"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #KhalisahBatrisyiaMohamadAdli. Show all posts
Showing posts with label #KhalisahBatrisyiaMohamadAdli. Show all posts

Wednesday, 12 January 2022

Khalisah Lompat Pagar!

Khalisah si kembar Kakak. Sepanjang cuti sekolah elok je.... nak masuk asrama tiberrr injured... Kisahnya Jumaat malam Sabtu dia melompat pagar dapur (berpagar sebab nak elak adik twin hora horey di dapur) Salah lompat, tak lepas, kaki tersadung, gedebuk jatuh macam nangka busuk... Selalu elok je melangkah, dah kenapa tiberr melompat pula. 

Isnin, 10/01/2022 : Kakak ditemani adiknya Aqilah ke Klinik Kesihatan Lepar Utara 04, Doktor suruh X-Ray sebab kaki Kakak bengkak, badan pula sakit-sakit... Jalan dah jengket-jengket kadang silap langkah leh nak terpeleot gitu. 

Selasa, 11/01/2022 : Kakak ikut Mama ke pejabat dan dia lepak di surau sementara nak ke Klinik Sulaiman untuk X-Ray. Jam 11 kami pergi...Alhamdulillah dipermudahkan dan urusan pun lancar je. Jumpa Doktor terus, Mama masuk sekali.... Alhamdulillah hasil X-Ray semuanya baik-baik sahaja... Doktor bagi MC dan ubat... Doktor tanya puncanya...Mama ceritalah yang benar gitu... gelak Doktor dibuatnya... dia ingat lompat pagar sekolah.... aduhai... 

Hari ini, Rabu, 12/01/2022.. bengkaknya dah surut.. jalannya dah tak terlalu jengket lagi. Semakin pulih. Alhamdulillah.... 

#adliyanfamily2022 #khalisahbatrisyiamohamadadli


 

Saturday, 16 March 2019

Throwback : Twin 'Gegirl' MamaAyah

16.03.2019 Sabtu

13tahun yang lalu... Tak banyak gambar Twin ni masa kecil. Dulu hp 'cap ayam'..kamera tiada... gambar banyak simpan dalam pc sekali pc kena sambar petir... habis kesemuanya 😭 jumpa la beberapa keping ni ha...

*Imbas balik... tak sangka MamaAyah Allah kurniakan kembar ini... kembar seiras tau... 1sarung... Tapi perangai langsung tak sama... senang kata tak boleh jadi bff. Aduhai anak.. masa kecil susu pun tak sama. Khalisah - dutch lady, Khairina - lactogen. Kalau tertukar susu mau kembung perut... berkejar la Mama dan Abangnya Muhammad Ihsan bila nampak botol susu twin ni bertukar tangan (masa ni Mama belum kerja)...

Perangai memang langsung tak sama, selalunya si Kakak kena buli dengan si Adik (Adik agak garang, Kakak macam jenis pendam..). Alhamdulillah mujur selalunya kalau demam pun tak sama.... Contoh, Adik demam dulu, Kakak demam kemudian.... Waktu minum susu pun kadang tak serentak.... Tapi  yang selalu serentak bila time berak.... Huhuhuhuhu....

Imbas balik masa kecil memang seronok..tapi masa menghadapinya nak boleh membesar tu menangis la juga Mama weh.... Alhamdulillah...sekarang dah besar.. moga-moga kalian membesar dengan baik.. solehah... tak mahu gaduh-gaduh...

eh... panjang lak cerita throwback ni😅 Pst... agak-agak mana 1 kakak (Khalisah) & mana 1 Adik (Khairina)
 #adliyanfamily
#khalisahbatrisyiamohamadadli
 #khairinabasirahmohamadadli

Monday, 21 January 2019

Twin : Sekolah & Suasana Baru (Tinggal Di Asrama)

21.01.2019 Isnin

Alhamdulillah.... selesai urusan pertukaran sekolah si kembar MamaAyah hari ini... drama air mata la juga sebab pertama kali berjauhan dari keluarga... Semoga kalian berdua dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan dilindungi oleh Allah SWT... Si kembar ni walaupun kembar seiras namun haluan mereka berbeza dan setakat ni tak boleh jadi bff😅.... Semoga baik-baik adanya dan mujur juga ada kawan-kawan satu sekolah dengan mereka sebelum ini juga bersekolah di situ. Hilang sikit gusar di hati Mama.. Biasalah sindrom mak-mak bila nak tinggal anak-anak di asrama....pesan Mama... "apa-apa hal call ye..." Tinggallah MamaAyah dengan Aqilah & adik Khayra di rumah...
#adliyanfamily2019
#khalisahbatrisyiamohamadadli
#khairinabasirahmohamadadli

Friday, 18 January 2019

Semangat Gegirl Merentas Desa 2019

18.01.2019 Jumaat

Alhamdullillah gegirl MamaAyah ni...semangat berlari👟

AQILAH - Johan semasa pertandingan merentas desa di SKLU 1 pada 11.01.19 yang lalu dan hari ni join Kakak kembar di SMKLU pun dapat no.1... Cabaran seterusnya di peringkat daerah nanti.

👟Pertandingan merentas desa SMKLU pada hari ini :
KHALISAH - Tempat ke 2

KHAIRINA - Tempat ke 9
*Kenangan untuk kembar di SMKLU sebelum mula bersekolah di PPPTR Isnin depan. Semoga segalanya di permudahkan

Gambar Aqilah semasa menang di pertandingan merentas desa SKLU 1 pada 11.01.2019 yang lalu. Kredit gambar kepada gurunya : Cikgu Jamilah Mat Noor



Wednesday, 2 January 2019

Sesi Persekolahan 2019

02.01.2019 Rabu

Hari pertama sesi persekolahan 2019. Twin (Khalisah & Khairina) dah Tingkatan 1... Aqilah darjah 6. Tahun ni 👦SPM 👧UPSR #adliyanfamily2019 

MUHAMMAD IHSAN - Ting. 5 - MRSM Kuantan
KHALISAH BATRISYIA & KHAIRINA BASIRAH - Ting. 1 - SMKLU
AQILAH QISTINA - Darjah 6 - SKLU (LKTP) LEPAR UTARA 1

Kembar MamaAyah tak dapat sekolah lain. Kami mohonkan Ma'ahad SAS Bandar Jengka, SMK Tahap & SMK PPPTR. Namun belum rezeki mereka untuk menetap di asrama dan rayuan telahpun dibuat. Jika ada rezeki mereka untuk belajar & menetap di asrama, alhamdulillah.... Jadi kita bersekolah di sini dahulu ye si kembar MamaAyah....

#khalisahbatrisyiamohamadadli
#khairinabasirahmohamadadli
#aqilahqistinamohamadadli

Sunday, 22 April 2018

Happy Birthday AQILAH QISTINA (11tahun)

22-04-2018 Ahad

Hari ini En. Suami ajak keluar semata² nak pergi makan KFC sambut birthday anak bongsu lama : Aqilah Qistina ni... walhal tekaknya adalah nak makan chicken chop. Oleh kerana siang²/tengahari ni tak jumpa kedai yang jual chicken cop, maka KFC pun boleh lah....

🎂Selamat hari lahir anak MamaAyah Aqilah Qistina🎉🎊
#adliyanfamily
 #aqilahqistinamohamadadli
 #khalisahbatrisyiamohamadadli
 #khairinabasirahmohamadadli
 #khayrasafiyamohamadadli



Monday, 16 April 2018

Ubat Ulser Untuk Anak Mama Khalisah Batrisyia

16-04-2018 Isnin

Ubat untuk anak Mama Khalisah Batrisyia... Kesian dia ulser dalam mulut besar dan banyak lak tu.... Dah lebih seminggu. Nak makan, minum dan bercakap pun payah... adakalanya nangis-nangis sebab sakit sangat.... kena banyak minum air masak ye kakak... semoga cepat sihat...

#adliyansfamily
#khalisahbatrisyiamohamadadli

Thursday, 1 February 2018

Tahniah Buat Anak Mama Aqilah & Khalisah di Pertandingan Merentas Desa MSSD Jerantut

31.01.2018 - Rabu

Dari malam tadi dua beradik si kembar (Khalisah) & Aqilah semangat sungguh mengemas beg pakaian siap list lagi nak bawa berapa helai baju serta barangan yang lainnya untuk program hari ini. Bermula .01.2018 yang lau boleh dikatakan setiap hari dua beradik ni berlatih di sekolah bersama rakan²nya yang lain. Khalisah pernah satu tahap tu balik² menangis sebab sakit kaki katanya. Kikikiki... Khalisah ni agak kurang semangat sikit berbanding si adiknya Aqilah yang sentiasa bersemangat waja dan target nak menang je.

Hari ini mereka akan bergerak ke Jerantut bersama guru sekolah jam 3.30petang nanti. Cerita dua beradik ni, mereka dan rakan² akan menginap di 'homestay' sebelum memulakan larian pada keesokan harinya... Bab berjalan memang semangat sungguh anak² bertuah ni.


01.02.2018 - Khamis
Pertandingan Merentas Desa MSSD Jerantut
SK Batu Balai, Jerantut

Sampai je dari tempat kerja, anak² bertuah dua beradik ni dah pun sampai di rumah. Aqilah tersenyum puas... Khalisah pula "Sorry Mama..." katanya sambil tersenyum...

Alhamdulillah, "TAHNIAH!". Aqilah dapat tempat pertama dan Khalisah berjaya menamatkan larian dan berada si tempat ke 65 dari kesemua peserta sekolah² daerah jerantut yang hadir. Aqilah tak habis² bercerita... Ada je yang disampaikannya... Cerita Aqilah sebelum sampai ke garisan penamat dia siap terjatuh di atas padang sebab tergelincir dan memecut laju. Tergelak besar dia tatkala bercerita serta siap mengayakannya balik semula.

Tahniah sekali anak Mama Ayah Aqilah Qistina yang akan mewakil sekolah ke peringkat negeri di Cameron Highland pada minggu hadapan.

Sumber gambar dari FB & whatsapp dari Cikgu SKLU1




Monday, 29 January 2018

Tahniah Buat TWIN Mama Ayah! 😍 (UPKK)

 29.01.2018-Isnin

Dari jam 10.30pagi Mama dah siap sedia dengan handphone dan laman web (http://semakan.islam.gov.my/) untuk melihat markah anak kembar Mama ni untuk Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diambil pada tahun lepas dan keputusannya keluar pada hari ini.

Syukur Alhamdulillah..... Terima kasih pada guru² yang rajin buat kelas tambahan pada hari sabtu dan Ahad bagi memastikan anak² murid tersayang ♥ mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang akan dihadapi. Teruskan usaha...
2018 :
Muhammad Ihsan - IGCSE
Khalisah Batrisyia & Khairina Basirah - UPSA & UPSR
Aqilah Qistina - UPKK

* Semoga anak² Mama gigih berusaha....


Wednesday, 22 November 2017

Sambutan Hari Kecemerlangan SAR KAFA Lepar Utara 01 Tahun 2017

22.11.2017 Rabu

Ha... Tahun ni apa pencapaian anak² bertuah Mama Ayah ni ye???
Khalisah Batrisyia, Khairina Basirah & Aqilah Qistina masing² ada yang menaik dan menurun. Kena usaha lebih gigih lagi ye anak².

Khalisah & Khairina masuk persembahan lakonan. Manakala Aqilah pula dapat hadiah kerana mendapat tempat ke 2 dalam kelasnya bagi Darjah 4. Gambar dari kamera si Ayah




Sunday, 24 May 2015

Sukan SAR KAFA 2015 Gegirl

24.05.2015 Ahad

Dari hari Jumaat ketiga² anak girl Mama Ayah dah pesan... Jangan lupa ye...Hari Ahad ni sukan sekolah petang. Mama Ayah kena datang tau.... Semangat bukan main.

Bila dikejut bangun pagi hari ni laju je...Kecuali si Aqilah... Agak liat.... Mama pergi hantar dulu kalian ke sekolah. Mama Ayah menyusul kemudiannya dalam jam 9.30pg. Waktu Mama Ayah sampai acara tengah rancak bermula, Mama agak sukar nak cam ketiga² anak syurga Mama ni sebab pakaian masing² sama je....

Macam biasa, Mama la yang akan jadi juru gambar kamu semua.... Tahun ini Aqilah begitu semangat beraksi di padang... Khalisah boleh ler.. Khairina? Gitu² je.... Takpe...

Ayah pula agak sporting hari ni. Merajinkan diri join acara untuk bapa. Menang pula tu... Tahniah! Anak² hari ni semuanya pulang tanpa tangan kosong. Ada hadiah masing² dan paling banyak adalah Aqilah. Wah! Kemain anak Mama yang ini.... Mama? Takde hadiah apapun sebab tak join....ngeh3x...

Antara hadiah²nya :
AYAH - Johan Berkumpulan acara tarik tali + N.Johan acara jaringkan bola jaring.
KHALISAH - Johan 4X100m (P) + 2 hadiah berkumpulan
KHAIRINA - Ketiga lari ikat kaki + 1 hadiah berkumpulan
AQILAH - Johan Lompat Kon (P) + 4X50m (P) + N.Johan Merentas Desa (P) + N.Johan 50m (P) + 4 hadiah berkumpulan

Apapun TAHNIAH Buat Anak² Syurga Mama Ayah ni... In Sha Allah... Cuba lagi tahun depan ye...












Saturday, 28 June 2014

Wah... Banyaknya Hadiah (Sukan Sekolah KAFA Anak²)

28.06.2014 Sabtu

Hari ini anak² Mama kesemuanya bersekolah. Sekolah KAFA ada sukan tahunan sekolah sebelum bulan Ramadhan esok. Bila Mama tanya acara apa yang mereka masuk, masing² tak reti nak jawab. yang confident jawab cuma Ihsan yang setiap tahun akan masuk tarik tali. Ayah sibuk dengan aktiviti memotong rumputnya bermula seawal pagi lagi. Mama pula sibuk mengemas rumah itu dan ini... Mama singgah sekejap lebih kurang jam 10.30pg.... Sampai je kata anak² acara untuk murid² dah habis... Mama datang lambat sangat katanya...Aik... Cepatnya... Sekarang tengah acara untuk ibu bapa sahaja. Kemuncak acara jam 12.30-1.00ptg nanti iaitu acara penyampaian hadiah. Sudahnya Mama balik ke rumah menyambung kerja² yang masih belum selesai.

Jam 1.00ptg, Ayah pergi ambil anak² bertuah di sekolah. Sampai di rumah masing² dah kepenatan namun girang memberitahu kemenangan masing². Banyak tupperware yang di bawa balik dan juga ada pingat di leher kecuali Khairina. Khairina sedikit mencebik sebab dia seorang sahaja yang tiada pingat. Khalisah memujuk Khairina yang bersedih dengan memberi satu pingatnya kepada Khairina (Khalisah dapat 2). Yang Mama agak terkejut sikit sebab Khalisah dapat no. 3 dalam acara merentas desa katoger murid darjah 1 hingga 3. Lajunya Kakak lari ye.... Kata Adik & Khairina, kaka memang laju larinya....'straight' je dia lari.... Kakak kelihatannya tersenyum bangga. Alhamdulillah.... Tak apalah.... janji masuk acara dan nak bersukan kan.... Tahniah buat anak² Mama Ihsan, Khalisah, Khairina & Aqilah.....








Monday, 12 May 2014

Mulanya Peperiksaan Sekolah KAFA

12.05.2014 Isnin

Hari ini bermulanya sesi peperiksaan pertengahan tahun bagi anak² Mama (Ke empat²nya). Tiap² malam jugalah TV dibekukan dari dibuka. Sila baca buku ye anak² sekalian. Kalau diikutkan memang lah membaca... Tapi ingat @ tidak tak tahulah... Apa²pun doa Mama agar sekalian dipermudahkan ketika menjawab soalan peperiksaan yang bermula pada hari ini sehingga hari Jumaat nanti.

Malam semalam (Ahad) Khalisah ada datang ke bilik Mama sambil menunjukkan kertas jadual peperiksaannya. Tercuit hati Mama dengan barisan ayat di bawah kertas tersebut...  (Sila lihat gambar di bawah)



Wednesday, 19 March 2014

Hari Sukan Sekolah Anak² 2014 SKLU 01

19.03.2014 Rabu

Hari ini sepertimana kebiasaannya Mama dah bersiap² nak ke tempat kerja. Siap semua sekali dah. Tiba mas nak hantar anak² bertuah ni ke sekolah terutamanya si gegirl, masing² suruh Mama cuti sebab hari ini hari sukan sekolah dan suruh Mama Ayah hadir. Aik...Surat dari pihak sekolah tak ada pun sayang oi... Ihsan gelakkan Mama. Katanya baik Mama pergi kerja je... Kikiki...Bila ditanya, kata masing² masuk acara lumba lari. Ihsan memang kompem masuk acara tarik tali. Mama mula berbelah bahagi...Masa duk hantar tu terfikir kesian pula pada anak². Ok... Keputusannya Mama ambil cuti dan terus inform pada Bos. Alhamdulillah...Bos ok je....

Tak pasal² Mama cuti hari ini. Mula lah datang idea nak buat itu ini. Sudahnya habis barang² yang tak kena pada mata Mama di ruang tamu Mama masukkan ke dalam kotak dan letak dalam bilik stor si Ayah. Waktu rehat Ayah jam 10.20pg, waktu inilah Mama & Ayah ke sekolah kalian nak melihat keadaan anak² bertuah.

Kebetulan pula masa ni kelihatannya Khairina sedang bersiap² untuk acara seterusnya larian baton. Alahai...kecil²nya ahli kamu nak....Sempatlah Mama Ayah tengok Khairina berlari. Tak apa..walaupun kalah tapi bukan yang terakhir... hebatlah tu sebab bersaing dengan tahap 2. Kata Khairina dia menggantikan orang.

Sebelum balik, Mama cari anak² lain..Jumpa si Aqilah-rupanya Adik tak masuk acara apa pun., Khalisah (tengah makan) - Kata Khalisah dia dah siap berlari tadi dan Ihsan. Waktu ini cikgu sedang membahagikan makanan... Kemudian Mama Ayah terus balik sebab Ayah ada kelas selepas ini. Nak tunggu Ihsan untuk acara tarik tali lambat lagi tak tahu jam berapa. Ihsan kata tak apa....


Khairina dalam bulatan

Hihihihi...Boleh tersenyum pula Khairina masa berlari. Macam main² je...

Adik dengan makanannya. Suruh Mama bawa balik tak mahu makan katanya. Kenyang..Aik! Rupanya dah  membeli dekat tepi padang ye...

Khalisah yang berlari mendapatkan Mama bila nampak Mama datang tadi. Walhal katanya dia sedang makan dan belum habis lagi. Anak²....

Si Bam Bam Mama Ihsan...pun disuruhnya bawakan makanan balik. Sma je macam Aqilah...

Penat ye sayang...Baru lepas berlari tadi... Ok.. Boleh pergi ambil makanan ye....

Mama Ayah dah nak balik...

Jam 1.30ptg, Mama ikut Ayah ambil si gegril (Ihsan naik basikal)... Aduhai anak... masing² dengan haluan masing². Mujur pak Jaga tolong carikan.... Terima kasih... ☺

Aik...Khairina pun tak makan makanannya...? Urm...


Mama suruh semuanya pergi mandi terlebih dahulu. Adik macam² alasan yang diberikan. Masa Kakak²nya mandi Adik terus tertidur. Lepas mandi semua anak² Mama tertidur kepenatan seharian di padang. Ihsan tiada gambar sebab masa ni dia belum balik lagi... Petang Ihsan ke sekolah semula untuk bermain hoki.


Tuesday, 4 March 2014

Pipi Khalisah Bertanda

03.03.2014 Isnin

Petang ini Mama agak sibuk di dapur buat lempeng+sardin+nasi goreng untuk makan malam. Lebih kurang jam 7.15ptg anak² bertuah semuanya baru balik dari bermain. Terdengar celoteh mereka dari dapur berbual dengan si Ayah. Tapi apa yang sedang dibualkan Mama tak tahu. Siap je kerja² memasak...duk angkat hidangan ke meja, Khalisah datang menunjukkan pipinya yang sebelah kanan. Mama tak perasan apapun lagi masa tu. Bila diamati betul² pipi si Kakak ada bertanda berbentuk ‘C’ tapi tidaklah luka berdarah lebih kepada melecet. Bila ditanya kenapa...Jawab si Kakak, dia jatuh basikal tapi tak tahu kena apa. Berdasarkan bentuk tu tak mustahil terkena pada hujung/bucu handle basikal.... Alahai sian Kakak....

Ini rupa tanda di muka si Khalisah yang Mama ambil sebelum pergi ke sekolah pagi tadi 04.03.2014 Selasa.

Tuesday, 28 January 2014

Ketiga² Gegirl Mama Luka/Berdarah di Kepala...

19.01.2014 Ahad
-AQILAH QISTINA-

Mama sampai di rumah lebih kurang jam 12.30tgh setelah bermalam di Kuantan malam tadi lepas recce jalan di Jerangkang Waterfall (rujuk entry di SINI). Mama tak terus pergi mengambil anak² yang berada di rumah Neneknya sebab Mama nak mengemas² rumah terlebih dahulu. Lebih kurang jam 2.30ptg baru mama pergi ambil.

Sampai je di sana, bermacam² cerita yang disampaikan..Yang ini nakal, yang ini buat perangai dan macam² lagi. Namun satu cerita yang menarik minat Mama...Kepala Aqilah berdarah disebabkan terhantuk pada tiang!. Berdasarkan cerita mereka dan Neneknya... Semalam 18.01.2014 Sabtu, anak² bertuah ni mandi di luar rumah...mandi kolam dan terlalu gembira. Masa tengah bermain dan bergurau senda entah macamana ceritanya antara Adik dengan Khairina...Tiba² Adik terhantuk pada bucu tiang (tiang bentuk empat segi) dan luka. Cerita Adik dia menangis bukan main lagi.... Hari ni kesannya Mama tengok tak teruk mana. Macam melecet je kulitnya...Aduhai anak...



20.01.2014 Isnin
-KHAIRINA BASIRAH-

Sepertimana biasa anak² Mama akan keluar bermain pada sebelah petang selepas sekolah KAFA dan baliknya jam 7.00++ptg @ bila nun sayup kedengaran bunyi azan. Sepertimana biasanya juga mereka akan naik mandi. Ihsan sentiasa menggunakan bilik air di sebelah bawah manakala ketiga² gegurl akan menggunakan bilik air sebelah atas. Mandi bersama² dan selalunya akan bermain juga. Tak sampai pun 5minit tiba² kedengaran suara Khairina cemas dan meluru turun. Dia bercakap sambil menunjuk² kepalanya namun dek kerana Khairina cemas sangat, Mama langsung tak faham segela butir bicaranya. Mama Cuma duk telek kepada tangannya yang menunjukkan kepalanya. Mama tengok tak ada apapun. Namun bila keluar ayat “Mama saya tak mati kan?” Mama mulai pelik. “Kenapa pula ni getus hati Mama”... Selang beberapa minit terlihat ada darah yang mengalir di belakang kepala. Sah luka namun tak pasti sebab apa. “Along cepat ambil kain lampin kat atas” arah Mama pada Along yang baru selesai mandi. Along meluru naik ke atas dan ambil kain beri pada Mama yang dah bawa Khairina duduk di kerusi dan Mama dah Nampak tempat/puncanya. Mama terus tekap pada luka. Khairina menangis namun bibirnya mengucap tak puus². Nak tergelak pun ada masa situasi itu “Laiilaha illaAllah “ ujarnya berulang² masa Mama tekapkan kain pada luka tersebut sambil dia menangis teresak².

Tak berapa lama kemudian darah yang mengalirpun terhenti. Mama cuba tengok kesan luka. “Masya Allah” berlubang sedikit lebih kurang 7mm danjang dan dalam juga. Seriau rasa hati Mama dan berderau darah dalam badan Mama ni rasanya. Mama suruh Khairina bertenang dan katakan padanya yang lukanya ok tak apa² dan darahpun dah berhenti mengalir. Walaupun masih teresak² namun percakapannya lebih mudah difahami berbanding sebelumnya. Apa yang Mama faham dari cerita Khairina.... Khairina nak mandi, tadah air dalam baldi...Kemudian Khairina nak celupkan kepalanya dan baldi (mungkin air sikit sebab rambutnya tak basah pun) dan Khairina angkat kepalanya semula kemudian kepalanya terhantuk kepala paip. Kepala paip dalam rumah ni tak ada yang plastik. Jadi... boleh dibayangkan betapa kuatnya kepala Khairina terhantuk dengan luka sebegitu. Mau berdenyut kepala dibuatnya.

Darah dah berhenti Mama pimpin Khairina naik ke bilik air untuk bersihkan darah yang telahpun kering dirambutnya. Aduhai bau darah hanyir ni memamng meloyakan tekak. Khairina dah tak menangis lagi. Mama suruh dia mandi macam biasa tapi jangan basuh rambut/kepala. Kemudian diisi minyak gamat. Doa Mama agar Khairina tak apa² dan juga tidak demam. Khairina juga seboleh²nya tak mahu pergi klinik. Sebab tu agaknya lepas mandi, makan disuruh buat kerja sekolah moodnya nampak ok je takde apa². Tapi lepas buat kerja sekolah asyik duk berkepi dengan Mama sampai tidurpun nak pegang tangan Mama. Mama rasa badan Khairina dedar je. Mama suapkan Khairina ubat sebab risau dia demam. Mama tengok pada lukanya dah tak keluar darah lagi Cuma orang kata apa tu? Air bisa yerk? Mama lapkan dan Khairina tidur... Malam ni juga Mama Whatsapp pada Bos takut esok tak boleh masuk office sebab nak bawa Khairina ke klinik risau kalau terkena jangkitan kumam. Alhamdulillah Bos OK dan izinkan Mama masuk lewat ke opis esok. Syukur..selamat cuti tahunan Mama. Maklumlah masih di awal tahun lagi.... Sayang cuti ooooo....









28.01.2014 Selasa
-KHALISAH BATRISYIA-

Hari ini satu lagi kejadian yang tak di duga berlaku...Allahu Akbar...

Sepertimana biasa...Petang anak² Mama akan keluar bermain...Jam 7.15ptg akan balik ke rumah...Dan macam biasanya juga...Kalian akan disuruh naik mandi. Ketiga² gegirl Mama ni kalau waktu 'baik' sentiasa bekerjasama bila bermain hatta dalam bilik air!. Kebiasaannya juga tatkala ini Mama akan sibuk di dapur menyediakan/mencukupi makan malam.

Selesai..dari bawah terdengar suara riuh keriangan anak² bermain dalam bilik air...Aduhai anak..masih tak serik² walau berulang kali diingatkan agar tidak bermain cuma mandi sahaja! Masa Mama melangkah tangga untuk naik ke atas...sampai je di tengah² kedengaran bunyi dentuman kuat dari bilik air tersebut serta kelihatan Khairina & Aqilah berlari keluar dari bilik air dengan muka yang cemas...Allahu Akbar...Apa pula kali ini...Tak dapat dibayangkan oleh perasaan. Yang pasti degupan jantung Mama begitu laju...Mama kian cemas bilamana tak nampak kelibat Khalisah dan serentak je Khairina menjerit "Mama...Kepala Kakak!" Mukanya juga kelihatan begitu cemas. Terlepas terus beg tangan Mama yang dibawa bersama...sedangkan dalamnya ada handphone dan beg tak berzip. Pantas Mama berlari naik ke atas mencari Kakak sambil berdoa tiada apa² yang berlaku kepada Kakak. Ye...hati Mama cukup takut...takut sangat²! Sampai je atas, kelihatan Khalisah keluar dari bilik air sambil memegang kepalanya. Makin kuat debaran di hati Mama. Macam biasa, Ihsan yang kebetulan membontoti Mama terus mencari kain tanpa disuruh.

Khalisah mula merengek sambil menunjukkan kepalanya. Mama tengok tetapi tiada apa². Diamati semula...Ya Allah..ada kesan luka! Aduhai anak.... Mama capai kain yang telah Ihsan sediakan dan teus tekap. Mama amati betul²...Mujur lukanya tak sedalam mana. Mama suruh Ihsan jenguk keadaan di dalam bili air. Kata Ihsan...Singki jatuh dan pecah. Allahu Rabbi...Macamana boleh jadi begitu? getus hati Mama. Khalisah merengek² sebab takut Mama bawa ke klinik...Takut sungguh dia nak ke klinik. Beberapa minit ditekap darah kelihatannya berhenti.Mama suruh Khalisah pakai baju.Nak tak nak bawa juga ke klinik sebab tak nak jadi macam Khairina tempoh hari...Khalisah meengek lebih kuat sambil menangis² kali ini...

Mama dan Ayah bawa Khalisah ke klinik sementara Ihsan ditugaskan untuk lihatkan/jaga Khairina & Aqilah di rumah.... Alhamdulillah...Tak perlu dijahit cuma dicuci sahaja... Khalisah mulai lega setelah semuanya selesai walhal masa atas katil tadi dah mula menangis² kecil. Sabar ajalah... Selesai..Khalisah mulai tersenyum.

Sampai di rumah...Hubby & Ihsan kemaskan bilik air yang dah bersepah tadi. Singki memang pecah tak boleh digunakan lagi. Bila di soal siasat...Rupa²nya mereka bermain di bilik air..Khalisah pula memanjat dan duduk di atas singki. Itu yang menyebabkan singki berkenaan jatuh. Namun bila ditanya mengapa Khalisah memanjat.."Saja" jawabnya...Kalau diikutkan hati...kecil besar, kecil besar je Mama nengokkan kamu nak.... Bila ditanya mengapa kepalanya boleh berdarah? Kena pada apa? Khalisah tak tahu mengapa boleh jadi begitu... Alhamdulillah syukur tiada yang teruk terjadi pada kalian.... Sesak nafas Mama dibuatnya oleh ketiga² gegirl Mama nih.... Haish...Mana ada ibu tak sayangkan anak...