"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #AdliYanFamilyMakan². Show all posts
Showing posts with label #AdliYanFamilyMakan². Show all posts

Saturday, 22 January 2022

Jalan² 2022 Sate Temeen, Jerantut

Sabtu, 22/01/2022 
Sate Temeen, Jerantut, Pahang

Setelah melalui perjalanan yang panjang semata² nak tengok view tadi, dalam perjalanan balik, Khaliq 3 kali muntah. Kesian dia... "Sakit perut" katanya. Muntah yang memang segala isi perut dikeluarkan rasanya. Lepas muntah kali ke 3 dia dah kepenatan, tertido. Mujur pakaiannya tak basah. Yang basah, seluar Mama... Tak sempat nak buat apa dah. Mama tadah plastik suruh muntah dia marah² tak mahu. Bakul susu pun habis kena muntah dia. Semerbak bau perfum semulajadi.

Khabir, Alhamdulillah tak muntah² sangat. Muntah sikit je semasa perjalanan pergi tadi. Perjalanan balik, dia lapar...lepas makan biskut, makan jajan... Tak lama kemudian dia pun tertidur sendiri. Khayra? Alhamdulillah... Dia kalau naik kereta ke mana² selalunya kalau rasa tak selesa/mual dia akan baring dan tido sahaja.

Bertolak dari Bukit Awan jam 6.30ptg dan sampai ke Bandar Jerantut jam 8.15mlm. Perut mula lapar, singgah di PasarayaKu dahulu suruh Aqilah belikan seluar track untuk Mama. Selepas itu ke masjid bandar lama bersihkan/uruskan apa yang patut. Selesai di sini, kami terus ke tempat makan, Sate Temeen.

Elok je duduk, staf beritahu siap² yang ada cuma sate sahaja dan makanan lainnya tiada... Kami pesan berdasarkan menu yang ada. Mama pilih set kombo sate ayam+daging+kambing+nasi impit. Air pilihan masing².

Puas hati makan, besar² isi sate nya. Lembut pun lembut. Kuahnya pun boleh tahan sedap. Syukur Alhamdulillah kenyang dan siap bungkus sebab makan tak habis. Sangat disyorkan.

#adliyanfamily2022
#adliyanfamilyjalanjalan
#bandarjerantut
#tempatmakanbandarjerantut
#satetemeenjerantut
 




 

Sunday, 17 June 2018

Misi Cari Makan Di Malam Raya Ke 4

17.06.2018 Ahad

Anak² mula lapar... Kedai makan banyak yang masih tutup.... semalam kami dah makan di Restoran Aliff depan Megamall, Kuantan... malam ni nak makan di mana? En. Hubby kata nak makan di KFC. Mama ikutkan sahaja, tak kisah makan di mana sekalipun.... KFC pertama yang En. Hubby cuba pergi adalah di Teluk Cempedak, namun perjalanan kami terbantut disini memandangkan nun jauh disana nampaknya jalan begitu sesak termasuklah di drive-thru, apatah lagi kalau nak cari parking dan makan di dalamnya...

Hubby terus ke KFC Air Putih pula, nampak dari pintu kaca tertera waktu operasinya hingga jam 11malam sahaja dan orang yang beratur pula masih ramai. Ketika ini jam sudahpun pukul 10malam. Sudahnya kami ke KFC Jalan Besar pula kerana di situ waktu operasinya sehingga lewat malam (jam 2pagi). Namun terbantut sekali lagi sebab orang penuh beratur di kaunternya... Cubaan terakhir kata En. Hubby, KFC Indera Mahkota.... Anak² mulai tidur kerana mengantuk bermain siang tadi...

Sampai di simpang masuk (kena lalu di hadapan MCD terlebih dahulu) nampaknya jalan juga sibuk dengan kereta, namun kerana KFC ini operasinya 24jam, En. Hubby gagahkan jua... Rezeki kami untuk parking dipermudahkan dan masuk sahaja ke dalam, orang yang beratur tidaklah begitu ramai. Alhamdulillah....

Ramai orang cari makan malam² macam kami rupanya... semua gegirl tidur dah masa misi mencari tempat makan (KFC) ni. Jadinya bila sampai di KFC Indera Mahkota ni baru mereka bangun dan sibuk bertanya "Mama, kita kat mana ni?"... hahaha... Mama jawab di Kolumpo gitu... mereka pula antara percaya dengan tidak je... siap makan jom kita pulang untuk tidur.... Masa dijalanraya mereka nampak papan tanda "Kuantan" hahahahahaha... barulah tahu yang mereka bukan di kolumpo pon rupanya.....

#darlingniniefamily
#adliyanfamily





Sunday, 22 April 2018

Happy Birthday AQILAH QISTINA (11tahun)

22-04-2018 Ahad

Hari ini En. Suami ajak keluar semata² nak pergi makan KFC sambut birthday anak bongsu lama : Aqilah Qistina ni... walhal tekaknya adalah nak makan chicken chop. Oleh kerana siang²/tengahari ni tak jumpa kedai yang jual chicken cop, maka KFC pun boleh lah....

🎂Selamat hari lahir anak MamaAyah Aqilah Qistina🎉🎊
#adliyanfamily
 #aqilahqistinamohamadadli
 #khalisahbatrisyiamohamadadli
 #khairinabasirahmohamadadli
 #khayrasafiyamohamadadli



Monday, 7 November 2016

Sebelum Mama Bersalin... Jom Makan Nasi Lemak Gulung Dulu...

25.10.2016 Selasa
Mama dah mula ambil cuti minggu ini. En Hubby masih lagi bekerja dan esok baru mula cuti. Malamnya dalam jam 8.30malam, kami sekeluarga bergerak pulang ke Kuantan. Lagipun Mama ada barang nak cari sebelum menyerahkan diri ke wad nanti. Nak makan macam² pun yeee juga... Hihihihi... boleh macam tu?

Dalam 30minit perjalanan, perut Mama mula rasa tak berapa 'sedap'. Rasa baby mengeras je. Mengeras yang lama... Kang lembut balik... Kang mengeras balik. Mama cuba berfikiran positif sahaja mungkin disebabkan Mama agak sibuk dalam minggu ni buat itu dan ini, mengemas tak habis²... Rasa macam² nak buat bila duduk kat rumah.... Tidur malam pun lambat.... Ni dalam perjalanan balik ke Kuantan barulah nak rehat...

Dalam jam 12tgh malam kami sampai di rumah MIL, Kuantan. Mama malas nak melayankan karenah En Hubby yang mengadu lapar tapi nak makan nasi lemak... Mana la Mama sempat/tahu nak survey duk menahan perut yang tak selesa lagi.... Masuk rumah ambil port nak tido je... Letih sangat rasa badan ni.

26.10.2016 Rabu
En Hubby pergi 'join' aktiviti menembak (Kadet Polis) pagi ni. Mama dan anak² duduk kat rumah je... Hari ni perut rajin mengeras lagi kadangkala diikuti rasa nyeri/sakit di pinggang. Aduhai... Apakah ini tanda² sakit nak bersalin? Haish... Biar betul baby... Kan nak operate Jumaat nanti. Bagilah kesempatan kat Mama nak happy². Sakit pinggang tu tak lama sekejap² je. Jadi bagi Mama ianya tiada apa²... Malas nak ambil pusing... Jadi pergi masuk tido sementara nak tunggu En Hubby balik dan ajak pergi jalan² cari barang baby sikit² lagi.

Jam 12tghari En Hubby dah ada di rumah. Bila diajak keluar En Hubby kata petang² sikit dalam pukul 3. Urm... penat la tu... Mama biarkan aja... Kemudian En Hubby tertidur di sofa depan TV. Ketika Mama mandi dan nak bersolat Zohor... Waktu ni memang pasti yang sakit mengeras dan nyeri pinggang Mama dari malam tadi adalah tanda² nak bersalin berikutan terdapat lendir bewarna coklat dan diikuti lendir bercampur darah. Aduhai.... Terkejut la juga... Tapi Mama masih tak nak ke Hospital sebab sakit pinggang masih tahap ringan² gitu. Nak gi jalan² sopim jugakkkk. Sebelum En. Hubby tido tadi dah maklumkan pada dia. Dia ikutkan aja....

Jam 4ptg kami ke Mydin dan juga Kuantan Parade cari barang... Masa ni sakit main² tetap datang. Sesekali tengah berjalan tu Mama berhenti seketika... Hilang rasa nyeri... Berjalan balik... Huhuhuhu... Mujur la tak beranak time tu.... Nak balik ke rumah, Mama bagitahu En Hubby yang malam ni kita kena ke Hospital juga. Tapi sebelum ke hospital, Mama nak pergi makan dulu. Selepas Maghrib, kami pun bersiap². Segala barang, buku pink, surat masuk ke hospital bawa siap² sebab rasanya kompem memang kena tahan wad nanti (instinct).

Kami pergi makan nasi lemak gulung (Semalam singgah, dah habis) hari ni Alhamdulillah ada rezeki kami. Nasi lemak gulung+lamb chop+chicken cop untuk kami bertiga makan malam ni.Kedai D'Santai Corner di Kampung Belukar, Kuantan (Aqilah ikut sebagai peneman Ayah) Masa makan tu makin kerap pula contraction di perut dan pinggang. Aduhai... Tahankan ajalah... Siap² makan kami terus ke HTAA. Ke bahagian Pusat Bersalin Risiko Rendah.






Monday, 31 August 2015

Mee Calong Sedap Di Beserah, Kuantan

31.08.2015 Isnin

Hubby terasa lapar... Nak makan apa ye... Ninie google sekejap makn waktu tengahri/sedikit petang (2.45ptg) di Kuantan ni mana yang sedap agaknya. Sebenarnya kami ni jarang² sangat makan tengahri diluar. Entah kenapa dengan En. Hubby hari ini... Petang nanti sebelum jam 6 nak kena hantar Ihsan masuk asrama.

Pencarian di google nampaknya membuahkan hasil. Kami menuju ke Beserah mencari kedai mee calong. Ninie memang tak ingat langsung rasa mee calong ni sebab rasanya lama sangat² tak makan. Ikut pencarian mengatakan ianya sedap dan harganya pun murah. Jom kita cuba, tak cuba tak tahu kan!

Ok... kami semua pesan menu yang sama. Ngam² la semangkuk tu untuk seorang makan. Anak² memang sorang satu kali ni sebab macam tak sesuai/sikit untuk dikongsi. Alhamdulillah sedap... habis semuanya... Tapi waktu kami datang katanya keropok lekor dah habis. Ada sedikit kekecewaan di sini....

Alhamdulillah... Kenyang... sedap... Cuma.... muka pelayan dan cashier tu kureng... Payah bebeno nak senyum.... Aduhai... Kalaulah tengah lapar giler... Takde perasaan nak makan nengok ke muka deme tu gamaknya.... Maaf..... (*-*)




Saturday, 11 July 2015

Iftar Di Atas Buaian Bandar Jerantut

11 Julai 2015 Sabtu
24 Ramadhan 1436H
Lokasi : Bandar Jerantut, Pahang

Duk sibuk² memasak kuih cara manis di dapau, Hubby datang... Tetiba ajak berbuka puasa diluar dengan kos minima... Sila bawa makanan berbuka puasa ye... Hihihihi... Berat hati juga Mama ni. Tapi layankan aja... Kuih memang dah buat, jadi tinggal makanan je la... Senang cerita Mama goreng bihun je. Jam 5.20ptg kami semua bergerak ke Bandar Jerantut... Kekonon nak merasa berbuka di i-City Jerantut gitu...

Kami sampai di bandar Jerantut lebih kurang jam 6.30ptg... Hubby berhenti depan KFC... Soh Mama gi beli set bucket... Oleh kerana Mama dengan ditemani Khairina je... Mama duk tengok menu yang terpampang. Pergh set bucket yang ada RM51 untuk 9pc ayam+whiped potato+fries+air pepsi siap free cutlery set lagi... Haish...Ini bukan jimat namanya....

Tanya si Adik manis tu set lain². setelah dikira² keperluan untuk kami berlima sahaja, Mama ambil keputusan ambil set Lunch & Dinner Treats (jam 6ptg-9mlm) 3 ketul ayam+whiped potato+coleslow+roti+air pepsi (mama tak ambil air pepsi) = RM 13.95 - Harga tanpa air = RM 13.25. Mama ambil 2 set... dan tambah chhezy wedges. Total harga sepertimana gambar di bawah sekali.

Dah siap di sini, Ayah pusing² nak cari port menarik... d i-City rata² dah dipenuhi oleh orang yang nak berbuka puasa di sini. Kemudian Hubby berhenti di kawasan medan selera yang berhampiran dengan tandas (senang nak basuh tangan. Tandasnya cukup cantik/menarik pandanga mata cuma kebersihannya agak kurang sedikit) dan kami ambil port di atas buaian yang ada kebetulan 2 unit masih kosong di kawasan ini.

Alhamdulillah.... Syukur dengan nikmat/rezeki dari Allah SWT...

Sekitar gambar kami di sini :



Gambar ni kurang cantik sebab anak² berdua ni asyik duk berayun² atas buaian.






Thursday, 27 November 2014

Atuk & Nenek Belanja Makan

27.11.2014 Khamis

Petang tadi Atuk (Ayah Mama) datang ke rumah ucap tahniah pada Ihsan di atas kejayaannya dalam UPSR siap ajak Ihsan dan kami sekeluarga makan kat kedai malam ini. Ihsan mulanya menolak sebab dah kenyang, Tapi Mama bagi hint supaya terima sahaja. Bukan apa... Tak baik tolak rezeki kan kan kan... Lagi pula Atuk nak belanja sebab kecemerlangan Ihsan. niat Atuk dah agaknya... Jom....

So malamnya kami ke kedai makan Pak Cik Ishak dan makan malam di sana atas tajaan Atuk SUPARNO BIN SUMORMO serta Neneknya ZAHARAH BINTI JAMINGAN... Thank you so much....





Wednesday, 23 July 2014

Berbuka Puasa Di Luar (Jerantut)

23.07.2014 Rabu
25 Ramadhan 1435H

Hari ini tetiba je Hubby ajak berbuka puasa diluar...Hihihi macam tahu² je tekak Ninie ni nak makan masakan orang pula... Sepanjang bulan Ramadhan ni memang setiap hari Ninie memasak lauk berbuka puasa. Kuih pun beli di minggu pertama puasa sahaja... Selepas itu buat sendiri ala kadar sahaja. Jom.... Lepas habis kerja Ninie terus ke Jerantut dari bandar Jengka manakala Hubby dan anak²  pula bertolak dari lepar Utara. kami berjumpa di Shell sahaja.

Sampai di bandar Jerantut leh kurang jam 6.00ptg, disebabkan masih awal lagi, Ninie ajak hubby ke Ten Ten untuk membeli serba sedikit kelengkapan hari raya anak² yang masih belum ada.... Selesai di sini jam 7.00ptg dan kami terus ke kedai makan- Benteng. Alhamdulillah masih ada tempat kosong untuk kami berenam.




Saturday, 29 March 2014

Jom Makan Murtabak Mengkasar, Pekan

29.03.2014 Ahad

Ok...Selesai di Rompin...Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.... Sampai di Pekan perut mulai rasa lapar. Hubby tanya nak makan apa...Ninie teringatkan Murtabak Mengkasar yang popular di sini. Sebelum tu kami ronda²/pusing² jap melihatkan suasana malam di bandar Pekan.

Pada awalnya Hubby singgah di kedai Murtabak Mengkasar di Bandar Pekan ni. Tapi disebabkan ada beberapa buah kereta di bahu jalan mematikan niat kami sebab takut lambat. Sebelum ni Hubby pernah makan di sini dengan rakannya. Lambat kata Hubby. Lebih sejam menunggu baru makanan sampai...Ini berikutan ramai yang order untuk dibawa pulang ke rumah. Tak nak ambil risiko, kami meneruskan perjalanan ke bandar Kuantan.

Semasa dalam perjalanan, masih lagi berada di kawasan Pekan...Sampai di satu traffic light...Sebelah kanan jalan terpandang satu bangunan yang tertera dengan perkataan "Murtabak Mengkasar". Nampak dari jauh tak ada orang. Hubby tanya 'Nak pergi makan sana?". Laju je Ninie menjawab...."Nakkkk" Kikikiki... Anak² tak kata apa² sebab masing² tidur...hihihihi... So Hubby pun bawa kami sekeluarga ke sana. Yeha...Bolehlah merasa murtabak mengkasar yang popular tu... Selalu dengar cerita orang/baca di blog² orang je.

Ok....Kat sini memang tak ada makanan panas yang lain ye...Cuma murtabak sahaja. Jangan gatal² nak order makanan lain. Kami pesan murtabak kambing special & murtabak ayam biasa.... Sedap ke?

Huhuhuhu... kalau dah namanya tekak kampung macam Ninie...Bagi Ninie...so far O.K la.... Mungkin tak sehebat yang orang lain pernah rasa....Murtabak ni perniagaan generasi ke generasi kan? Jika Ninie dengar murtabaknya tebal sampai 1inci...yang kami makan ni ada la hampir 1/2 inci tebalnya...Boleh bayangkan tak?

Jika murtabak biasa di pasar² malam tu macam basah²/lembab² sikit dalamnya...yang ini agak kering.... Dan yang ini langsung tiada rasa rempah macam kari / kurma tau.... Entahlah..macam inti/isi dalamnya tu hancur/kisar terus.... Tapi yang paling Ninie suka cicah bawangnya yang warna merah tu...Siap ratah² bawang tu macam tu je...Habis! Kurang rasa cuka...tapi manis.... Kuah cicah kari (mungkin)...kurang sedikit...Anak²pun geleng² tak mau.... Orang lain ok je kut...Tapi habis je kami makan sebab memang tengah lapar O.K.... In Sha Allah lain kali datang lagi...Tambahan pula pernah ternampak di Bandar Kuantan pun ada cawangannya. So dekat je....








Friday, 28 March 2014

Balik Kuantan....

27.03.2014 Khamis

Jam 9.30mlm kami sekeluarga bergerak ke Kuantan. Untuk esok Ninie dah apply cuti. Hubby ajak balik awal pula. Kalau ikutkan perancangan awal, Esok baru balik. Haish la Pakwe ku ini...

Hubby bawa santai2 je malam ni. Anak2 siap belayar (tidur) dah termasuklah Ninie dan sesekali tersedar bila Hubby berhenti isi minyak, di lampu isyarat @pun di tol.

********************************************************

28.03.2014 Jumaat 

Jam dah 1.05pg dan dah sampai di Permatang Badak. Ninie tersedar sebab Hubby bawa slow aja.... Rupanya Hubby cari kedai makan. Lapar katanya...Anak² yang dah tidur pun dikejutkan. Walaupun mamai² namun masing² nak minum juga. Pada awalnya si gegirl semua tak nak makan...Tapi bila Ninie minta bihun tomyam masing² nak pula. So kena order semangkuk lagi.... Alhamdulillah...kenyang...Balik rumah...terus sambung Zzzzz....

Oh ye nama kedai yang kami singgah tadi : Azura Tomyam...  Masakannya boleh tahan...








Saturday, 22 March 2014

Makan Malam Di RestoranTaj

22.03.2014 Sabtu

Jam 10.30malam Hubby lapar dan ajak makan roti nan ayam tandori kegemarannya di restoran Taj. Ninie ikutkan aja... Jom....

Yang ni sah² Hubby punya...

Ihsan & Khairina nak cuba makan roti boom pula. Hihihi...manis rasanya...

Ninie... Terasa nak makan Tosai...sedap sebab garing

Khalisah & Aqilah berkongsi roti canai....