1.11.11 - Isnin
Malamnya Adik sibuk memanggil Mama di bilik atas..."Mama, cepat² gigi Khairina cabut..." ceritanya penuh semangat.
"Nape?" Soal Mama
"Gigi Khairina cabut, Ayah buat. Jom la cepat tengok." ujar si comel ni lagi..
Kami berdua pun meluru ke bawah.
"Mama, cepat amik gambar saya ni." ujar Khairina.
Aik... amboi pandai pula si Khairina ni. Mama layankan aja.
"Nanti Mama masukkan gambar saya dalam komputer tau." -Khairina menambah.
"OK" jawab Mama sambiol menggelengkan kepala. Selesai ambil gambar si anak² bertuah mengomel.
Kakak - Nanti nak buat apa dengan gigi tu?
Adik - Buang dekat tong sampah la.
Khairina - Simpan kat bawah bantal
Kakak & Adik - Ha? nape?
Kakak - Ooo macam dalam tv tu ke? nanti pari² gigi datang?
Adik - Yea...la.. pastu dia letak duit...
Khairina - Ye la... saya tak nak tido la nak tunggu pari² tu...
Adik - Ha? Nanti pari² datang ke Mama?
Mama, Along, Ayah semuanya tergelak..
Mama - Tak adalah... Itu kan cerita kartun je... bukannya betul. Mana ada pari²
Kakak - Ha,ah mana ada pari² kan Mama? Itu cerita aja.
Khairina - Oooo... Pastu nak buat apa gigi ni?
Mama - Esok pegi tanam ye.
Adik - Tanam dalam tanah?
Mama - A,ah...
Adik - Nanti esok kita pegi tanam sama². Awak pegi simpan dulu...
Anak².... Nak tergelak aja kita dibuatnya... Pengaruh cerita tv le ni. Gigi tercabut, letak bawah bantal nanti pari² datang amik gigi tu dan letak duit syiling.... Kita sebagai ibu bapa ni kenalah bijak terangkan semula perbetulkan keadaan.
Pic Khairina bersama giginya.Gigi Khairina ni dah goyang sebab nak tumbuh gigi kekal. Hubby geram tengok, so dicabutnya walaupun Khairina ni tak mahu. Mujur tak menangis.... Hakikatnya gigi anak² girl Mama ni dah rongak dah pun... Along je dulu yang tahan cantik sampai gigi kekal tumbuh.
Nota Mama : Hari² nak kena tanya anak²♥ tersayang dah gosok gigi ke belum. Tapi mesti ada yang ngelat cakap dah. Hakikatnya tak gosok pun...
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥