"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #AdliYanFamily2016. Show all posts
Showing posts with label #AdliYanFamily2016. Show all posts

Saturday, 31 December 2016

Ihsan Masuk Asrama Dah....

31.12.16 Sabtu

Walaupun sesi persekolahan bermula 3 Januari 2017 (Selasa) tapi Along mula masuk asrama pada hari ini disebabkan terlibat dengan kem kepimpinan sehingga 02jan17 nanti... Berat tengok Along nak masuk asrama...Almaklumlah dah senang lenang dirumah sebulan kan...

Lepas ni tiada lagi suara adik2 mengadu "Mama Along buat saya" disebabkan masing2 bergurau dengan si Along....Ada je benda/perkara yang nak dicari 'pasal'... Tiada la tangan besar yang dodoi Adik Khayra sambil ambil.kesempatan duk cium gomol dan gigit pipi serta lengannya... tiada la yang tengah2 malam mengadu lapar "Mama ihsan lapar...nak makan boleh?"(nak diet konon...)... tiada la 'tukang habiskan lauk pauk Mama"...tiada la pembantu dapur Mama...hihihi... kena tunggu cuti sekolah panjang la pula...

Rindulah kami pada Along nanti....

Apapun tahun ni bermula cabaran baru ...PT3. Semoga Along berjaya dalam pelajaran dunia serta akhirat..... study smart... not study hard... All the best!

Malam berkemas sebelum ke asrama esok. Sempat lagi nak mencuba baju baru hasil jahitan Nenek & Seluar yang telah dijahit/otter oleh Mak Tok... Agak banyak songeh sikit sekarang bila dah jiwa remaja ni.

Tarikh kat pic ni salah rupanya..hihihi.. sepatutnya 311216 Sabtu... Along tengah mengemas² locker.

Dengan si Adik Khayra..... Sama² membulat dengan jayanya....

Kelima² buah hati pengarang jantung Mama dan Ayah

Wednesday, 28 December 2016

Main Batu Seremban

281216 Rabu

Aktiviti malam ni...selalunya memang macam² aktiviti pun anak² bertuah ni...cuma malam ni sibuk ajak Mama join sekali... Main batu seremban. Dah tentu²nya Mama la yang menang....


Sunday, 25 December 2016

Khayra @ 60hari / 2Bulan

25.12.16 Ahad

Hari ni genap umur Khayra Safiya 2 bulan... Alhamdulillah Adik tak banyak ragamnya.... cuma hingga kini Adik tak nak botol susu walaupun Mama dah cuba 2/3 jenis puting... Walaupun susu Mama masih tak meriah mana, tapi Mama pam juga susu hari-hari untuk buat stok beku... Semoga Adik nak juga minum guna botol susu... Mama pun lagi 30hari je cuti... Kemudian masuk kerja dengan rutin harian baru di tahun baru.... Semoga Allah SWT permudahkan segalanya nanti....

Selalu letak gambar 'omey' je kan... hari ni letak gambar uwaaaa pula... Bagi Mama Adik tetap OMEY!


Saturday, 24 December 2016

Jom Mandi Sungai

241216 Sabtu
Lokasi : Sungai di ladang sawit Lepar Utara 04

Penuhi permintaan anak-anak gegirl nak mandi sungai. Tahun ni memang tiada outdoor aktiviti (sebelum2 ni duk offroad bagai...) Hubby bawa kami sekeluarga ke sungai di ladang berhampiran dalam 5km je dari rumah.... baby Khayra pun ikut sekali tapi cuma duk dalam kereta je dengan Mama tak keluar pun... Mujur Khayra baik sangat moodnya.... bangun dan tido sahaja....

Tapi air sungainya cetek je... gegirl seronoklah mandi... tapi Ihsan tak boleh la nak berenang-renang gitu...


Friday, 23 December 2016

Khayra Nak Jalan-Jalan

231216 Jumaat

Baring tak nak... pegang tak nak... rupanya nak jalan-jalan.... anak bertuah mama ni... Jadinya Along bawa adik jalan-jalan jap depan rumah...mood dah ok, masuk rumah Kakak Aqilah nak pegang jap...tau tau Adik Khayra dah tertidur...Alahai la anak


Sunday, 4 December 2016

Jalan² Makan Kenduri

011216 Ahad

En. Hubby ajak ke Temerloh hari ini ke rumah kawan semaktabnya (Kamaruddin).... Memang mereka dah lama sangat tak jumpa... Ada lebih 10tahun mungkin... Mama dan anak² ikutkan aja walaupun asih belum lepas pantang... ada 5hari lagi weh... Tahu dek Mak aii ni kena bebel la... (tak pun senyum² je...) ya ampun....

Gambar wefie dengan Adik... Menipu betul kamera ni... Flawless gitu... hilang jerawat batu i...

Gambar Ihsan tak termasuk sebab dia yang tukang ambil gambarnya....

Thursday, 1 December 2016

Misi Mencukur Kepala Adik Khayra

01.12.16 Khamis

Ayah semangat nak buang rambut asal/lahir Adik.... Mama tukang pegang, Ayah dan Along tolong gunting dan cukur... Aduhai... mencabar betul sebab rambut Adik tebal dan panjang... Fuh... Berjam jugalah nak boleh ke siap tu... Mujur Adik mood tidur je sambil dibedung.... Yeay saya dah botak di usia 36hari....








Wednesday, 30 November 2016

Bedung Versi Mama & Ayah

30.11.16 Rabu


Monday, 7 November 2016

Setelah 3 Hari di HTAA...Yeay Baby Jom Kita Balik!

291016 Sabtu

Sepanjang 3hari ni En. Hubby la datang hari2 tatkala waktu melawat ditemani anak2 bertuah. Kanak2 boleh ikut hanya sampai di koridor luar je.... Dalam wad masih tak boleh masuk. Mujur Mama ditempatkan katil yang betul2 tepi tingkap koridor... Jadi bila Hubby datang bawa anak2 sekali, masing2 boleh la jenguk adik baru dari tingkap tersebut... Namun semalam Puan (terima kasih) pengawal keselamatan bagi kelonggaran sedikit pada anak2 untuk jumpa adik baru di pintu masuk wad untuk seketika..Apalagi... teruja la masing2 nak cium adik baru! Bukan main happy riak wajah masing2....

Sepanjang duduk di wad ni Alhamdulillah... nurse dan doktor bagi Mama bagi dan mesra sangat2.... oh ye... Mama ditempatkan di Wad Kenanga 3c. Hari2 la nurse dan doktor datang bertanya khabar serta skala sakit luka pembedahan. Alhamdulillah...semuanya baik2 sahaja... sakit??? Memang terbaiklah doktor di sini... walaupun dah habis tempoh baring 8jam tu... @orang cakap hilang ubat bius selalunya sakit... tapi Mama xreti nak cakap macamana ye... bukan sakit cuma ngilu2 je... bagus betul! Alhamdulillah....

Hari ni jam 5petang Mama dan baby dah boleh keluar hospital.... Hubby uruskan apa yang patut terlebih dahulu dan ambil ubat untuk Mama di farmasi... Kemudian datang balik ambil kami dengan wheel chair... tak sabar nak balik rumah walaupun rumah mil sebab duk hospital ni 1 hari rasa lambat betul jam tu bergerak! Tapi Mama masih perlu bawa baby ke klinik jalan gambut dan Mama sendiri masih perlu cucuk heparin (cair darah) 2 kali sehari hingga hari yang ke 10.


Sebelum Mama Bersalin... Jom Makan Nasi Lemak Gulung Dulu...

25.10.2016 Selasa
Mama dah mula ambil cuti minggu ini. En Hubby masih lagi bekerja dan esok baru mula cuti. Malamnya dalam jam 8.30malam, kami sekeluarga bergerak pulang ke Kuantan. Lagipun Mama ada barang nak cari sebelum menyerahkan diri ke wad nanti. Nak makan macam² pun yeee juga... Hihihihi... boleh macam tu?

Dalam 30minit perjalanan, perut Mama mula rasa tak berapa 'sedap'. Rasa baby mengeras je. Mengeras yang lama... Kang lembut balik... Kang mengeras balik. Mama cuba berfikiran positif sahaja mungkin disebabkan Mama agak sibuk dalam minggu ni buat itu dan ini, mengemas tak habis²... Rasa macam² nak buat bila duduk kat rumah.... Tidur malam pun lambat.... Ni dalam perjalanan balik ke Kuantan barulah nak rehat...

Dalam jam 12tgh malam kami sampai di rumah MIL, Kuantan. Mama malas nak melayankan karenah En Hubby yang mengadu lapar tapi nak makan nasi lemak... Mana la Mama sempat/tahu nak survey duk menahan perut yang tak selesa lagi.... Masuk rumah ambil port nak tido je... Letih sangat rasa badan ni.

26.10.2016 Rabu
En Hubby pergi 'join' aktiviti menembak (Kadet Polis) pagi ni. Mama dan anak² duduk kat rumah je... Hari ni perut rajin mengeras lagi kadangkala diikuti rasa nyeri/sakit di pinggang. Aduhai... Apakah ini tanda² sakit nak bersalin? Haish... Biar betul baby... Kan nak operate Jumaat nanti. Bagilah kesempatan kat Mama nak happy². Sakit pinggang tu tak lama sekejap² je. Jadi bagi Mama ianya tiada apa²... Malas nak ambil pusing... Jadi pergi masuk tido sementara nak tunggu En Hubby balik dan ajak pergi jalan² cari barang baby sikit² lagi.

Jam 12tghari En Hubby dah ada di rumah. Bila diajak keluar En Hubby kata petang² sikit dalam pukul 3. Urm... penat la tu... Mama biarkan aja... Kemudian En Hubby tertidur di sofa depan TV. Ketika Mama mandi dan nak bersolat Zohor... Waktu ni memang pasti yang sakit mengeras dan nyeri pinggang Mama dari malam tadi adalah tanda² nak bersalin berikutan terdapat lendir bewarna coklat dan diikuti lendir bercampur darah. Aduhai.... Terkejut la juga... Tapi Mama masih tak nak ke Hospital sebab sakit pinggang masih tahap ringan² gitu. Nak gi jalan² sopim jugakkkk. Sebelum En. Hubby tido tadi dah maklumkan pada dia. Dia ikutkan aja....

Jam 4ptg kami ke Mydin dan juga Kuantan Parade cari barang... Masa ni sakit main² tetap datang. Sesekali tengah berjalan tu Mama berhenti seketika... Hilang rasa nyeri... Berjalan balik... Huhuhuhu... Mujur la tak beranak time tu.... Nak balik ke rumah, Mama bagitahu En Hubby yang malam ni kita kena ke Hospital juga. Tapi sebelum ke hospital, Mama nak pergi makan dulu. Selepas Maghrib, kami pun bersiap². Segala barang, buku pink, surat masuk ke hospital bawa siap² sebab rasanya kompem memang kena tahan wad nanti (instinct).

Kami pergi makan nasi lemak gulung (Semalam singgah, dah habis) hari ni Alhamdulillah ada rezeki kami. Nasi lemak gulung+lamb chop+chicken cop untuk kami bertiga makan malam ni.Kedai D'Santai Corner di Kampung Belukar, Kuantan (Aqilah ikut sebagai peneman Ayah) Masa makan tu makin kerap pula contraction di perut dan pinggang. Aduhai... Tahankan ajalah... Siap² makan kami terus ke HTAA. Ke bahagian Pusat Bersalin Risiko Rendah.






Monday, 31 October 2016

Nama Pilihan Untuk Puteri Baru Mama & Ayah

31.10.2016 Isnin

Syukur Alhamdulillah.... hari ni umur adik dah 5hari.... Oleh kerana adik sepatutnya lahir czer 28/10 (ikut tarikh doktor bagi) tapi adik nak keluar juga 27/10 hari Khamis... Jadinya nama adik Mama kena cari yang lain. Hihihihi sebab nama anak Mama dan Ayah huruf awalannya ikut hari lahir... Jadi adik lahir hari Khamis kenalah cari nama baru bermula huruf 'K'. Nama baru? Sebelum ni Mama yakin yang adik.akan keluar ikut tarikh doktor (jatuh hari jumaat) Mama dah pilih nama JASMINE AAIRA. Jadi bila lahir hari Khamis... ber'google' la Mama cari nama baru.... Mama cari dan Ayah pilih... So, nama yang jadi pilihan.KHAYRA SAFIYA. Alhamdulillah... Ayah ditemani Kakak Aqilah pergi daftar di JPN UTC. Nak panggil apa? Khayra boleh, Safiya pun boleh...

Maksud nama :
KHAYRA : Kebaikan
SAFIYA : Bersih, Tenang, Teman Baik/ Yang Bersih dan Jujur


Thursday, 27 October 2016

Selamat Datang Puteri Ke Empat Mama & Ayah

27 Oktober 2016 Khamis
26 Muharram 1438H


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya lahirlah sorang lagi PUTERI dalam ahli keluarga kami. Lahir secara pembedahan pada jam 2.08pagi. PUTERI ke 4, anak ke 5 dalam keluarga... Selamat datang sayang....

Wednesday, 6 July 2016

Salam Aidilfitri 1437H/06.07.2016 Rabu

06.07.2016 Rabu /01 Syawal 1437H

Alhamdulillah.... diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menikmati kemeriahan syawal pada tahun ini... Tahun ini beraya di rumah My Ibu & Ayah.... Thank you En. Hubby... memandangkan adik beradik lain beraya di rumah mertua masing-masing.

Raya tahun ni ramai jiran datang bertandang dengan anak & cucu. Meriah betul...dari pagi sampai ke petang. Sudahnya niat nak teman mak pergi jalan beraya tak berjalan lancar....

Sedikit gambar raya kali ini....

#darlingniniefamily
#adliyafamilyraya











Sunday, 3 July 2016

Kasut Raya : Si Gegirl Minat Kasut Tumit Tinggi

03.07.2016 Ahad /27 Ramadhan 1437H

Pada hari Khamis yang lalu Ninie ada ke kedai kasut sewaktu rehat di Bandar Tar Jengka ni. Puas duk musing². Kemudian berkenan la dengan kasut di kedai STEPS. Berkenan sebab teringatkan si gegirl yang kian membesar sibuk nak pakai kasut tinggi (bertumit). Ninie pilihkan kasut sarung bertumit. Namun agak kecewa saiznya tak berapa nak muat. Wah besar sangatkah kaki anak² ku kini? Hihihihi... Kasut  jenama dari Thailand sahaja... Bukannya Vincci/Verns bagai ye....

Semalam balik ke Kuantan, Hubby tak lalu Bandar Jengka... Ikut Sri Jaya.... (balik ambil si Ihsan sebab nak berhari raya di Lepar Utara pada tahun ni. Semalam... OTW pulang ke rumah dari Kuantan, En. Hubby ikut jalan Bandar Jengka. Doa Ninie agar kedai tersebut buka. Maka bolehlah ditukar kasut si gegirl 3 beradik ni. OTW balik tadi dah settlekan songkok (Berjaya ekonomi) dan sandal (Ten Ten) si Abang. Baju baru? hanya di Hari Raya pertama sahaja.... Cukuplah seadanya... baju² tahun lepas pun masih elok dan boleh digunakan semula. Ninie+Hubby? Tiada baju baru buat kami berdua. Cukuplah sekadar apa yang ada.

Berbalik pada kisah kasut si gegril tadi.... Alhamdulillah... Selepas makan + solat kami menuju ke kedai tersebut dengan harapan ianya buka pada malam ini. Almaklumlah nak raya² ni. Terus bawa anak² sekali biar pilih sendiri janji puas hati.... Jom.... dan inilah hasilnya.... Amboi...anak² mama yang kian membesar ni... bajet² cantik gitu..... Tingginya kasut... esok² tersadung Mama buat tak tahu je ye....

Apapun yang penting mereka happy dan tak habis² berterima kasih....

Friday, 1 July 2016

Dark Purple : Tema Baju Raya Aidilfitri 2016/1437H

01.07.2016 Jumaat / 26 Ramadhan 1437H

Minggu lepas pergi ambil baju raya anak²... Tema kali ini ikut warna baju si Hubby yang sedia ada... Dark Purple.... Kebetulan pula Ninie pun dah ada jubah warna seakan² sama. Guna apa yang ada sahaja..... Macam biasalah.... Kalau baju raya sedondon ni selalunya Mak Ninie yang buat. Beli kain koshibo je dengan harga RM4.50/m di KR1M Jerantut. Kebetulan... Kainnya pun lembut je.... Tanya kedai kain lain rata² harga dari RM7-RM7.50/m.

Dah siap, baju gegirl nampak kosong je... Ninie belikan dokoh sejak 2minggu puasa hari tu.... Beli macam² pattern. Tapi blur bila nak menampalnya... Letak, cabut berulang kali.... Akhirnya ketiga² baju gegirl guna dokoh yang berlainan corak. Aqilah cakap baju dia tak cantik macam kebaya... Aduhai anak...Ada demand dia la pulak... Si twin tiada masalah... Ok je....

Tudung? Ha... Tahun ni masing² request selendang/shawl. Ninie bawa keluar selendang² lama Ninie yang saiznya kecil² tu suruh pilih... Plain ada... duo color ada.... Ikut lah nak.... Berjimat cermatlah kita ye.....

Pst... tahun ni memang dokoh jadi trend hiasan baju....







Wednesday, 1 June 2016

Jalan² : Hari Terbuka TUDM Ke 58

01 Jun 2016 Rabu

Hari ni Ninie ambil cuti sebab En. Hubby cakap nak ajak jenjalan bawa anak² ke Hari Terbuka TUDM pada hari ini di Batu 10, Kuantan, Pahang. Ninie ok kan sahaja dengan syarat balik semula hari ini sebab esok kerja... Yang cuti cuma anak² and Hubby je... Ninie memang tak cuti sebab Ninie bukan cikgu.

Perancangan En. Hubby nak gerak pagi dalam jam 9 gitu.... Tapi.... Anak² yang menunggu siap tertidur sebab kelewatan si Ayah yang sibuk dengan urusan di sekolah. Perancangan tersasar jauh... Kami mula bergerak jam 2.15petang.

Hubby ikut laluan Sri Jaya... Jadi kami sampai pada jam 4.30ptg sebab jalan agak sesak dari traffic light gambang. Hubby parking pun agak jauh... Nun di Masjid berdekatan dan kami berjalan kaki masuk ke kawasan TUDM tersebut.

Cuaca agak panas, Ninie hilang mood nak berjalan². Pusing² jap ikut Hubby kemudian Ninie ambil port 'lepak' biarkan Hubby dengan anak² yang mahu mengikutnya melawat 'kawasan' kapal terbang yang dipamerkan.

Pertunjukan perbarisan + udara memang tiada la petang² ni. Mungkin acara itu pada pagi² tadi semasa majlis perasmian... Huhuhu...Sedikit kecewa di sini.... Tak apalah... Mungkin lain kali...

Sebelum balik jom kita singgah makan dulu... Home sweet home....