"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday 30 October 2013

Titian Kanopi Di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang

30.10.2013 Rabu 
Lokasi : Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang

Sebenarnya ini adalah trip/camping sekolah en. Hubby bersama Persatuan kadet Polis Daerah Jerantut... Ninie tumpang sekaki sahaja. Alang² En. Hubby dah ajak kan... Hihihihi jangan jual mahal... lagipun tak pernah jejak kaki hingga ke seberang sungai. Sampai kaki sungai dengan anak² dulu pernah lah. Tambah teruja bila Hubby kata nak ke Titian Kanopi di seberang. Wah... itu yang lagi teruja sebab sokmo dengar ceritanya sahaja. Namun bayangannya Ninie tak tahu. Tak pergi sekarang, akan datang belum tentu.

Kami bergerak dari rumah jam 6.00pagi, sampai lebih kurang jam 8.30pagi... Sesiapa yang pergi ke sini naik kereta tu harapnya berhati² dengan jalan yang sempit dan selekoh sana sini. Nak tidur pun tak lelap.

Jam 9.00pagi, perjalanan dimulakan dengan menaiki bot. Kadar bayaran kebiasaanya RM 1/sehala. Tak puas rasanya sebab jaraknya dekat je.


Elok je sampai di seberang ada satu akuarium besar sangat yang menempatkan Kelah di sini... Wah memang besar giler... dapat seekor buat masak stim pun sodap....





Semasa dalam perjalanan, sesekali terjumpa dengan pelancong yang turut sama nak ke titian kanopi tersebut. Dari tapak pertama Ninie perasan nak boleh ke sampai 1.6km ...berjalan kaki okeh!

Ha masa ni dah jalan 600meter dah... Penat giler rasanya sebab mendaki bukit walaupun ada trek.




Yeye... sampai dah... Sekarang tunggu turn nak berjalan pula. Kebiasaannya nak meniti ni RM 5/person.

Alhamdulillah... Ninie tak gayat...teruja sangat². Cuma agak tak best sebab separuh titian kanopi ni ditutup bagi tujuan penyelenggaraan. Difahamkan yang kami titi ni adalah dalam 400m dengan 6platform. Dibina di atas pokok tau... hihihi macam tak percaya je dah sampai sini. Memula pandang bawah tu sayup je....



Atas platform




Ambil gambar sendiri aja lah.....yang kat belakang tu titian yang ditutup untuk diselenggara.

Menunggu Hubby... Caiyok...caiyok...


Alhamdulillah... sampai di perhentian terakhir... Syabas buat Hubby yang berjaya meniti walaupun sedikit gayat....

Bergambar dengan para pelancong yang berada di belakang kami tadi.

Menunggu bot tiba untuk ke seberang...

Balik, naik bot dengan Tuan Mail, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, IPD Jerantut. Yang ni pun best giler... Kami dibawa bersiar² hingga ke kg. orang Asli tapi tak berhenti ler... main² atas sungai je... entah beberapa kali kami basah kerana disengajakan oleh si pemandu bot. Aduh..main² yea... Habis basah kamera.... apatah lagi pakaian... atas bawah lencun... tapi syok giler....





Kuyup eden dibuatnya.... Aduhai....


Dah sampai ke seberang...Alhamdulillah....






Sunday 27 October 2013

Makan Roti Nan Di Bandar TAR Jengka

27.10.2013 Ahad 

Asyik² makan kat kedai Mamak di Kuantan je, Kali ni nak mencuba di Bandar TAR Jengka pula tatkala OTW balik ke Lepar Utara. Hubby teringin nak mencuba roti nan di sini... Ninie biasalah dengan mee goreng mamak. Nampak kurang menyelerakan tapi bila makan, sedap juga....


Ihsan dengan ADik²nya makan nasi goreng pataya. Tak habis sebab banyak sangat sayur....



Ayam Tandoori nya boleh tahan... Bagi Ninie sedap.... RM 5.50


Roti nan Hubby, agak kurang kata Hubby... Kuahnya tak sama macam di Kuantan yang diberi hingga tiga pilihan. Kat sini satu je......


Ha... Ada yang nak datang sini? Datang Bandar TAR Jengka, Pahang ok... Bangunan baru berhadapan AU Mart..hujung sekali belah kiri....

Saturday 26 October 2013

Jom Hirup Sup

27.10.2013 Ahad
Lokasi : Sup Pokok Besar, Kuantan

Pergi jejalan di Kuantan Parade, tengok jam dah pukul 2ptg. Patutlah perut lapar.... Ninie tak berapa nak selesa tekak.. teringin makan sup... ajak Hubby.... mujur dia jom aja.... huhuhuhu... sedapnya hirup panas²... Orang Kuantan kata tempat makan ni sup pokok besar. Sekarang ni entahlah....


Mee goreng mamak, Ninie punya...pun sedap makan panas²

Bukan main lagi si hubby dan anak² makan. Roti siap 2kali tambah lagi....rotinya gebu je....



Sup hati ayam yang Ninie punya

Yang lain²... makan sup ayam je tau.... sup daging? ha, takyah nak ngengade...kat sini tak ada ye....