"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 17 September 2012

Anak Mama Demam & Selesema

03.02.11 - Sabtu - 11.52pm

Kesian tengok anak Mama sorang nih (Khairina Basirah). Terkebil-kebil kat sebelah ni (atas katil Mama). Mata x boleh nak lelap. Baru je suapkan ubat. Dari hari Isnin duk demam x kebah-kebah... kebah bila makan ubat je. Cukup time nak kena repeat makan ubat lagi badan dia dah suam balik. tidak la panas.. memang suam-suam je... Apapun mesti x sedap badan kan?... Mujur yang lain x demam sama... jenuh Mama nanti... Anak-anak lain selesema sahaja...

Teringat kat Office, anak Kak Su muntah-muntah... anak Kak Ros pun muntah-muntah... Kata doktor xde apa2... Anak Mama? x muntah... demam aja... Hopefully cepat sembuh ye sayang... Kesian Mama tengok. 'Melepek' aja bila badan dah mula nak suam... tapi lepas makan ubat, Khairina segar... ha... mulalah duk x diam main sana sini... Makan x lalu. Asyik minta susu aja... Umpan makan bubur nasi pun x nak sebab dalam mulut ada ulser. Bibir pun dah kering. Kesian anak Mama ni... Nak tido pun celah ketiak Mama @ Ayah... Anak²....

Malam ni anak2 bertuah semua tido awal... Adik (Qistina) pukul 8mlm tadi lagi dah lelap lepas dapat susu sebab siang tadi x tido... makan malam pun tidak.Selalu siang tido sekejap. Tapi hari ni sibuk main aja... penat sangatlah agaknya tu. Along? (Ihsan) pkl 10mlm tadi lagi dah tertidur.. kepenatan main 'play station' agaknya... Khalisah... 10.30mlm baru tido. Datang kat Mama (dalam bilik) "Mama, saya nak tido dengan Mama boleh?"ujarnya... "Boleh... Kakak tidur dulu atas katil Mama ye..." Baru landing je dah tido... Khairina... Agaknya sebab demam dia tido awal juga tadi... seawal jam 9mlm... pukul 11mlm tadi baru tersedar dari tido cari Mama... pegang badan dia... erm, suam... sebab dah sampai waktu makan ubat... suapkan ubat, suruh tido sebelah Kakak... nanti Mama tido ye sayang (surf internet + menjahit sikit2)... Tapi Khairina duk terkebil2 memandang Mama sambil tangan gatal nak kutil bibir yang kering walaupun berkali2 dilarang Mama... badan x kebah lagi sebab tu agaknya x boleh nak lelap...

Why Mama cakap anak2 Mama semua tido awal malam ni? Sebab... Selalunya Mama naik stress nak suruh semua anak2 Mama ni tido! Kekadang dah pukul 1pagi pun dok berjaga ngadap tv lagi...Sedangkan Mama dah tetapkan, paling lewatpun nak tak nak kena masuk tido pukul 11mlm. Uwaaa.... Pagi esok Mama nak kije dan anak2 Mama nak sekolah (selalu waktu Mama Kerja & Anak2 Sekolah le ni)... Tapi hari ni... Mama cuti , esok , esok & esok lagi pun Mama cuti... awalnya pula 'you all' tido... Dan x payah pula Mama jerit2 paksa tido.....alahai... kalau tiap2 malam macam ni kan bagus 'sayang...'

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥