"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #DarlingNinie. Show all posts
Showing posts with label #DarlingNinie. Show all posts

Wednesday, 9 May 2018

Bertugas Di PRU14

09-05-2018 Rabu
PRU 14 - P084 Paya Besar - N18 Lepar
Tempat Bertugas - SMK Lepar Utara

En Suami sejak semalam (08-05-2018/Selasa) dah mula sibuk kerana bertugas sebagai Ketua Pusat Mengundi (KTM). Seawal jam 6.45pagi sudah bergerak ke Kuantan untuk mengambil peti undi... Bermalam di Bandar Jengka sebelum masuk semula ke Lepar Utara sebelum subuh pada 09-05-2018/Rabu untuk bekerja di Pusat Mengundi bagi PRU14 di SMK Lepar Utara.

Alhamdulillah kerja² kami sebagai petugas di PRU14 dipermudahkan. Ninie bekerja sebagai Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)... Pengalaman pertama untuk diri sendiri di samping rakan² sekerja lain yang ceria² semuanya... Kaki agak lenguh sedikit sebab berjalan/berdiri....  En. Suami sibuk sebagai Ketua Pusat Mengundi (KTM) di saluran 1-Warga emas.... Nak makan pun tak sempat.... Nak bergambar bersama apatah lagi....

Di Lepar Utara pusat mengundi ditutup pada jam 4.00petang.... En.Suami terus ke Kuantan bersama petugas lainnya untuk menghantar peti undi selepas kiraan udi selesai dan bermalam disana...

*Penat tetapi "happy" gitu....





Saturday, 2 July 2016

Kasut Raya Sendiri: Terima Kasih ZALORA!

02.07.2016 Sabtu

Hari ini nak pulang ke Kuantan untuk mengambil anak bujang si Ihsan sambil berbuka puasa di rumah Ibu mertua ku.... 28hb Jun yang lalu Ninie ada redeem voucher RM100 dari ZALORA (Kerjasama buat kali ke dua) Pertama kali dahulu 2tahun yang lalu, Ninie redeem beli Jubah/dress untuk Aidilfitri. Kali ini beli kasut pula. 1pasang kasut sukan saiz 10 untuk si Ihsan -payah nak cari saiz dia ni. grab je yang mana ada. dan 1pasang kasut BATA untuk diri sendiri.... Alamak... terlebih bajet pula. Tambahan RM31++ dengan penghantaran percuma gitu.... Alhamdulillah...Esoknya 29 Jun, dapat emel yang menyatakan item telah pun dihantar dan diterima oleh my MIL berdasarkan tandatangan yang di'attachkan' pada ruangan emel... Wah lajunya...Sempat la nak pakai raya nanti.

Terima kasih ZALORA!. Lain kali jangan lupakan Ninie lagi ye.... Every year pun tak apa.... Jimat kan....


Thursday, 17 March 2016

Kerat SimCard Kena Cas RM 5 ?

17.03.2016 Khamis

Al kisahnya, sim card ni kepunyaan anak bertuah si Muhammad Ihsan. Kebetulan si Ayah baru je tukar handphone baru dari ASUS Zenfon 4 ke LENOVO A6000plus, makanya hp ASUS si Ayah diberi kepada Ihsan.

Masalahnya sekarang bilamana simcard asal yang ada kini masih saiz besar/lama sebab no. tu beli masa tahun 2013 dan masa tu saiz simcard banyak saiz standard tiada siap² potong ke saiz micro ni ha. Jadi, hari ni Ninie pun singgah la kat kedai telefon ni. Tanya nak kerat simcard boleh? Dipandang sejenak dan berkata "RM 5 kak". Makk ai.... Macam ni pun ada...kerja tak sampai seminit pun.... Malas nak ke kedai lain dengan cuaca panas terik ya amat... Maka Ninie anggukkan aja... Dalam hati tak berapa nak redha juga.

Mungkin ini kut cara orang melayu berniaga. Nak jerat semua peluang yang ada. Tak boleh ke caj minima paling² RM 1 sahaja? Bolehlah dari RM 5 tu yang macam² boleh kita gunakan. Teringat Ninie masa beli hp baru dulu. Tanya kedai melayu juga nak potong sim card ni. Sebab dicaj RM 5 Ninie tak jadi nak potong. Bila balik ke Kuantan, Ninie kebetulan ikut Hubby ke Kuantan Parade, cuba² tanya kedai milik bangsa Cina di sana... "Free aja Kak, Saya tolong aja... Benda sikit saja..." Alhamdulillah..... Jadi bagaimana? Tepuk dada tanya selera...

Orang selalu cakap, kita bangsa melayu harus tolong bangsa melayu juga agar mereka maju. Kalau kita tak tolong, siapa yang akan tolong? Tapi jika begini keadaannya.... Fikir²kanlah... Tak boleh pula bangsa melayu tolong bangsa melayu yang lainnya.... Kerjanya tak sampai pun seminit dengan harga RM5....

"AZ PERMATA NETWORK" Bandar TAR Jengka... Kedai satu bangunan dengan Maybank, corner lot. Nama kedai yang Ninie pergi untuk potong simcard tersebut pada hari ni jam 1.10ptg dengan kadar bayaran RM5. Mohon elakkan ye....


Thursday, 3 September 2015

Oh My Nokia

03.09.2015 Khamis

Alahai si handphone... Patutlah rasa beberapa hari ni tiada alarm yang berbunyi... Senyap sunyi je... Rupanya kehabisan bateri... Habis tuan mu ini menggagau mencari charger sampai pinjam yang orang sudahnya cas langsung tak masuk... Masa pasang bukan main lagi laju je geraknya... Bila di on, mak aiiiii... "your battery is empty" aduh... Sah bateri out dah ni... Almaklumlah handphone lama... Jatuh terhempas entah berapa kali dah namun Alhamdulillah masih okay hingga kini. Cuma hari ni bateri pula tak mahu masuk cas. Cuba guna bateri hp orang lain, ok je pulak... Nak yang baru ler tu....

Ingatkan bila hp dah jarang² orang pakai ni bateri murah le sebab sekarang kan zaman smart phone... kirim kat member tolong belikan... Terkejut dibuatnya bila nampak harga yang tertera... Gulp!... Tapi member cakap dapat kurang RM 25. Urm... kira bolehlah dan Alhamdulillah... boleh dicas seperti biasa..... Oh My Nokia.....

Thursday, 16 July 2015

Kerja Separuh Hari - Thank You

16 Julai 2015 Khamis
29 Ramadhan 1436H

Alhamdulillah... Terima kasih Dato' NC
Hihihi... Esok dah nak raya, Tetapi hari ini masih ke tempat kerja... Namun Alhamdulillah... Diberi kebenaran untuk pulang awal...Home sweet home...

Mood sepanjang minggu ni hari² dengar lagu² raya je. Mengusik jiwa gitu....


Wednesday, 30 July 2014

Makan Buah Tampoi...Sedapnya....

30.07.2014 Rabu

Hari ini dah hari raya ke 3... Dari rumah MIL terus meluncur laju ke rumah Wak di Jengka 10 untuk berhari raya...Mak dan Ayah Ninie pun memang tengah beraya di sana. Kami bertolak jam 1.30ptg dari Kuantan dan tiba jam 3.45ptg di Jengka.... Jam 5.00ptg kami bergerak pulang...

Semasa dalam perjalanan pulang Ninie awal² lagi dah pesan pada Hubby "Abang kalau nampak ada orang asli menjual buah tampoi di tepi jalan berhenti tau... Darling nak beli sebab ramai kata buahnya sedap...manis..." Alhamdulillah...Baik sungguh En. Hubby Ninie ni...Lap U lah...kikikiki.... Hubby berhenti bila nampak ada yang menjual..

Teruja Ninie sebab tak pernah lagi merasa kemanisan buah tampoi ni. Kata orang pokoknya nun di dalam hutan dan buahnya manis dan sedap. Menurut Akak orang asli yang Ninie tanya tu... Katanya pokok ni dah lama tak berbuah hampir 6tahun. Baru tahun ini ada buahnya. Pokoknya nun dalam hutan besar dan tinggi juga. Wah... buah ni unik lah kan.... segugus ni RM 5. Rasanya berpatutan dah harganya tu. Akak tu siap bagi Ninie rasa dulu buah tus ebelum beli. Rasa je pun dah menerik hati.. So Ninie beli 2 ikat sebab tahu dah anak² dara Ninie pun 'hantu' buah. Ihsan... Dia kena rasa dulu... kena pada tekaknya baru banyak dia makan.... Hubby... Buah tampoi ni macam kurang berminat je dia....

Sampai je di rumah sekejap je kami anak beranak makan seikiat tu ha...Tak termasuk Hubby.... sedap rasanya..ulasnya macam buah manggis, warna isinya seakan² buah rambai tapi manis.... bijinya boleh ditelan ye...Kulitnya tebal giti ala² buah stor/sentul... Alhamdulillah.... Dapat juga makan buah tampoi ni ha. Syukur padaNya.... Thanks to En. Hubby....




Saturday, 26 July 2014

Alhamdulillah...Baju Ninie Dari ZALORA Dah Sampai

26.07.2014 Sabtu

Hari ini kami sekeluarga pulang ke Kuantan untuk pertama kalinya dalam bulan Ramadhan. Bergerak dari rumah selepas Asar dan sampai pada jam 7.00ptg sebab Hubby ikut Sri Jaya dan yang paling penting jalan tak jem...Biasa² sahaja. Risau juga sebab tengok ramai yang update status jalan raya jem sana sini.

My MIL beritahu ada barang dari ZALORA kotak besar. Ninie cuma tersenyum... Ramai yang ingat Ninie beli kasut sebab saiz kotaknya tu...Hihihi... Sebenarnya Jubah First Lady tapi beli menggunakan voucher ZALORA bagi RM100 sebelum bulan puasa hari tu lagi. Alhamdulillah... Rezeki Ninie la tu. Macamana Ninie boleh dapat voucher Rm 100 tu? Ha.... Baca di link ini ye.... :

Alhamdulillah... Ada dua helai baju baru untuk hari raya nanti... Cuma labuh sangat so nak kena kerat... Tak apa...jahit tangan je.... Sebab kainnya lycra... Mudah...



Wednesday, 16 April 2014

Perjalanan Ke Tempat Kerja Terhalang

16.04.2014 Rabu 

Tak pernah lagi selama lebih 5tahun Ninie berulang alik ke tempat kerja banyak pokok tumbang sepertimana hari ini. Yup...Pagi ini tatkala sedang drive ke tempat kerja, di laluan lebih² di kawasan hutan, kelihatannya lebih dari 10 pokok yang tumbang dan lebih kurang 8/9 pokok yang tumbang menyebabkan laluan/jalan menjadi perlahan berikiutan separuh jalan sahaja yang boleh dilalui. Mungkin ini disebabkan kejadian hujan lebat beserta ribut yang berlaku sejak minggu lepas. Namun keadaan hari ini lebih buruk.

Alhamdulillah...Perjalanan Ninie selamat sehingga ke tempat kerja... Cuma terlambat sedikit dari kebiasaannya....








Thursday, 27 March 2014

Alahai...Kereta Kancil Ku Mati Enjinnya Secara Tiba²

27.03.2014 Khamis

Hari ini Ninie bersiap² untuk ke tempat kerja sepertimana biasanya... Dan seperti kebiasaannya semasa drive tu Ninie akan membaca serba sedikit doa dan selesai Ninie akan buka radio dan menyanyi ikut rentak lagu ataupun kadang² tak sedar pun lagu tu dah habis. Ini mengelamun memikir perkara lain la kalau cenggini.hihihi...

Nak dijadikan cerita, dalam 20minit perjalanan tiba di satu selekoh yang berlubang² dan membuatkan pemandu harus menekan brek bila sampai di rupa jalan yang seperti ini (Lepar Utara 11). Kebetulan pula ada kereta lain di hadapan kereta Ninie. Jadinya memang kena tekan brek tu betul² habis la. Kemudian baru je nak tekan minyak balik sambil tekan brek kaiki tu...Brek kaki statik! Aduhai...tengok pada lampu di dashboard, menyala...Aduhai...Kereta ni mati lah pula di jalan yang berselekoh.

Ninie cuba hidupkan kembali beberapa kali...Bunyi ala² nak hidup tu ada tapi tetap tak nak hidup enjin kereta ni...”Urm..Kenapa pula la ni...” getus hati Ninie. Kebetulan pula jalan legang hari ini tak sibuk sangat sepertimana di hari persekolahan. Ninie keluar dari kereta dan terus cuba tolak ketepi. Mujur kereta kancil je...Bolehlah naik sedikit di bahu jalan.

Kemudian terus call Hubby suruh Hubby datang sebab nampak gayanya kereta ni tak mahu hidup dah... Kebetulan pula lepas je call Hubby ada seorang hamba Allah ni memberhentikan kereta dan cuba menghulurkan bantuan. Nampak gayanya macam pekerja FELDA. Beberapa kali dicuba...Akhirnya enjin dapat dihidupkan namun tak lama. Bila pedal minyak dinaikkan/tidak ditekan terus kereta mati semula. Tak berapa lama seorang lagi hamba Allah datang menghulurkan bantuan. Bersama²lah mereka mencuba menghidupkan kereta.

Kesian pula Ninie tengokkan mereka sebab Ninie tahu yang mereka nak ke tempat kerja. Jam pun 7.35pg... So Ninie ucapkan terima kasih dan beritahu pada mereka yang Hubby dalam perjalanan. Encik (tak tahu namanya) pun mengalihkannya ke tepi... Kemudian mereka berlalu pergi... Terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Jadinya, Ninie pun masuk ke dalam kereta sambil menunggu ketibaan Hubby. Dalam jam 7.50pg Hubby sampai dan hidupkan kereta serta bawa ke tempat yang lebih selamat untuk lihat permasalahannya. Ninie follow guna kereta Kembar Hubby ler....

Beberapa minit di check, Hubby suruh hidupkan enjin kereta. Kelihatannya tangan Hubby memegang sesuatu di ruangan enjin. Alhamdulillah..kereta berjaya dihidupkan dan tidak mati lagi. Hubby cakap yang wayarnya putus... aik! Putus? Urm... Macamana agaknya boleh putus... usik pun tidak. Hubby cakap mesti yang buat kerja sebelum ni buat lebih kurang je. Hubby sambungkan wayar yang terputus dan Alhamdulillah... Kereta kambali O.K... Thanks Sayang...

Jam 8.05pg, Ninie bergerak ke pejabat seperti biasa Cuma hari ini memang kompem la lambat. Tadi Ninie dah inform pada Bos Kecil awal² sebab Bos besar sedang bercuti. Alhamdulillah perjalanan Ninie selamat sampai ke opis tanda sebarang masalah... Terima kasih pada mereka² yang sudi menghulurkan bantuan . Terima kasih padamu Ya Allah...






Wednesday, 26 March 2014

Terima Kasih Sayang Di Atas Hadiah Samsung Galaxy Note 3

26.03.2014 Rabu 

Dah 3bulan pakai/guna baru nak buat entry terima kasih untuk si bauh hatiku...♥MOHAMAD ADLIBIN ABDUL GHANI♥....Apakah itu......?

Sekarang Alhamdulillah.... Dah boleh ber 'WeChat, Whatsapp, Facebook, Twitter, Blogging, Ig dll" dari tapak tangan je... Jikalau sebelum² ni duk jenguk², jeling², tengok² yang orang...Sekarang siapa sangka dah ada untuk diri sendiri dan lebih bermakna bukan beli sendiri tapi hadiah dari Hubby! Wah...tak sangka... dan Juta² thank you to you dear my Beloved Husband!

Pada 22.12.2013 Ahad yang lalu, Hubby ada beri Ninie setakat RM 2000 sahaja katanya dan ikut Ninie la nak beli handphone cap apa pun... Urm...blur kejap... Survey sana sini mungkin yang sesuai dengan jiwa Ninie sekarang ni Ninie target Samsung S4 @ Note 3.Tapi duk survey note 3 harga RM2399. Urm.... Hubby kata tak apa..Mesti ada punya harga yang kami boleh dapat murah lagi dari harga tu sebab nak beli cash dan In Sha Allah harga boleh kurang....

Mula survey di internet, lelong, mudah dsb... Jumpa yang paling murah RM1980 di Kuantan namun bila kami call katanya tiada stok. Awal bulan Jan baru ada. Putus harapan dah masa tu... Masa ni kami sekelurga lepak² di Kompleks Teruntum selepas menjengah² harga Note3 di Kuantan Parade. Paling² murah pun RM 2200. Masih mahal lagi sebab set sahaja tak termasuk lainnya.

Ninie beritahu pada Hubby, tak apalah..simpan dulu duit tu tunggu bulan depan (Jan2014) kut² harga dah turun. Masa nak ke tempat kereta (di Kuantan Parade) tergerak hati nak singgah di satu kedai telefon berhampiran tangga bergerak di kawasan ruang legar tu... Ninie tanya terus je si pekedai tu beritahu harga RM2000 net! Aik... betul ke ni...Berbunga² hati Ninie jap... Beritahu Hubby dan Hubby kata Ok... Agak lama bertanya itu ini... Membelek² telefon... Maka setelah berpuas hati Ninie bersetuju. Tapi Ninie tambah lagi RM100 untuk memory card 16g, mercury fancy color case (Ninie ambil warna merah ler), serta screen protector jenis diamond. Mulanya nak ambil warna hitam tapi pekedai tu beritahu/syorkan warna putih sebab jika nak trade in nilai warna putih lebih tinggi hingga RM50 berbanding hitam. Wallahu'alam...

Alhamdulillah...sekarang handphone ni la yang dibawa ke hulu hilir di samping kameranya yang cantik cuma Ninie masih tak pandai untuk setting masa ambil gambar di waktu malam. Tapi kamera sony tetap di bawa bersama.... Hubby kesiankan Ninie sebab duk pakai handphone lampu suluh tu aja... hihihi... anyway..thanks a lots my dear... Love you deep,deep...♥

Hihihi... Cekci sikit ye pic My Hubby nih.... ☺

Monday, 17 February 2014

Dugaan : Mama Kurang Sihat Hampir Seminggu!

 17.02.2014 Isnin

Hari ini Ninie masih belum pergi bekerja.... Masih kurang sihat... Ceritanya...: Sejak 10.02.2014 (Isnin) yang lalu, bila bangun je dari tidur waktu pagi kepala Ninie akan berdenyut². Selagi tak makan ubat (Panadol) selaggii itulah denyutan takkan hilang. Malamnya pula setelah pulang dari kerja, badan ni rasa lain macam je. Sekejap kang panas sampai berpeluh² kemudian sejuk hingga menggigil. Namun bila bangun pagi esoknya hilang dan digantikan dengan sakit kepala yang denyut² tu balik. ...

Masuk hari Rabu, denyutan di kepala makin kuat. Badan rasa lemah je. Ninie ambil keputusan tak masuk office hari ini dan inform pada Bos besar. Lepas hantar anak² ke sekolah, Ninie tidur terlebih dahulu dan kemudiannya bangun untuk ke Poliklinik. Agak lama juga duduk menunggu sebab MA pergi minum. Aduhai... Sakit kepala datang pula tu... Bila tiba giliran Ninie, Ninie ceritakan pada MA. MA ambil tekanan darah, Alhamdulillah... normal katanya... Cuma Ninie demam dengan suhu 36.7 Owh... demam rupanya...Kikikiki... manalah tahu... hari ni tekak mula rasa perit..Makanan yang masuk mulut pun rasa tawar je. Hilang terus selera nak makan. MA bagi ubat dan juga MC untuk 2 hari. ...

13.02.2014 Khamis, Ninie baru perasan yang badan Ninie tumbuh bintik² halus di keseluruhan badan macam kanak² @ bayi kenan demam campak tu. Banyak sangat! Terkejut Ninie dibuatnya... Hingga tapak kaki dan tangan pun ada kecuali di muka sahaja. Malam tu Ninie tak berapa nak boleh tidur sebab bintik² tu rasa merenyam je... Aduhai... Pening fikir apa masalah Ninie kali ni. Al maklumlah... Tak pernah pula kena macam ni. ...

14.02.2014 Jumaat, Ninie ke tempat kerja seperti biasa sebab utamnya juga nak ke Klinik panel untuk mengetahui apa puncanya penyakit Ninie ni. Mana tahu kan alergik ke apa ke.... Ninie sempat siapkan kerja hakiki... Jam 10.30pagi baru Ninie ke Klink Panel (Klinik Sulaiman). Doktor kata yang Ninie masih demam dengan suhu 37.7 dan Doktor juga tak dapat nak pastikan punca sebenar badan Ninie bintik². Cuma kata Doc. Mungkin sebab jangkitan Virus. Al maklumlah Ninie demam dah masuk 5hari hari ni. Doc. Suruh Ninie minum air masak/ 100plus kerana kemungkinan juga ianya disebabkan badan Ninie kekruangan air. Tambahan pula memandang kan cuaca yang panas terik. Doc. Juga bagi MC untuk Ninie hari ni. Lepas dapat ubat dan beli makanan, Ninie terus drive balik ke rumah. Sampai rumah, cuba makan nasi yang dibeli tadi namun payah betul nak telan dan pahit rasanya.... Selera makan Ninie masih be;um kembali. ...

15.02.2014 Sabtu, Alhamdulillah...pada sebelah petangnya, Ninie persan yang bintik² kat badan, kaki dan tangan mulai hilang/pudar sedikit demi sedikit. Mana taknya, dari semalam duk teguk air masak banyak² dan juga 100plus. Sah badan Ninie memang kekurangan air! ...

16.02.2014 Ahad, Hari ini kepala Ninie masih berdenyut². Aduhai... batuk pun dah mula datang walaupun taklah seteruk mana. Tapi bila datang gatal kat tekak umpama digaru² tu... Alamatnya tak berhenti² la batuk Ninie tu. Bermula lepas Zohor, sakit kepala bukan main menjadi². Ninie terpaksa juga telan ubat dan lepas tu tak sedar dah hingga ke malam. Ninie asyik tidur je. Sedar pun sedo² ayam je. Gile betul! ...

17.02.2014 Isnin, Ninie bangun pagi macam biasa tapi badan masih terasa lemah sangat. Ninie ambil keputusan untuk cuti sahaja hari ini. Tambahan pula rumah ni dah tunggang langgang dibuatnya lantaran demam Ninie. Macam².......

18.02.2014 Selasa, Ninie masuk opis macam biasa.... Makan Ninie tak berani nak makan itu ini lagi sebab Ninie ni tak boleh slah makan karang ‘angin’. Seksa rasanya.... Makan pun sayur eria goreng dengan ikan bakar/goreng je. Itu je yang berani pun. Yang mana dikatakan boleh mendatangkan angin, semua Ninie tolak ke tepi. Batuk? Masih tak hilang lagi. Tambahan pula duduk kat opis ni aircondnya sejuk bukan main macam duduk dalam peti ais bahagian beku tu rasanya. ...

*Hubby pula yang tak sihat semenjak Sabtu lepas. Berjangkit kut.... Kesian dia.... ...

Monday, 14 October 2013

Hobi Baru Berkreativiti Dengan Glass Pearl

11.10.2013 Jumaat

Alhamdulillah... Barang yang Ninie order dahpun selamat diterima pagi tadi menggunakan alamat opis sebab owner kata nak guna pos Kangaroo Ekspress. Kalau guna poslaju, sure Ninie kena guna alamat pejabat pos sini la sebab gara² pentadbir tempat Ninie bekerja tak bagi guna pengeposan barang peribadi menggunakan alamat opis. Kesian Ninie kan.... huhuhuhu.... Tak apalah... Allah tu Maha Kaya....

Agak²nya berapa utas dan saiz glass pearl Ninie ni? Apa yang Ninie nak buat? hihihi... tunggu... barang dah ada, idea pun dah ada cuma masa je yang masih belum ada..... projek akan datang lah kiranya ni..... Bila tengok banyAk² macam ni rasa sayang sangat nak guna... hihihihi.....





Sunday, 13 October 2013

Aduhai Kereta Kancilku Ku Sayang.... Baiki Kerosakan

Rujuk entry lalu :

Dugaan : Tempreture Kancil Mama Tingginya...

09.10.2013 Rabu
Hubby hantar kereta ke bengkel bekas anak muridnya dahulu di Lepar Utara 01. Pomen kampung...tapi rasanya tak salah mencuba kan? Kes tempreture naik hari tu la.... Hubby agakkan water pump. Alang² Hubby kata suruh pomen ganti timing belt sekali. Malamnya, pomen beritahu yang enjin dah ada sedikit masuk air. Head bengkok... Aduhai... problem lain pula yang datang... Tapi pomen kata nanti dia tengok²kan dulu.

12.10.2013 Sabtu 
Malam, ikut Hubby pergi bengkel tengok kereta kejap. Pomen kata air tu masuk sebab gasket bocor.Huhuhu lupa pula nak ambil gambar.... Esok pomen tu keluar beli barang apa yang patut. Almaklumlah...Lepar Utara ni mana ada jual mende alah semua tu. Katanya nak cuba siapkan sebelum Hari Raya Aidiladha ni.... Hubby hulurkan dulu RM 200.00 untuk pomen belikan barang² yang diperlukan.

13.10.2013 Ahad 
Dalam pukul 5.00ptg, Hubby dapat call dari pomen beritahu yang kereta dah siap. Alhamdulillah.... detik hati Ninie. Katanya upah tambah lagi RM 130.00. Beres.....

Total barang untuk kerosakan kali ini :
RM 60 - Water Pump
RM 120 - Timing Belt
RM 200 - Kemungkinan je la. Pomen tak beritahu details dia beli barang apa ( Minyak hitam, gasket dll)
RM 130 - Upah
TOTAL = RM 510.00 - Guna duit My Beloved Hubby. Thanks dear...Muah...

Tapi kereta Ninie ni ada lagi sakitnya.... Tengok dulu sakit yang sekarang ni macamana.... Alahai... Maklumlah kereta lama.....






Saturday, 28 September 2013

Dugaan : Tempreture Kancil Mama Tingginya...

28.09.2013 Sabtu

Malam tadi dah duk berkira² pasal nak balik ke Kuantan pagi ini. Mulanya Mama dan anak² tak ikut Ayah, Ayah ada program dengan sekolahnya... Tapi, bincang punya bincang. Keputusan yang diambil, semua ikut balik Kuantan. Kiranya anak² Mama ni tak ke sekolah la esok... Ihsan berbelah bahagi sebenarnya sebab masuk acara tarik tali dan dah masuk ke peringkat akhir. Tapi dia mengiyakan je. Atuk & Nenek pun tiada, kalau tak memang Mama dan Ayah dah tinggal kalian dengan Atuk & Nenek. Adik? Adik pula ikut Atuk & Nenek ke Shah Alam rumah Pak Ngahnya (Adik Mama).

Jam 7.30 pagi, Mama hantar Adik ke rumah Atuk dan Nenek... Kemudian jam 8.00pagi kita sekeluarga bergerak pulang ke Kuantan.Semasa dalam perjalan, Ayah beritahu yang dia ada terbau hangit. Pada mulanya Ayah ingat kereta yang sedang Ayah ikut dihadapan. Tetapi bila kereta itu terus meluncur laju, bau hangit masih ada. Ayah pandang tempreture kereta. Masya'Allah... dah cecah ke 1 garisan. Ayah cepat² berhentikan kereta di bahu jalan dan ke dalam sikit berhampiran hutan dah masa ni. Lebih kurang 30minit perjalanan dari rumah. Ayah buka bonet kereta hadapan... Buka penutup air...berkepul² asap keluar. Mama tiada reaksi, Mama tahu Ayah dah tension dengan nak kejar masa bagai lagi... Masa tu pula yang ada air minuman je... adalah 1liter..lain² memang tiada. Nampak muka Ayah agak menyinga. Mama ambil port mendiamkan diri je. Kang silap cakap kena 'fire'. Agak beberapa lama, kami bergerak ke dalam hutan sedikit sebab teringat ada anak sungai tak sampai 5kilometer di hadapan.

Sampai je di anak sungai, Mama tanpa lengah tatkala Ayah buka bonet kereta, Mama terus capai botol air minuman yang dah kosong tadi dan kebetulan pula ada botol kosong di kawasan itu. Mama capaikan terus turun dengan berhati² ke anak sungai berkenaan. Sejuk betul airnya....

Masa Ayah duk belek² enjin, anak² girl Mama duk main sana sini sampai terjerit² marah Mama dibuatnya bila nampak dah menuju ke bahu jalan. Bertuah sungguh! Kebetulan pula Atuk yang nak ke Shah Alam pula lalu dan terus berhenti menjengah.

Melihat kepada keadaan kereta, nampak gayanya ia tak boleh berjalan jauh sebab tak sampai 5minitpun kami nak cuba meneruskan perjalanan, tempreture masih laju naiknya.Atuk terus ke Shah Alam...Ayah ambil keputusan berpatah balik ke rumah. Kami jalan berdikit². Asal tempreture naik terus Ayah berhenti di bahu jalan. Alhamdulillah...Akhirnya kami selamat sampai di rumah. Terus pas barang dari kereta tadi ke kereta kancil milik my MIL. Ayah nak pergi juga ke Kuantan. Walaupun miss program pagi ini, petang masih ada program lain. Kami ikutkan aja. Alhamdulillah.... Perjalanan kami selamat... Terima kasih Ya Allah... Kami sampai di Kuantan pada jam 1.15ptg.






Setibanya di Sekolah Abdul Rahman Talib, Kuantan...Kami lepak² kat luar sementara menunggu guru² yang lainnya habis program untuk ke program yang berikutnya.....


Wednesday, 14 August 2013

Aiskrim Malaysia Buat Anak²

14.08.2013 Rabu

Lepas siap memotong dan membasuh ayam juga sambil menggoreng ayam segera Ayamas, Sempat lagi Mama buatkan aiskrim untuk anak² seramai 4 orang tu. Sebelum² ni pun memang pernah buat. Kali ini perasa Tebu, Anggur dan Oren. Bukan main suka lagi mereka. Siap request nak aiskrim Jagung & sirap pula lepas ni. Tapi sehari boleh makan sebatang sahajaye..maksima Cuma 2 batang aiskrim seorang/hari. Demam ke selesema ke salah seorang, automatik semuanya tak boleh minum aiskrim tersebut sehinggalah yang kurang sihat tersebut sihat sepenuhnya.




Sunday, 16 June 2013

Kain Baju... Bila Dibiarkan Seminggu

Inilah rupanya... Anak² Mama masih kecil dan belum dapat diharap sepenuhnya untuk melipat kain baju ni. Kalau lipatpun, sure kena lipat semula (buka & lipat balik)... Tunggu 2/3tahun lagi la gamaknya... Huhuhu.. Nak lipat dan iron (baju kerja Mama, Ayah & baju sekolah anak² Mama).... Weeeee -Mood malas selalunya- Malas² pun nak kena buat juga kan.....

Baju anak² kebanyakkannya Mama tak lipat sebab akan dipakai saban hari. Tapi ada bakul khas masing² untuk baju pakai siang dan juga malam. Mama pun kadang² silap letak dalam bakul baju anak² ' girl' Mama ni... Ada la yang menegur.."Mama...ni bukannya baju saya la.." huhuhu... "tolonglah simpankan dalam bakul sesapa yang punya tu...."... Anak² girl ni memang kenal kain baju masing². Mama je yang ingat² lupa. Baju Ihsan @ Along? Kompem Mama kenal sebab anak lelaki sorang je (setakat inilah).. Saiz sekarang pula XL @ XXL.Ngeeee


Tuesday, 9 April 2013

Cermin Nan Retak Seribu... :(

09.04.2013 Selasa  

AllahuAkbar... Dugaan sungguh di pagi hari untuk hari ini... Perjalanan untuk ke tempat kerja menjadi sebaliknya. Suasana pagi yang nyaman... seperti kebiasaannya... Namun tiada yang menyangka jika itu adalah ujian dariNya....

Dahpun mencecah 20minit perjalanan, tak semena² terpelanting batu di cermin kereta.."owh...batu.. getus hati kecil.." beberapa saat kemudian terdengar bunyi retakan sedikit demi sedikit dan tatkala itu jugalah Ninie terus ke bahu jalan. Elok je parking di situ, retakan mula bertambah hanya dalam beberapa saat sahaja. Cuma cermin tersebut tak pecah berderai sahaja di atas dashbord. Namun di atas dashbord kereta, ada juga serpihan halus kaca dan terkena jari ini tatkala nak mencapai handphone untuk call En. hubby.

En. Hubby kata cuba bawa slow²... Huhuhu.. mulanya panik gak sebab pengalaman pertama cermin retak ni... namun tidaklah sampai dup dap dup dap kat jantung... cuma risau cermin tu jatuh berderai je....ngeh3x.. Alhamdulillah... bawa slow², akhirnya sampai juga kat rumah. Fuh lega...

So hari ni.. ambil cuti sebab En. Hubby ajak keluar Bandar Jerantut untuk gantikan cermin kereta tersebut.... Cuti yang memang tak dirancang....

Rupa cermin kereta kecil ku...




Jadi, lepas Hubby balik kerja, terus ke Bandar Jerantut.. siap bawa Adik sebagai peneman...
Tujuan.. ganti cermin kereta..

Kos :
Cermin = RM170
Upah pasang = RM 60
Total = RM 230.... adus... xmasuk pun dalam bajet bulan ni nih....

En. Hubby bawa macam tu je tanpa ketuk cerminnya terlebih dahulu... silau mata weh dek cahaya matahari sepanjang hampir 1jam++ perjalanan.