"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #KhayraSafiyaMohamadAdli. Show all posts
Showing posts with label #KhayraSafiyaMohamadAdli. Show all posts

Sunday, 4 January 2026

Kasut Sekolah Dari Atok Untuk Khayra

04/01/2026 (Ahad)

Dari semalam sibuk dia pesan, nak ikut AtokNenek keluar... "Saya cakap kat Atok nak kasut baru, Atok cakap boleh" amboi Cucu gegel bongsu Atok ni... Suka sangat Atok datang rumah pagi tadi ambil dia.... Nenek tunggu dalam kereta je. Sampai rumah, senyum sampai telinga dapat kasut baru. Mama ingat sepasang, amboi 2 pasang eh... Pandai bodek ni. Apapun terima kasih AtokNenek melayan Kakak Piya ni. Semoga sentiasa sihat Dan dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut... Pst... bukan kasut je tau. Ada barang lain juga. Yang pasti kedai ecoShop itu wajib! #darlingniniefamily #khayrasafiyamohamadadli






Sunday, 24 July 2022

Bawa 3 Cilik Ke Pusat Sains Negara

Ahad, 24/07/2022
Pusat Sains Negara

Dah berapa kali Ayah suarakan nak bawa Khayra, Khaliq dan Khabir ke Pusat Sains Negara... Ha, tau² dah sampai hari ini tanpa perancangan pun. Petang semalam (Sabtu) bergerak dari rumah dan tidur semalaman di Hotel OYO dan dari hotel terus ke sini.

Pengalaman pertama bagi anakanda cilik ni berjalan² luar dari Negeri Pahang selepas pandemik (sekarang di fasa endemik). Teruja? Sememangnya nampak keterujaan 3 kecil ni teroka tempat baru. Urm... dah pula tu langsung tak takut orang. Ke sana sini ikut sesuka hati. Memang mata jangan la terlepas. Ligat memang ligat terutama si Khaliq dan Khabir.

Oleh kerana masing² tahu apa itu dinosaur sebab rajin tengok di youtube, maka kami ambil kesempatan masuk ke dalam ni juga. Masih sama sepertimana MamaAyah bawa Abang dan Kakak²nya masa mereka kecil dahulu dan itu jugalah dinosaur nya. Siap nampak kesan dah terkoyak kulit dinosaur itu. Alahai..... Takut? Si kecil ini mula² je nampak takut, lepas tu urm.... hilang perasaan takutnya tu.

Habis di Dinosaur Encounter, jom kita teroka tempat lainnya.... Memang masing² teruja dan semangat nak mencuba semua benda yang ada. Oh ya di sini ada ruangan khas untuk anak umur 4tahun ke bawah. Ha... kat sini lega sikit sebab masing² leka bermain.

Mama ada tulis pasal anakanda kembar ni ligat dan tak takut orang kan. Masa di sini, Ayah tengok²kan Khaliq, Mama tengok²kan Khabir, Along tengok²kan Khayra. Tapi itu la kan. Masa tengah bermain di blok² mainan, entah masa bila Mama memang tak nampak langsung begitu juga si Along padahal masing² duk menghadap pintu masuk tempat bermain blok tu.... Mama perasan ada Khayra je. Mata Mama melilau cari Khabir, TIADA!

Mama terus bangun dari kerusi dan terus pergi ke tempat yang dia pernah bermain berdekatan. Kompem tak ada kelibatnya di mana! Allahu... Mama nampak Ayah dengan Khaliq, kut la ada sekali... Memang tak ada juga... Mata Mama memang dah melilau dengan fikiran dah set mind warna baju dan seluar dia pakai sambil panggil² namanya.... Kut² dia terdengar dan datang kan. Ye la ramai sangat orang hari ni. Hati memang berdebar. Degup jantung Mama memang dah laju masa ini. Mama cuba bertenang.... Tiba² Mama teringat masa keluar dari ruang bermain untuk kanak² umur 4 tahun tadi dia ada cakap "Saya nak naik atas, nak tengok dinosaur" Mama cakap tak boleh la... dinosaur penat.... dia terus ke tempat lain untuk bermain... Ha... Mama dah atur langkah nak ke tingkat atas sambil 'scan' semua orang yang tengah lalu lalang di kawasan nak ke sana.

Hati berdoa, mata melilau, mulut memanggil. Mama dah tak peduli dengan orang sekeliling dah. Tarik nafas panjang.... Mama mulai naik, seingat Mama tak sempat 10 langkah, Mama nampak kelibat Khabir tengah berjalan menurun dicelah² orang seorang diri sambil mata dia pun melilau² seolah² mencari seseorang. Mama tarik nafas lega... Mama tunggu dia turun, tiba² dia perasan Mama di laluan, terukir senyuman dibibir dia sambil lari meluru ke arah Mama.... Mama sambut dia... Allahu... Aduhai la anak.... "Mama pegi mana? Mama tinggal saya ke?" soalnya.... Eh eh dia ni... dia yang tinggal Mama entah ke mana².... Khabir peluk Mama erat². Lepas pada tu, baru lah dia nak kemana² cari/pegang tangan Mama. Kalau tidak, sebelum ni memang langsung tak nak dipegang! Nak berjalan sendiri je. Terima kasih Ya ALLAH.... Memang betullah dia nak pergi tengok dinosaur tu lagi.

Dah penat di sini jom kita keluar cari makan. Kami makan di cafe yang ada di sini. Semangat bermain masih lagi membara. Mujur kawasan taman/kolam tu ditutup (berpagar tali tape putih merah) kalau tak mau sambung main di sana pula.

Memang berbaloi sebab masing² jenis teruja dan tak takut... Seronok tapi agak takut² dengan dinosaur.

#kembarkhaliqdankhabir














 

Tuesday, 4 January 2022

Khayra Safiya Seronok Pergi Sekolah 2022

Selasa 04/01/2022

Alhamdulillah setelah lama cuti dan "stay at home", Semalam sekolah PASTI mula dibuka. Khayra Safiya pagi ni nampaknya ceria betul nak ke sekolah. Kakaknya hantar gambar tadi... semoga semangat nak ke sekolah terus membara ye anak bertuah MamaAyah ni. Kalau ditanya belajar apa kat sekolah? Belajar ABC, 123, Alif Ba Ta. Jawabnya hari-hari. Bila ditanya seronok tak sekolah? "Seronok sebab ramai kawan nak main sama-sama". Jawabnya lagi 

Oh ye, sejak cuti sekolah yang lalu, Khayra dah mula pergi mengaji di rumah Cikgu Wati setiap hari kecuali Jumaat (cuti)

#adliyanfamily2022 #khayrasafiyamohamadadli

Sunday, 18 October 2020

Naik Kereta Sorong

18102020 @ Ahad

Santai pagi Ahad...
Seronok sangat Ayah tolak dalam kereta sorong tu... Kakak Khayra pun sama naik nak juga join adik kembar....

Saturday, 17 October 2020

Kakak Khayra Nak Tanam Pokok

17102020 Sabtu

Pagi Sabtu lalu... Nak tolong Ayah tanam pokok juga katanya... sebenarnya... Haaa nampak sebelah tu... Siap mainan dia sekali.... Tak sempat siap satu plastik... "Kakak Khayra dah penat la Ayah...." #adliyanfamily2020 #khayrasafiyamohamadadli

Thursday, 20 June 2019

Si Bulus Kawan Adik

20.06.2019 Khamis 
Khayra 2thn 8bulan

Tadi duk sibuk mengayuh basikal, ni sibuk duk kacau si kucing. Sebenarnya kucing ni comel sangat. Kucing betina tau.... Datangnya tidak dijemput perginya tidak dihalau..... Ikutkan mesti kucing comel ni bertuan, tapi entah kenapa ia dari datang menumpang makan terus jadi menumpang tidur+tergolek² teus dalam rumah kami... Khayra ni pula berani² takut je dengan si comel. Kalau terkena kuku tajam si meow mau dia menjerit kemudian marah² si kucing tu. Tak lama kang dia sibuk cari kucing tu balik nak mengacau.

Siang malam memang rajin jalan² dan tidur serta bermain dalam rumah. Tapi bila malam sila tidur di luar sambil jaga rumah ye. Mama bukanlah sejenis yang mesra alam sangat dengan si meow sebab Mama pun takutkan kukunya yang tajam tu..Pagi² sebelum hantar Adik ke rumah AtokNenek, hantar Kakak Aqilah ke sekolah seterusnya ke tempat kerja, mesti di meow ni muncul depan pintu mengiau² minta makan... Ada seekor lagi warna oren si jantan. Lupa pula nak ambil gambar. Next entry pula... Kawan main Adik juga tu. Kesayangan si Ayah.




Bonding Time Ayah & Adik

20.06.2019 Khamis

Elok je Mama sampai kawasan rumah nampak Adik nun di sana tengah mengayuh basikal diiringi oleh Ayah. Kakak Aqilah entah di mana. Sekarang nampaknya Adik dah mula nak bermain di luar rumah. Cuma AyahMama tak berapa berani lagi nak lepas Adik pergi bermain sendiri tanpa pantauan. Kawasan perumahan guru ni ramai je anak² lain yang sebaya / kanak² yang boleh bermain bersama. Cuma AyahMama kurang yakin dengan Adik. Kalau ada si Kakak yang tengok²kan Adik, sekurang²nya lega sikit.




Sunday, 16 June 2019

Bonding Si Ayah & Anak

16.06.2019 Ahad

Anak² MamaAyah sejak dari Ihsan, Khalisah, Khairina & Aqilah sekarang Khayra.... Dari sejak lahir hingga lah umur 4/5tahun datang kerajinan si Ayah pastinya akan memotong kuku anak² bertuah ni ha.... Khayra ni ada anginnya.... Datang masa dia tak mahu jenuh la kena tunggu dia tidur nyenyak dulu baru potong. Tapi selalu bila dia dah tidur, MamaAyah terlupa la pula. Malam ni Adik ok je pula tak kisah nak dipotong kukunya oleh si Ayah



Thursday, 6 June 2019

Adik & Bunga Api

06.06.2019 Khamis

Kalau semalam Adik tengok bunga api pun takut apatah lagi dengar bunyi mercun. Berlari dia cari orang untuk peluk/dukung... Dari elok bermain jadi duduk setempat je dia. Lastly, teman Nenek kat dapur sambil menyanyi janji tak tengok dah bunga api apatah lagi mercun... Kakak² dan sepupu seronok diluar, dia memang rela duk dalam rumah je....Dah berani sikit-sikit... kalau tak sebelum ni langsung tak nak...dengar bunyi mercun pun takut bukan main rela tak keluar rumah...
#adliyanfamily2019
#darlingniniefamilyraya
#khayrasafiyamohamadadli



Thursday, 28 March 2019

Basikal Baru Buat Adik Khayra

28.03.2019 Khamis

Basikal baru buat adik Khayra...lepas ni boleh join aktiviti petang ye dik...
Beli di kedai basikal Jerantut dengan harga RM80.
Selalu tengok rakan² sebaya Adik ada basikal sendiri dan sesekali Adik pinjam basikal mereka. Jadi, belikanlah sebiji buat Adik... Sengaja MamaAyah pilih warna biru+oren ni padahala ada je warna pink², ungu sesuai untuk si gegirl, warna macam ni kan girl ke boy ke masing² boleh guna.
#adliyanfamily2019
#khayrasafiyamohamadadli

Thursday, 17 January 2019

Adik Khayra Demam...

17.01.2019 Khamis

Adik demam+selesema+batuk Malam tadi jam 1.30pg tidur adik tak lena... rupanya demam... cuma adik tak menangis... pusing sana sini terkebil-kebil matanya sebab tak sedap badan. Adik tak suka makan ubat...itu yang susahnya... Ni Adik bertemankan lampin. Mata adik berair sesekali bersin. Adik pandai lap sendiri....Jadi adik tak aktif sangat hari ni. Setempat je dia di tilam bertemankan tv... Semoga cepat sembuh ye dik
#adliyanfamily2019
#khayrasafiyamohamadadli


Saturday, 12 January 2019

Jom Mandi....

12.01.2019 Sabtu

Adik menunjukkan cara mandi😅 masih menggunakan besen yang sama.... ngam ngam lagi dengan Adik.... pst... bakul dari kedai eco ni digunakan untuk mandikan adik dari sejak lahir lagi tau...
#adliyanfamily2019
#khayrasafiyamohamadadli


Sunday, 29 July 2018

Adik Khayra Dah Mula Berani Mandi Kolam

29.07.2018 Ahad
@Jerantut Hill & Taman ICT Jerantut

Sebenarnya program hari ini langsung tak dirancang. En. Hubby ada prog. di Jerantut, kami ikut sahaja dan bermalam di Jerantut Hill. Suami sibuk dengan aktiviti dia, kami anak beranak bawa diri dengan aktiviti sendiri.

Jam 8.30pagi masing² dah tak senang duduk nak turun mandi kolam dah.... Adik pun elok je baru bangun tidur... Kakak² yang tak sabar ada je akal nak tarik perhatian si Adik. Sampai je kolam... acah² Adik rasa air sebab pengalaman sebelum ni Adik memang takutkan air. Menangis² dia bila kaki cecah air. Kali ini agaknya nampak si Kakak² yang happy giler cebur² turun terjun dan pujuk² si Adik masuk sekali, Adik nampaknya teruja. Permulaan bagi duduk dibirai kolam dulu... kemudian masuk sikit². Dah agak berani dan seronok, diajak naik sekejap pun tak mahu! Adudududu...

Dalam duk berhati² tu, ada sekali tu ada tersilap langkah dan tenggelam! Kakak Aqilah dah menjerit...kebetulan masa tu Mama tengah rakam Adik berjalan dalam air menuju ke arah Mama dan tanpa sengaja gambar Adik tenggelam tu terakam di kamera hp Mama! mungkin Mama tertekan button tanpa sengaja. Mujur Mama kebetulan duk di birai kolam... cepat² Mama capai Adik. Tercungap² juga si Adik dan nampak terkejut....  Merah² muka. Tapi... tak sampai 5 minit dah sibuk nak masuk kolam balik.... meleset sangkaan Mama yang Adik akan serik.... Anak...Anak....

Lepas check out, bawa anak²  lepak Taman ICT Jerantut sementara tunggu si Ayah habis prog.... Adik memang suka sangat la.








Friday, 27 April 2018

Khayra Safiya Check Up 1 Tahun 6 Bulan

27-04-2018 Jumaat

Hari ini 18bulan dah usia anak MamaAyah Khayra Safiya ..
Mama kerja half day hari ini sebab nak bawa adik ke klinik untuk check up dan cucuk💉
Alhamdulillah Adik tak menangis ketika nurse Suzie cucuk.. dan ini adalah cucuk yang terakhir...
Kemudian nurse cakap kena jumpa doktor untuk melihat perkembangan Adik (boleh tahu juga samada autisme @ tidak)

Syukur...semuanya baik-baik sahaja... perkembangan Adik seiring usia...
Sekarang gigi Adik pun dah banyak... Gigi geraham pun dah mula tumbuh, tapi... Adik tak nak gosok gigi. Acaner tu? Nak dilap pakai kain lampin pun susah tak nak bagi kerjasama. Aduhai la omeynomeyhamamani...
 #adliyanfamily
 #khayrasafiyamohamadadli



Monday, 23 April 2018

Memek Muka Si Khayra Safiya

23-04-2018 Isnin

Mama sampai je rumah (balik dari kerja) nampak si kecil ni duk bermain sendiri... Nampak je kereta Mama parking... Laju je meluru... Jom kita ambil gambar dik... Suka bukan main... tapi beberapa kali duk tap² kamera... Hasilnya... Macam² memek muka si cilik Mama ni buat.... Adulahai anak bertuah!

#adliyanfamily
#khayrasafiyamohamadadli


Sunday, 22 April 2018

Happy Birthday AQILAH QISTINA (11tahun)

22-04-2018 Ahad

Hari ini En. Suami ajak keluar semata² nak pergi makan KFC sambut birthday anak bongsu lama : Aqilah Qistina ni... walhal tekaknya adalah nak makan chicken chop. Oleh kerana siang²/tengahari ni tak jumpa kedai yang jual chicken cop, maka KFC pun boleh lah....

🎂Selamat hari lahir anak MamaAyah Aqilah Qistina🎉🎊
#adliyanfamily
 #aqilahqistinamohamadadli
 #khalisahbatrisyiamohamadadli
 #khairinabasirahmohamadadli
 #khayrasafiyamohamadadli



Friday, 20 April 2018

Khayra Si Rambut Kembang

20-04-2018 Jumaat

Salam Jumaat... omey rambut kembang ceria pagi ni....
Sekarang Adik, kalau dia bangun je bukan nak lepak² baring dah bila matanya terbuka tu... Terus duduk "Ma... Ma Ma..." panggilnya sambil tersenyum... Itu tandanya memang Adik nak bangun terus lah tu tak nak tidur balik dah walaupun ditepuk² atau kita acah² tidur. Mood Adik memang nak bermain je sekarang ni. Tidur tolak ke tepi...

Rambut rare tu... Dah panjang tapi pusing² tu yang nampak kembang semacam tu. Nenek geram nak potong tapi Mama yang tak bagi... Dah la tak mahu ikat apatah lagi disuruh sikat, bekejar la kita dengan dia.... dapat letak minyak zaitun pun dah kira ok dah tu...

#adliyanfamily
#khayrasafiyamohamadadli



Saturday, 14 April 2018

Adik Khayra Tolong Menyapu Sampah

14-04-2018 Sabtu

Ayah sibuk mesin rumput.... Kakak² sibuk pergi latihan ... Adik? Dengan Mama je lah... Mama datang mood nak menyapu daun² berguguran... Adik pun turut sama menyibukkan diri... Mama sapu Adik kutip, Mama sapu lagi, Adik kutip lagi. Sudahnya Mama biarkan Adik je yang menyapu dan kutip daun² tu... Adik ambil kutip kanan buang sebelah kiri... Adik ambil kutip sebelah kiri, buang pula sebelah kanan.... Aduhai la nak oiiiii

#adliyanfamily
#khayrasafiyamohamadadli


Saturday, 14 October 2017

Jalan² Cuci Mata Di Nilai 3

14.10.2017 Sabtu

Seawal jam 7pagi Ayah dah keluar untuk ke programnya di USIM. Jadi tinggallah kami empat beranak di hotel ketika ini. Sementara nak tunggu check out, bermacam² karenah/keletah anak² bertuah termasuk si adik kecil. Sekejap bermain, sekejap bergaduh, sekejap menjerit...eh macam²lah... Mama cuba nak lelap sampai tak boleh nak lelap. Si Adik pula disuruh tidur sebelum check out (Risau adik mengamuk pula nanti) tak nak pula adik tidur....

Jam 11.45pagi, kami semua bersiap² untuk check out. Wasap dengan En. Hubby... Jangkaan program tamat mulanya pada jam 12 tetapi berkemungkinan berganjak ke pukul 1/2 petang... Adudududududu... Barang² dah dikeluarkan daripada bilik dan kami turun ke lobi susun barang tepi tangga. Serah kunci dan maklumkan pada staf disitu untuk tinggalkan barang² kami sebentar sementara nak tunggu En. Suami. Alhamdulillah... Staf tersebut OK sahaja. Oh ye... staf di sini kurang fasih/tak faham bahasa melayu. Kena speaking london tau !😆 Tak pasal² pula Mama nak kena speaking omputih hari ni. Ok... nasib baik staf tersebut faham apa yang cuba Mama sampaikan. Jom kita pergi makan di kedai sebelah sementara menunggu En. Suami datang.

Waktu tengah makan ni... Adik yang disuapkan makanan.... tiba² mamai pula.Tahu² dia mulai mengantuk dan akhirnya...... 😴 tertidur. Mujur sahaja adik tak meragam/merengek.. senyap je memerhati keadaan sekeliling. Mama pun kena makan cepat² sebab kesian tengokkan adik yang memang tidur sungguh di kerusi tu. Aduhai la adik....

Siap makan, masuk lepak di lobi hotel sementara tunggu En. Hubby datang menjemput. Waktu ni adik dah mula bangun dari tidurnya yang lena dan sibuk berjalan sana sini bermain dengan kakak². Alhamdulillah jam 1.45petang kami bergerak... Terus menuju ke tempat popular di sini NILAI 3. Nak cari apa? Tiada dalam target pun tempat ni sebenarnya. Tapi alang² dah sampai sini kan. Jom la kita jengah sekejap.

Sepanjang perjalanan kami memang berdasarkan google maps sahaja dan Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan... Wah... banyak kedai rupanya disini! besar² pula tu. Ada karpet, langsir, toto, cadar patchwork, mainan kanak² dan lain². Makin besar mata Mama yang sedia besar ni.... Rambang mata weiiii

Bagi Mama, window shopping di TEXTILE WALK yang best.... Kat sini kedainya kecil² sikit macam dekat pasar malam tu... Tapi kebanyakkannya jual barang yang sama. Macam telekung, tudung, blouse... Mama tertarik dengan blouse... Walaupun ada harga yang tertera, tetapi harga yang ditawarkan adalah lebih rendah lagi dan jika pandai menawar... In sha Allah... berbaloi beli. Mama akhirnya terbeli blouse (harga asal RM29, diberi RM20, beli 3helai =RM50) saiz ada dan boleh pilih... blouse labuh sikit 3=Rm60. Pandai tawar, Rm50 pun boleh dapat. Material kain yang tengah popular sekarang ni moscrepe. Lembut pun lembut... Mama beli juga 2helai tudung sarung rm15/helai.

Masa Mama duk sibuk telek tudung, En.Hubby sedang menelek MP4 buat si omei Khayra. Saiz 7". Harga letak RM150, lastly dapat RM100 siap 8gb memori serta lagu+video+surah bagai. Habis kat sin RM180. Ikut hati nak macam².... bertabahlah duhai hati... Dah dah dah... jom kita pulang... next destinasi Kuantan sebelum next lagi Terengganu.






Monday, 27 February 2017

Khayra Safiya Dah 4 Bulan

27.02.2017 Isnin

Alhamdulillah... Hari ni Adik Khayra Safiya dah cukup 4 bulan dan kaletahnya makin bermain² di mata mama buat jadi tak sabar nak balik kerja setiap hari. Sekarang adik dah pandai menyembur² dan mudah ketawa manis gitu... Aduhai... Melting Mama dik oii... Kakak² tak usah nak cakaplah... hari² berebut nak dukung adik... siap bergaduh². Petang ni Mama mohon pelepasan awal bawa adik 'monthly check up' di KK Lepar Utara 2/4. Ayah tak dapat ikut hari ni sebab ada kelas tambahan. Kita pergi berdua je.... Masa Mama ambil Adik tadi Nenek cakap Adik baru je tidur. Mama dukung adik dari buaian, Adik sambung lelap dalam kereta. Sampai klinik baru Adik terjaga sambil tersenyum manis. Mujur adik 'behave' walaupun tidurnya sekejap je.....

Khayra Safiya
4 Bulan/ 6.3kg/ 64cm