"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tuesday, 18 September 2012

Gelagat Si 'Gegurl' Buat Kerja Sekolah

06.04.2012 - Jumaat

Mama... Saya nak main 'game'... Amboi² si comel² Mama ni... Asal hari Jumaat, tau esok cuti... kemain lagi... mesti minta main game... 'Demand' pulak tu tak nak main PS2 si Ihsan ataupun main game yang diinstal dari VCD, tapi nak main game UNGU... urm... Game Ungu yang dimaksudkan adalah game online. Kalau dah dapat keyboard, jangan haraplah Mama ada 'can' nak guna komputer tu. Bergilir²lah 3 beradik ni guna. Jawabnya, Mama sampai tido pun belum tentu merasa.

Soalannya... Kerja sekolah dah siap?... Belum... kemudian berlari turun ke bawah angkut beg masing² ke bilik Mama. Suruh belajar dengan Along tak mau. Bertuahnya lah... Selalunya, mereka ni Along je yang ajar. Tapi malam ni ngegada pulak. Ikutlah nak... janji buat...
Tulis Kakak, jangan tak tulis
Bukan main lagi si Khairina rujuk buku teksnya.
Ha, Adik... asyik duk asah pensel je... bila nak buat kerja sekolahnya tu...
Tengah² rajin, Tetiba black-out la pulak... biasalah duduk pedalaman.... jawabnya, tak siaplah kerja sekolah tu... sambung esok ye... Pukul 10malam lebih kurang baru ada elektrik balik. Tak dilayannya dah kerja sekolah tu. Semangat hilang dah ye nak... hu3... macam²... Tapi nak main game online pun tak boleh jugak sebab internet out. Layan tv ajalah ye...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥