskan.... Jumpa banyak najis gajah di kawasan ini.


Ada kereta (Khairul) yang tersangkut bila melalui anak sungai....



Besarnya! Sama besar dengan tapak kaki kami suami isteri.... hihihi...if bertemu...Sure Ninie yang 'seram'

Antara jambatan yang runtuh dan menyebabkan laluan kami beralih arah...



Jambatan runtuh...Aik...Jalanpun runtuh juga...Urm.... Abang Mat duk merasa² kepadatan tanah samada selamat untuk dilalui mahupun tidak.

 Meninjau laluan/jambatan yang runtuh teruk dan paras air sungai yang kelihatannya masih lagi tinggi

Tapak² kaki yang kelihatannya banyak di kawasan sungai besar yang jambatannya juga runtuh di sebabkan air banjir besar.

Singah di perkampungan orang asli. Ramah mesra dengan Tok Batin


Tengok...Besarnya hasil ubi kayu di salah satu rumah penduduk Asli di sini....

Habis tempat duduk Ninie dengan biji benih lalang