"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label Darling Ninie - Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Darling Ninie - Pregnancy. Show all posts

Monday, 7 November 2016

Pengalaman Bersalin di HTAA

27 Oktober 2016 Khamis
38 Minggu 6 Hari/Ceaseran/HTAA/2.08pagi

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT sebab Mama akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dengan turut juga rasa kesakitan/kontraksi sakit nak bersalin.... Sedikit pegalaman... pst..sambunganentry sebelumnya ye... di sini

http://darlingniniefamily.blogspot.my/2016/11/sebelum-mama-bersalin.html

26102016 Rabu
Selesai je makan nasi lemak gulung + lamb chop tadi... Kami terus ke HTAA Bahagian Wad Bersalin Risiko Rendah. Biasalah... Dah datang sini ikut sahaja apa yang disuruh oleh nurse dan doktor. Kontraksi semakin kerap² gitu... Alahai... Jadi graf yang ada memang tak cantik... Nurse siap masuk alat drip air di tangan dah. Tengok keadaan macam ni... Tau dah memang 'confirm' Mama kena tahan wad malam ni dan tak boleh balik.... Agak lama juga duduk di sini... sampai 11.30malam. Keputusannya... Masuk Wad. Oleh kerana Wad kelas 1 dah penuh, Mama ditumpangkan di wad kelas 3 dan kesian tau... katil kosong tiada. Jadi Mama dan En. Hubby kena menunggu sebentar di ruang menunggu dan waktu ni makin kerap pula baby mengeras... Aduhai la anak...

Dalam 15minit barulah ada katil kosong untuk Mama... itupun katilnya baru di bawa masuk dan ruangan betul² sebelah tempat solat. Prosedur biasa...pasang CTG bagai dan kontraksi kian kerap menjadi². Tak sampai 15minit terbaring di katil, keadaan nampaknya agak kelam kabut sedikit... dengan nurse & doktor bercakap² dan suruh sediakan dokumen dengan segera (waktu ni Hubby baru je balik ke rumah). Nurse datang untuk suruh call husband dan sign dokumen (Tapi Hubby dah pun balik, sekadar makluman dia sahaja dan Mama sign dokumen sendiri-tangan pun dah getar tahan sakit waktu ni) , nurse datang untuk gantikan baju... masukkan drip di saluran kencing. (Malunya laaaa sebab walaupun tengah sakit tapi masih lagi sedar). Dah siap semua... laju je Mama disorong ke bilik pembedahan "Puan, kita nak operate ye sebentar lagi... Dah tak boleh nak tunggu sebab graf dah tak cantik... Takut baby lemas" lembut je nada cakapnya...Mama tak boleh nak cakap apa...tahan sakit baby duk mengeras lagi... Pasrah je la..

Dari katil di wad...diangkat ke katil lain untuk tolak ke wad pembedahan... saat pintu wad pembedahan dibuka... mak aiii meriahnya nampak beberapa doktor dan nurse yang dah siap sedia menunggu dan nampak masing2 ceria gitu.... datang salah seorang bawa borang yang telah di sign tadi dan minta Mama baca dan pastikan yang ianya betul... Kemudian Mama dialihkan ke katil lainnya pula dan terus di bawa masuk ke ruang pembedahan... sejuk wei... prosedur Mama tak berapa nak perasan sangat dah waktu ni sebab sakit nak bersalin tu makin kerap datangnya. Kalau di tengok bukaan dah berapa cm gamaknya.... masa ni memang Mama dah pasrah... relakan aja... sebaik mungkin ikut je arahan yang diberikan...

Kaki harus melunjur tegak... badan dalam keadaan duduk sambil memeluk bantal.... dan waktu ni badan wajib tegak/lurus gitu... tapi disebabkan kobtraksi bersalin kian kerap... badan Mama tak dapat nak lurus... terasa cubaan doktor nak bius di belakang badan tu... tapi sakitnya jarum tak boleh nak lawan sakitnya kontraksi bersalin... nak mengalir air mata rasanya.

Beberapa kali mencuba Mama dapt rasakan macam terkena renjatan elektrik gitu di kaki sebelah kiri. Fikir Mama mungkin dah kena pada tempatnya la tu....owh macam ni rasanya (sempat lagi tu...hihihi...) ingatkan dah siap...rupanya nak kena cucuk lagi. Beberapa percubaan.... baru lah kaki sebelah kanan pula rasa macam kaki sebelah kiri tadi....

Dah siap bius... bantal dilepaskan dan disuruh berbaring. Bius separuh ye.... beberapa minit kemudian... dicucuk2 di bahagian kaki Mama dan tanya..'boleh rasa tak?'... 'boleh..' jawab Mama... Masa ni dah risau dah... kang dibelahnya perut ada rasa sakit macamana??? Oh ye... lepas je siap bius tadi hilang terus rasa sakit baby mengeras nak bersalin tu... Selang beberapa minit... "Puan... kami nak keluarkan baby ye...Bismillah..." urm... Mama udah ngantuk waktu ni... nampak 2orang doktor lelaki yang buat pembedahan tu tapi tak nampak apapun yang tengah dibuat... nampak mereka bergerak2 je.... Masa bila baby dikeluarkan pun Mama tak perasan. Tersedar sebab dengar tangisan bayi je... 'eh... baby aku ke tu?' -getus hati kecil... Masa bila baby dileluarkan? Sah! Mama terlelap la tadi... acis betullah...hihihihi

Tak sampai 1/2jam.... siap! Laju betul doktor ni buat kerja... (Mama siap tengok jam tau). Dalam 2pagi mula bedah... 2.30pagi dah ditolak ke ruang lain untuk pemerhatian selama 1/2jam kalau tak silap... Masa ni dipeaan banyak kali jangan angkat kepala... jangan bergerak2 sebab takut munyah kesan dari ubat bius tadi... Di sini juga datang nurse bawa dan tunjukkan bayi Mama serta jantinanya... tag pink..so kompem perempuan! Kemudian nurse selak pakaian Mama dan suakan mulut baby pada nipple... ajaibnya ! Baby menyoyot.. macam tau tau je... agak lama juga... kemudian nurse maklumkan nanti baby ditempatkan di nursery... Mama tak usah bimbang katanya...

Selesai di sini... Mama terus di bawa ke wad Melor 1C tanpa barang2 Mama yang berada di wad kelas 3 tadi... aduh... macamana nak call en. Hubby? Dah la tak boleh bergerak... tak boleh angkat kepala... masa ni hilang terus mengantuk dan rasa lambat betul masa berlalu. Sekejap2 kang nurse datang jenguk.  Kena statik mavam ni 6jam tau...

8pagi.... sister datang tanya nak minum? Huish pucuk dicita ulam mendatang... sister bagi minum 1/2cawan air masak je dulu guna straw. Dekat 1/2jam.. Alhamdulillah... tiada rasa nak.muntah... sister angkat kepala katil bagi Mama bangun sedikit dari pembaringan berjam² tadi... kemudian sister bagi minum 1/2 cawan air milo..m beberapa minit semuanya ok..takde rasa nak muntah baru diberi minum lagi 1/2cawan baki air tadi.... puas rasa walaupun tak cukup sebenarnya. Ok... dah boleh nak makan minum dah lepas ni katanya... wah..lega.... sister juga lah yang tolong call Hubby minta datang tengok Mama sebab kesian tengok Mama dari semalam katanya....

Jam 9.30pagi, nurse datang hantarkan baby... Bolatnya baby Mama... nampak bengkak mukanya... ye la baru beberapa jam lahir kan.

 En. Hubby datang dan tolong ambilkan semua barang2 di wad 3. Lega sikit sebab semuanya ada.... kemudian Hubby balik dan datang semula pada waktu melawat dengan bekal dari mil. Alhamdulillah... terima kasih mak.. bukan taknak makan makanan hospital tapi takut sebab hidangannya tu macam tak sesuai untuk Mama yang pantang bersalin ni.. Lepas makan Mama nak ke tandas... nurse temankan dan tak bagi pergi sendiri untuk kali pertama ni. Oh ye...masa ni nurse dah buka beg air kencing tu... doktor cakap dah boleh nak mandi ke apa ke... cuma pastikan tempat czer tu jangan terkena air sebab baru lagi. Jadi tak la Mama berani nak mandi bagai. Cukuplah basahkan lampin dan lap2 badan gitu2 je.... biar rasa segar sikit....

Alhamdulillah... duduk di sini nurse cukup prihatin... baby nangis2... datang jenguk tanya... kesiankan kita... nurse ambil bawa ke luar dodoikan... baby nak tertidur dopulangkan semula. Amat memahami keadaan Mama yang lemah ini.... Almaklumlah... susu pun tak meriah lagi... baby pun nak test suaranya juga kan!

Anyway really really thank you pada nurse dan doktor yang bagi Mama cukup2 mesra dan prihatin gitu... bercakap dengan kita pun lembut je......



Monday, 17 October 2016

Mama Boleh Bersalin Normal @ Tidak?


06.10.2016 Rabu
Mama ada temujanji dengan doktor pakar di Hospital Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang mana doktornya adalah doktor pakar dari Hospital (HOSHAS), Temerloh. Mama sampai seawal jam 8.00pagi lagi. Waaa bersemangat betul tau... Gara² tak nak menunggu lama... Lambat datang 'confirm' lambat la siapnya.... Alhamdulillah...Mama adalah orang pertama yang mendaftar... Ikut la segala apa yang disuruh oleh 'nurse' (prosedur biasa)... Pergi kencing, timbang berat, cek bp...dengar ngomel² sikit.... Kemudian tunggu giliran dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Jam 9pagi, doktor dah sampai...tak sampai 5minit kemudian nombor Mama terpapar di skrin... yeay!

Macam biasa juga... Doktor akan tengok buku merah jambu yang dah menebal tu.... hari ni tak berapa cantik keputusan air kencing Mama. 'Kurang minum air ke?" soal Doktor... Hihihihi... Memang pun sebab gara² lebih sayangkan tidur dari nak bangun kerap² ke bilik air di tengah malam. Kemudian doktor minta buku pink kelahiran yang lalu. Nasib baik Mama bawa sebab memang doktor dan nurse di klinik dah 'remind' awal² lagi.(Memang sekrang buku kelahira yang lepas/kandungan terakhir sebelumnya perlu ye...)

Doktor tengok je buku... Baca... "Oh...Awak memang tak boleh bersalin secara normal la. Sebab dalam buku ni doktor dah tulis siap² yang bersalin akan datang kena secara pembedahan. Haaaaaa (gitu sebab tak boleh nak masuk icon terkejut dalam blog ni. huhuhu...) Mama pun bersoal jawab la dengan doktor tersebut... hasilnya yang Mama faham :

* Walaupun kelahiran lalu sdah 9tahun berlalu namun jangan anggap yang kita boleh bersalin normal sebab doktor dah tulis siap² dalam buku.
* Kelahiran Aqilah (Si bongsu sekarang) adalah kerana lemas (ni Mama baru tahu). Ketika itu Mama sepatutnya melahirkan Aqilah secara normal, jalan/laluan dah buka penuh (8 hingga 10cm) namun sakit nak meneran bayi langsung tiada ketika itu. Oleh kerana bayi pun dah masuk laluan dan jalan pun sudah buka, Mama pula tiada sakit untuk meneran... Keputusan CTG pun dah tak cantik (bayi lemas). Keputusannya adalah 'emergency ceaser' ketika itu. Apa yang Mama faham, ketika pembedahan dilakukan mungkin terdapat koyakan luar jangka dalam rahim namun tidak dinyatakan oleh doktor koyakannya besar mana.
* Jadi, rahim Mama ada parut lama yang mana memungkinkan risiko untuk Mama jika dibenarkan melahirkan bayi secara normal walaupun dah 9tahun berlalu. Mungkin kalau bersalin secara normal, ketika meneran, parut lama boleh terbuka kembali terlebih dahulu sedangkan bayi masih belum keluar... Jadi dari ambil risiko seandainya berlaku kejadian seperti itu, (parut lama terbuka terlebih dahulu) kemudian kena pula ceaser... Jadi dah ambil risiko disitu. (in sha Allah, Doktor tahu apa yang telah ditulis dalam buku tersebut)

Jadinya.... Faham tak... panjang lebar cerita kat atas tu...huhuhuhu..... keputusannya Mama kena melahirkan bayi secara pembedahan jugalah... Tak apalah... Janji bayi dan Mama selamat. Kemudian perut Mama di scan (doktor beritahu jantina maybe girl)... Tarikh untuk pembedahan diberikan pada 27 Oktober 2016/Khamis di HOSHAS. Mama terima dahulu tarikh tersebut kerana masih belum berbincang dengan En Hubby lagi.

Jam 10pagi semuanya selesai... Terima kasih pada nurse dan doktor² yang sungguh friendly.... Mama pergi makan dan jom... Masuk pejabat mulakan rutin harian.

11.10.2016 Isnin
Setelah berbincang dengan En. Hubby... Kami mengambil keputusan untuk bersalin di HTAA, Kuantan, Pahang atas alasan : HTAA dekat dengan rumah Ibu Mertuaku, Jikalau terjadi (mohon dijauhkan...) anak kena kuning ke... Mama ada masalah ke... apa²lah dan yang pasti bersalin secara ceaser ni wajib 'stay' di wad paling² tiga hari. Jikalau bersalin di HOSHAS, dari rumah ke sana sahaja dah hampir 120km @2jam perjalanan. Kesian pula pada En. Hubby nak ulang alik nanti.

Jadi, hari ni terus ke Klinik Kesihatan Bandar Tar Jengka, untuk memohon penukaran Hospital sebab penukaran hanya boleh dilakukan oleh doktor sahaja.

12.10.2016 Selasa
Mama mendapat panggilan dari Klinik Bandar TAR Jengka berkenaan permohonan pertukaran Hospital semalam. Alhamdulillah... In sha Allah boleh tetapi pihak HTAA nak berjumpa juga dengan 'patient'. Tarikh temujanji telah dibuat. Mama harus berjumpa doktor HTAA pada 17.10.2016/ Isnin minggu hadapan. Nak tak nak kenalah ambil cuti untuk ke sana.

17.10.2016 Rabu
Pagi² lagi dah pergi cari sarapan dan terus meluncur laju ke HTAA (unit O&G) sebab tak nak nanti menunggu lama. Alhamdulillah... Urusan di sini mudah dan cepat beserta dengan nurse dan doktor yang friendly sangat². Lembut je percakapannya walaupun kelihatan ramai ibu² yang hamil sedang melakukan check up. Dalam jam 9.30pagi Alhamdulillah selesai semuanya...En. Hubby turut serta mendengar percakapan dari pihak Doktor.

Keputusan yang dapat dari sini tetap sama dengan perjumpan doktor pakar dari HOSHAS. Keputusannya tetap 'ceaser'. Tarikh telah ditetapkan 27.102016/Khamis masuk wad dan 28.10.2016/Jumaat 'ceaser'. Apapun semoga segalanya dipermudahkan.

Next Plan... Balik Kuantan...

Kenyataan doktor tahun 2007 semasa bersalinkan Aqilah

Monday, 4 July 2016

Kena Makan Double Iron Tablet

04.07.2016 Isnin

Susulan Entry sebelum ni : Check Up Mengandung.Hari Ni Banyak Dakwat Merah!

Sebelum balik tadi Nurse bagi sekeping 'check' senarai ubat...Hihihi...Disebabkan bacaan HB menurun kena makan IRON TABLET yang warna coklat gelap tu 2biji sehari. Nurse cakap lagi... Kalau next check up masih juga tak naik, disarankan agar Ninie membeli sendiri IBERET FOLIC. Redha je la.......


Check Up Mengandung.Hari Ni Banyak Dakwat Merah!

04.07.2016 Isnin / 29 Ramadhan 1437H
22w2d



Hari ini check up baby dalam perut buat pertama kali dalam bulan Julai. Letih nak ulang alik ke Klinik... Rasanya dah tiap² minggu ni.... Bersabarlah ye.... Anak anugerah dari Allah... Prosedur wajib kena ikut.... Untuk baby dalam kandungan dan juga si Ibu yang membawanya...

Al kisahnya pagi tadi tak tersedar langsung dari bangun untuk bersahur. Pergh... Selalunya tiada masalah. Kali ni..... Sedar² je dah azan Subuh! Mohon maaf je la pada En. Hubby.... Dah bangun tu boleh lagi Ninie terlelap...Sedar² jam 5.55pagi. Wah! Kena bangun terus ni sebab hari ni kerja lagi dan ada check up di Klinik. Walaupun agak 'mamai'. Agaknya sebab mamai tu la elok je melangkah di muka pintu bilik air, Ninie terasa lantai licin. Sempat berpaut pada pintu dan tak jatuh terduduk sebab sempat sangga dengan kedua² belah lutut. Alhamdulillah... Cuma rasa senak sikit perut mungkin sebab bayi dalam perut mengeras terkejut juga.

Mandi+Solat+Bersiap² dan 6.30pagi meluncur ke tempat kerja.... Jam 8 terus ke Klinik buat check up. Turn Ninie agak lambat hari ni walaupun orang tidaklah ramai mana. Agak 'puas' jugalah menunggu. Kemudian hasil check up pula agak mengecewakan sebabnya :

1. Berat badan menurun lagi... 2minggu lepas dah turun 2.1kg. Hari ni turun lagi 300g. Aduhai...
2. Bacaan HB juga menurun ke 10.9
3. Kandungan air kencing yang agak kotor
4. Ada bacaan +1 darah dalam air kencing

Apa sahaja yang dinyatakan oleh 'Nurse' Ninie iyakan sahaja... sebabnya tau dah salah sendiri

1. Berat badan turun
*Ninie kurang makan di bulan puasa ni. Makan berat ketika berbuka sahaja. Tiada lagi ulangan. Jam 10 biasanya dah masuk tidur. Sahur pun makan buat syarat je. Jenuh nak menelan seketul² nasi tu. Paksa diri makan mengenangkan diri yang berbadan dua ni dan takut diri sendiri yang tak larat nanti.

2. Bacaan HB menurun
* Vitamin yang diberikan oleh klinik memang Ninie ambil tadi tiada macam hari² biasanya Ninie agak 'gila' makan sayur²an hijau. selalunya kalau bukan di bulan Ramadhan tapau nasi sikit, sayur lagi lebih dari nasi. Bulan puasa ni jarang bebeno makan sayur²an hijau. Tak apa...Lepas puasa nak makan sayur hijau semula. Nurse beritahu kacang kuda antara yang terbaik makanan kaya zat besi.

3. Kandungan air kencing agak kotor
* Sepanjang bulan puasa ni, Ninie jarang bebeno minum air masak. Selalu memang bawa bekalan air masak di opis, teguk² je tau² habis. Ni minum air manis ketika berbuka je.... kemudian tak ada nak ulang² minum dah.

4. Ada bacaan +1 darah dalam air kencing
* Doktor cakap mungkin disebabkan kekurangan air dalam badan. Banyakkan minum air masak dan berehat. dan... Ayat yang meneakutkan nak dengar "Kalau ada bleeding cepat² ke Klinik berdekatan' minta dijauhkan....

Tadi juga kena jumpa Doktor maklumkan pasal jatuh di bilik air tu, Bila diceritakan cara jatuh sebab bukan jatuh terduduk, Doktor cakap, In sha Allah tak perlu scan dan tiada apa². Cuma kena lebih berhati² selepas ini....