"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday 27 November 2014

Atuk & Nenek Belanja Makan

27.11.2014 Khamis

Petang tadi Atuk (Ayah Mama) datang ke rumah ucap tahniah pada Ihsan di atas kejayaannya dalam UPSR siap ajak Ihsan dan kami sekeluarga makan kat kedai malam ini. Ihsan mulanya menolak sebab dah kenyang, Tapi Mama bagi hint supaya terima sahaja. Bukan apa... Tak baik tolak rezeki kan kan kan... Lagi pula Atuk nak belanja sebab kecemerlangan Ihsan. niat Atuk dah agaknya... Jom....

So malamnya kami ke kedai makan Pak Cik Ishak dan makan malam di sana atas tajaan Atuk SUPARNO BIN SUMORMO serta Neneknya ZAHARAH BINTI JAMINGAN... Thank you so much....





Wednesday 26 November 2014

Tahniah Muhammad Ihsan Atas Kecemerlangan Dalam UPSR 5A

26.11.2014 Rabu

Syukur ke Hadrat Allah SWT dan tahniah buat anak sulung Mama Ayah MUHAMMAD IHSAN BIN MOHAMAD ADLI di atas keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan memperolehi 5A. Semoga menjadi contoh buat adik² yang lain.

Walaupun terpaksa mengambil semula exam bagi subjek Bahasa Inggeris, nampaknya semangat anak Mama ini tak goyah.... Usaha dan pengorbanan Ayah yang tak kenal penat lelah menghantar Ihsan ke sekolah saban hari (kelas tambahan siang dan malam) membuahkan hasil dengan keputusan yang menggembirakan hati...

Maafkan mama sebab tak mengambil cuti untuk meraikan kejayaan Ihsan pada hari ini sebab Mama dah ambil terlalu banyak cuti baru² ini. Mungkin cuti ini diperlukan untuk perkara² yang lebbih penting ataupun yang tidak dapat dijangka kelak. Mama dah minta Ayah untuk temankan Ihsan mengambil keputusan UPSR sementara Mama menanti khabar di pejabat.

Namun hati Mama tak sabar untuk tahu keputusan UPSR Ihsan. Tambahan pula mengetahui yang keputusan boleh dicapai melalui SMS bermula jam 10.00pagi. Mama sudahpun bersedia untuk itu. Tepat jam 10.  pagi... Mama terus send SMS sepertimana cara yang dinyatakan.

Walaupun terpaksa menunggu selama 5minit utuk mendapatkan maklum balas, tapi bagi Mama 5minit tu lamaaaaaa sangat². Teruk betul kan Mama ni. Namun hati mama yakin yang anak lelaki Mama nan seorang ini In Sha Allah boleh....

Yup... Gerak hati Mama tepat! Syukur Alhamdulillah mama panjatkan pada Allah SWT atas kejayaan anak Mama ini. Menitis air mata Mama keluar tanpa dipinta dan tidak boleh diseka. Hampir teresak². Sungguh! Mungkin ini yang dikatakan air mata gembira seorang Ibu... Hati Mama meronta² nak pulang ke rumah tatkala itu juga untuk memeluk mu duhai anak dan mengucapkan tahniah.... kalaulah rumah/sekolah Ihsan dekat dengan tempat kerja Mama.... Beberapa rakan sekerja yang perasan datang mengucapkan tahniah... Tahniah melalui watsapp juga tidak putus dari rakan² sekerja yang mengetahui nya. bukannya Mama ingin menunjuk²... Cuma Mama bersyukur... Langkah pertama untuk anak mama ini berjaya diharungi....

Mama terus telefon Ayah... Dari riak suara Mama ketika itu Ayah tahu yang Ihsan lulus dengan cemerlang. Ayah juga mengucapkan tahniah kepada Mama sebagai Ibu Ihsan begitu juga Mama terhadap Ayah.

Ayah iringi/temankan Ihsan ke sekolah hari ini... Tanpa pengetahuan kami rupanya ada majlis kecil untuk menyambut kecemerlangan anak² UPSR ini...

Apapun terima kasih kepada semua rakan², guru², ibu bapa dan semuanya di dalam doa dan usaha buat anak kami ini. Sesungguh jasa² kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Buat anak Mama MUHAMMAD IHSAN BIN MOHAMAD ADLI : Ini baru langkah permulaan dalam kehidupan kamu nak... Jangan sesekali merasa tinggi diri dengan kejayaan pada hari ini kerana masih jauh perjalanan hidup yang perlu di lalui.
Tahniah juga kepada murid² lainnya yang berjaya dalam UPSR kali ini. Sekolah Ihsan SKLU01 seramai 8 orang yang memperolehi 5A dengan 3orang daripadanya adalah murid² lelaki. Sekalung tahniah buat kalian : Afiq Imran (Fuad), Najwan Hakim, Muhammad Ihsan, Halilah, Alya, Mas, Sakinah dan Aina







Tuesday 25 November 2014

Mossy Forest, Cameron Highland

25.11.2014 Selasa
Lokasi : Mossy Forest, Cameron Highland

Entah kali ke berapa ye kami sampai di sini.... Kali ini membeli belah juga tak termasuk dalam agenda utama ye... Agenda utamanya kali ini ialah Hubby nak ke Mossy Forest (Hutan Berlumut) di sini. Kat Hubby dari dulu lagi dia nak ke sini tapi tak sempat sokmo. Jadi kali ini mesti kena pergi juga.

Laluan nak ke sini boleh tahan juga... sebab mendaki bukit dan sudah pasti laluannya kecil tapi taklah sekecil laluan ke ladang teh Boh, Sungai Palas dan jangan risau bagi yang nak ke sini tu jalannya bukanlah offroad ye.... Berturap namun tidaklah secantik highway.

Anak² mula bertanya sebab laluan nak ke sini pemandangannya hutan... "Mama kita nak masuk hutan ke?" salah seorang bertanya dan masing² sibuk melihat ke luar tingkap.... "Ye la... Kita nak masuk hutan...Best..." Ujar si Ayah....

Tapi Anak² memamg jenis yang teruja kalau bab² macam ni.... Sampai je di atas , kelihatan beberapa orang pelancong asing yang ada di sini kelihatannya seperti baru balik dari traekking sebab nampak agak comot. Tak kurang juga ada yang baru turun dari menara. Menara????

Ha, dkat atas ni ada satu menara tinjau... nampak usang sangat... Tapi binaannya dari besi ye... Bukan kayu... Anak² semangat nak naik walaupun ada diantaranya yang sedikit gayat. Tapi bukan main cepat je nak menaiki anak tangga tu siap nak ke atas sekali walaupun sesekali menjerit kecil sebab agak takut....

Yup... Kami semua naik ke atas sebab nak tengok pemandangan dari sini.... Pemandangan kami agak terhad sebab kawasan dipenuhi kabus/awan.... Yang pasti nampak lah pokok² menghijau menyejukkan mata yang memandang. Angin sejuk sepoi² bahasa menambahkan lagi kesejukkan kami di atas ini yang sememangnya dah sejuk.

Selesai di menara tinjau kami ke Mossy Forest (Kena turun dari bukit menara ni ye sebelah kiri... Jangan risau, nampak papan tanda). Pada mulanya nak bergambar sahaja. Akan tetapi anak² beria² mengajak naik ke atas sana berikutan mereka nampah tangga naik ke atas bukit. Okay... Jom... Tapi Mama tak mau la sampai hujung tangga tu ye....

Sesungguhnya teramat² cantik pemandangan sepanjang laluan ini. Bagi mereka yang berminat melihat keindahan alam pasti suka. Jikalau selama ini duk pergi sana sini jalan dengan pokok² hutan je... Kali ini agak berbeza sebab pokok² hutan ini ditumbuhi lumut. Cantik sangat² pemandangannya nya.... Mungkin sebab tempat ini sejuk... Sila scroll sampai bawah ye untuk tengok pokok berlumut...

Dek/laluan pejalan kaki ini agak panjang. Dari sini ada signboard menyatakan kedudukan/ketinggian kita dari bawah sana. Sejuk pun tak berapa dirasai sebab mengah nak berjalan kaki...kikiki.... Sesekali bertembung dengan pelancong luar yang turut serta ke sini.

Ada juga beberapa laluan yang membolehkan kita untuk tengok nun Negeri Perak, dan sebelah laluan lagi negeri Pahang. Namun macam di menara tadi... pandangan kami amat² terhad dengan kabus/awan tebal walaupun tatkala ini jam dah menunjukkan angka 1.15petang.

Sepertimana awalnya... Memang kami tak sampai pun ke hujung laluan... Tak tahulah hujung laluan sampai ke mana... Mungkin kunjungan akan datang.... Terima kasih kepada pelancong yang menawarkan diri untuk mengambil gambar kami sekeluarga. Terkial² juga nak speaking london ni weh!

Perut pun dah lapar... Jom kita turun ke bawah mengisi perut.... Membeli sayur²an sikit dan seterusnya bergerak pulang. Home sweet home.... In Sha Allah... ini bukan kunjungan terakhir... Will come back again!

Sekitar gambar di Menara tinjau....






Tengok si anak bukan main happy... Berjaya naik dan berjaya turun

Sekitar gambar kami di Mossy Forest.... Macam² aksi/gaya anak² bertuah ni ha....





Ha.... Cuba tengok gambar... Banyak kan lumut² disekeliling kaim tu... Cantikkkkk


Papan tanda samada nak tengok Negeri Perak/Pahang... Sila ikut arah papan tanda jika mahu....



Terima kasih kepada pelancong yang sudi ambilkan gambar kami sekeluarga selepas tengok Ninie cuba nak set timer guna mini tripod. Kami di ketinggian 6561FT pada waktu ini....






Gambar sewaktu menuruni kawasan hutan ini.... Cantik kan.... Ala² seram pun ye juga.... kikikiki


Ninie la jadi juru kamera untuk kereta Hubby... Meh selfie sikit....



Dah sampai bawah sempat lagi singgah nak bergambar dengan pokok² teh ni....



Saujana mata memandang... Ku lihat hijau... hijau...hijau....



Lompat la kamu semua... Jangan tak lompat... Amboi si Ayah... tinggi bebeno lompatnya tu.... Tergolek karang baru tahu... hikhikhik

Ninie ditemankan anak bujang (Ihsan) sewaktu membeli sayuran. Si gegirl sila duk diam² dalam kereta dengan Ayah ye.... Kalau keluar... Alamatnya... Sayur entah ke mana asyik nak melayan ragam masing² yang kompem nak itu ini...

Dah jom kita makan nasi ayam dulu... Jap lagi.... Jom kita pulang.... Penat nya.....

Dah makan nasi ayam... Tapi siap request nak yong tau foo... Sudahnya bungkus je... Makan OTW balik nanti...


Apa dah jadi dengan bukit tu???? Binaan apakah???? OTW turu dari Cameron Highland...

Owh...Projek Hydroelectric rupanya.....