"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 27 February 2017

Khayra Safiya Dah 4 Bulan

27.02.2017 Isnin

Alhamdulillah... Hari ni Adik Khayra Safiya dah cukup 4 bulan dan kaletahnya makin bermain² di mata mama buat jadi tak sabar nak balik kerja setiap hari. Sekarang adik dah pandai menyembur² dan mudah ketawa manis gitu... Aduhai... Melting Mama dik oii... Kakak² tak usah nak cakaplah... hari² berebut nak dukung adik... siap bergaduh². Petang ni Mama mohon pelepasan awal bawa adik 'monthly check up' di KK Lepar Utara 2/4. Ayah tak dapat ikut hari ni sebab ada kelas tambahan. Kita pergi berdua je.... Masa Mama ambil Adik tadi Nenek cakap Adik baru je tidur. Mama dukung adik dari buaian, Adik sambung lelap dalam kereta. Sampai klinik baru Adik terjaga sambil tersenyum manis. Mujur adik 'behave' walaupun tidurnya sekejap je.....

Khayra Safiya
4 Bulan/ 6.3kg/ 64cm

Friday 3 February 2017

Hari Pertama Adik Dengan Atuk & Nenek

01012017 Rabu

Agak kalut/kelam kabut pagi Mama hari ni.... Hari pertama bekerja setelah selesa bercuti selama 90hari.... Mana nak handle botol susu, cooler bag, pam, baju Adik dan lain². Memang macam nak uwaaaaa dah Mama ni. Mujur keperluan Adik ada Mama hantar siap² ke rumah Nenek. Moga² Adik behave nanti ye sebab sebelum ni Adik bila Mama sumbat botol susu dia buat kunyah² je.... Mama dah lama tak drive. Hari pertama ni memang cuak nak boleh sampai ke pejabat... dup dap dup dap gitu macam kali pertama memandu. Senak perut Mama dibuatnya.... Aduhai... Mujur hala balik dah semakin okay... Alhamdulillah...

03012017 Jumaat
๐ŸŒนHari ni masuk hari ke 3 Adik Khayra dijaga oleh Atuk & Nenek. Alhamdulillah semakin serasi. Hari pertama Adik mendengarkan suara volume tertingginya ๐Ÿ˜… sebab tak nak hisap botol susu... Namun akhirnya minum juga....๐Ÿ˜Š Terima kasih Mak&Ayah... Sayang kalian ketat ketat❤ #darlingniniefamily