"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 21 December 2014

Dataran Kembara, Kampung Sri Lalang, Mersing, Johor

21.12.2014 Ahad

Selesai di Tanjung Piai... Kami sebenarnya terus bergerak pulang.... Pulang ke rumah... Home sweet home. Namun Hubby ikut jalan yang agak jauh melalui Mersing, Johor. Adalah motif/tujuannya tu... Nak menyinggah di Dataran Kembara yang berdekatan dengan pantai. Kami siap menjamu selera /makan malam di kedai makan berhampiran sebab tatkala kami sampai di sini hari pun dah kian petang (6.50petang). Selesai semuanya di sini, kami bergerak pulang. Yang pasti... Ninie kompem tertidur... hihihihi.... tertidur atau sengaja tidur sebenarnya... ngeeeeeee... Letih weh beberapa hari ni... Esok nak kerja pula.....



Tanjung Piai, Kukup, Pontian Johor ( Tanah Selatan Tanah Besar Asia)

21.12.2014 Ahad
Lokasi : Tanjung Piai, Kukup, Pontian, Johor
Sedikit Info Mengenai Tanjung Piai : 
Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. 
Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian. 
Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor. Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. 
Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia]' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya. 
Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Piai 
Alhamdulillah... Akhirnya kami tiba di sini. Dulu pernah nak singgah sini tapi sampai dah waktu malam. Kawasan ini tutup. kali ini Hubby nak repeat ke tempat ini bersama anak² dan kali ini kompem waktu siang. Sampai je di Pontian dah waktu malam. Jadi perkara pertama kami sampai di sini ialah nak cari tempat tidur. Letih sangat² dah rasanya duduk dalam kereta ni ha.

Beberapa hotel bajet diterjah berpandukan carian lokasi dalam internet dan juga garmin. Kebanyakkannya dah penuh. Yang kosong selalunya katil besar 2 biji. Harga mostly RM150 dan ke atas. Namun Alhamdulillah ada rezeki kami, ORCHID VALLEY HOTEL menjadi tempat penginapan kami. Ruang biliknya juga amat luas dan selesa dengan kadar harga RM 120. Memang puas hatilah....

Dah siang! Jom kita gerak! Hihihi...  Memang kompem lah arah tujuannya ke Tanjung Piai yang lokasinya lebih kurang 27.9km @ 30minit.  Kami sampai dah hampir tengahari dalam jam 11.30pagi. masa beli tiket tu kedengaran di walkie talkie menyatakan jalan untuk ke mercu tanda (globe) airnya masih pasang dan masih belum surut. Dijangka surut dalam jam 12++tgh.

Berbincang dengan hubby, alang² dah sampai sini, tak apalah... kami jalan slow² mana tau... nanti² kami sampai sana airnya dah surut dan boleh dilalui... Jom anak² bertuah....

Tapi masih belum rezeki kami.... kawasan yang kami tujui masih lagi digenangi air laluannya.... So kami rehat² di bawah gazebo yang ada. nak ke gazebo tu pun nak kena redah air yang paras bawah lutut... Haish... Tinggi juga la nak mengangkat kain ni....

Hampir 1jam melepak², tak boleh jadi ni... nak tunggu air betul² surut mesti makan masa yang lama.... Dari tempat kami melepak ni boleh nampak sekumpulan keluarga yang meredah air untuk ke globe tu. Masa tu paras air kelihatannya paras peha dewasa. Namun masa mereka nak keluar dari situ, air paras bawah lutut dah. jom je la kata Hubby alang² dah sampai sini.

Anak² gegirl sepanjang jalan mulut mereka agak riuh. Mungkin teruja sama. Pantang je nampak benda bergerak dan pelik sikit... Mesti ada soalan yang keluar dari mulut tu ha. Sepanjang laluan tu banyak pokok² bakau... Terdapat spesis² makhluk alam yang tak pernah mereka lihat. So memang teruja la nak tahu. Itu beum lagi sesekali mereka berlari di atas jambatan. Haish..... Geram nak cubit pun ada melihatkan perangai masing².

Jom.... Memang nak kena angkat kain, lipat seluar jugalah masing² dan kena hati² sebab laluannya yang agak licin. Panas tolak ke tepi dah waktu ini... Siap bergambar...Apalagi... Jam pun dah 12.50petang. Jom kita ke lokasi seterusnya... Ke mana? Next entry ye....


2 katil saiz besar dan ada tambahan 1 katil bujang di atas lantai.


Yeay! Dah sampai....




Dah siap² bergambar, jom kita ke dalam... Silakan bayar tiket dulu ye... Harganya :
RM 5 - Dewasa
RM 3 - Pelajar 18tahun dan ke bawah serta warga emas 60 tahun dan ke atas
*Kanak² di bawah umur 6tahun adalah percuma
Waktu Operasi : 9.00pagi hingga 6.30petang ye....

Jika anda nak dapatkan Sijil sebagai kenang²an, RM 5 untuk 1 sijil tau.... Sekejap je siapnya....










Nak ke Gazebo lepak² sementara tunggu air di sana (globe) surut.





Kat belakang kami itulah tempat yang nak ditujui nanti.


Jom redah air! Nak bergambar juga.....kikiki....

Sampai akhirnya. Mujur tak ramai sangat orang waktu ini. Ada 2 family je... Tapi bila tengok makin ramai yang datang, kamimpun cepat² ambil port bergambar... Selesai... jom kita gerak!





Ha tengok tu... 3 beranak ni... Melompat pula... Kang roboh jambatan baru tau....




Bye... bye...tata titi tutu....

Saturday 20 December 2014

Melawat Zoo Melaka & Night Safari

20.12.2014 Sabtu

Jika semalam seharian pusing² di Port Dickson, Negeri Sembilan... Kali ini jom kita melangkah lebih jauh lagi ye... Jadi kami siap angkut kain baju tau... Maksudnya cukuplah kami bermalam di rumah Akak ipar Ninie. Thank you untuk tuan/puan rumah ye atas layanan yang cukup² baik dan mesra.

Menurut Hubby kali ni kami akan ke Negeri Melaka... Nak bawa anak² ke Zoo Melaka. So Hubby terus naik Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan (Kuala Lumpur-Ayer Keroh)

Memang keluar highway (Lebuh Ayer Keroh) tak jauh pun dah jumpa dengan Zoo. Anak² kompem yeay yeay la jawabnya. Kami sampai tatkala jam 1.25petang. Parking kelihatannya penuh. Al maklumlah time cuti. Pusing² Alhamdulillah... Ada juga parking kosong tanpa perlu menunggu lama. Ha.... Apalagi... mengah juga la nak panjat bukit tu dari tempat park. Beli tiket jom kita masuk.
Zoo Melaka & Night Safari adalah zoo kedua terbesar di Malaysia yang dibina di tepi lebuhraya Ayer Keroh. Zoo yang dibina pada tahun 1963 ini memang merupakan antara tumpuan pelancong ke bandar Melaka — dengan lebih 1,000 pengunjung setiap hari.
Kadar bayaran tiket :
RM 16.90 - Dewasa
RM 6.80 - Kanak² 4-12tahun serta warga emas berumur 60tahun ke atas

Masa lawatan

Zoo Siang
9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari (tiket terakhir 5.30 petang)

Zoo Malam/ Safari :
SetiapJumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
Masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam (tiket terakhir 10.30 malam)

Tapi agak ralat sedikit sebab waktu kami pusing² ni banyak binatang yang tengah tidur.... Takde la nak dengar ngauman singa mahupun harimau sebab masing² lena beradu. Tambah tension lagi sebab banyak kandang yang kosong. Dah la nak boleh ke sini tu jauh... Hasilnya...urm.....



















Di luar kawasan Zoo.... Terdapat banyak deretan kedai yang menjual cenderahati... Pilih je mana yang berkenan ye.... Tengok anak² bertuah kat bawah. Mama sibuk dia lagi la bertambah² sibuk... babap kang....


Bergambar bersama jam besar di dataran Ayer Keroh, Melaka


Jom kita pulang... Lain kali ye... Hopefully penuh la semua kandang² yang ada dalam Zoo tu ye....