"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 17 September 2012

Peristiwa Berdarah : Qistina Cedera

Tarikh Kejadian : 10 Sept 2010 / 01 Syawal 1431H
Jam : +- lebih kurang 10.45 malam
Aqilah Qistina : 3tahun

Raya tahun ini (2010) first day Hubby kasi green light leh beraya di sini dulu (Rumah Mak Ninie). Alhamdulillah... Tq so much Dear Hubby... So dijadualkan, Tengahari/Petang Hari Raya pertama tersebut akan bertolak balik ke Kuantan rumah MIL. Akan tetapi disebabkan keletihan, We all decide akan bergerak pada keesokan paginya (Hari Raya Kedua). So, balik rumah sendiri la lepas beraya rumah mak (Rumah Mak Ninie dan rumah Ninie x jauh manapun).

Malamnya, anak-anak comel Mama termasuk Along duk main kat tingkat atas... Kompem riuh rendah bunyinya. Mama dah x larat nak jerit suruh 'quiet' sikit... janji anak2 bertuah x gaduh sudah... Hubby sedang melayan komp... Ninie sedang layan cerita di TV (Biasalah kan malam raya macam2 cerita ada).

Lebih kurang jam 10.45 malam, terdengar suara Adik (Qistina) menangis dari tingkat atas... Mama diamkan aja. memang lumrah dah kalau You All (merujuk anak² bertuah) bermain kalau x menangis memang x sah...

"hek, hek, hek... Mama... sakit..." ujar Qistina... "Kenapa?" jawab Mama... masih lagi melayan TV... Memang x duga ada apa² pun... Nampak je Adik dalam 5 anak tangga lagi nak sampai ke bawah, Mama nampak tangan Adik tengah pegang kepala sambil nampak darah...

"YA ALLAH! ANAK MAMA!" detus hati Mama sambil terus menerpa Adik dan merangkulnya.
Ye... memang sah darah! Banyak! Mengalir laju macam air paip...
"Sakit..." ujar Adik..
"Takpe, sikit aja"... pujuk Mama

Mulanya Mama ingat mulut Adik yang berdarah sebab darah pun banyak kat mulut. Mama terus dongakkan adik yang dah memang Mama rangkul terus tadi. Buka mulut Adik. Xde apa²... Terasa panas darah mengalir, Mama selak rambut Adik yang menutup dahi. Sah darah keluar dari situ.

"Along ambilkan Mama kain lampin cepat" Laung Mama...
"Abang! Ambilkan tudung Darling, Pakai baju cepat kita pegi Klinik." Terus Mama memberi arahan...
Semua berlaku begitu pantas... Arahan yang Mama keluarkan diikut tanpa banyak soalan...

Mama capai kain lampin yang Along hulurkan dan terus tekap kat kepala Adik... ye... Darah masih banyak mengalir...
Semua anak² Hubby arahkan masuk dalam kereta. Terus bergerak ke Klinik..

Dalam perjalanan... Hati dan mulut Mama tidak habis² ber istighfar dan berdoa agar tiada perkara buruk yang terjadi kepada Adik... Anak² yang lain hanya mendiamkan diri seolah² faham apa yang berlaku (selalu riuh yang teramat). Hubby teruskan dengan membawa kereta. Mama sempat juga telefon Ayah (Atuk) memaklumkan apa yang terjadi. Hakikatnya waktu itu Mama dah terketar takut... Mama hanya kuatkan semangat... Lebih² lagi semasa dalam perjalanan itu Adik berkata..."MAMA, SAYA NAK TIDUR KEJAP".. Ya'Allah... betapa risaunya hati tatkala itu...

Mama ajak Adik berbual².... Terasa perjalanan yang hanya mengambil masa 05-10 minit terasa teramat² panjang....

Sampai di klinik, Adik dibaringkan untuk dilihat oleh Pegawai Perubatan...
Alhamdulillah masa Mama buka kain lampin yang ditekap di tempat luka tersebut, darah sudah berhenti mengalir... Luka Adik bergaris lebih kurang hampir seinci...
Pegawai tersebut memaklumkan yang luka perlu dijahit...
Semasa ubat bius diletakkan, Mama ajak Adik berbual²....

"Adik sakit lagi x?" -Mama
"Tak sakit... Ada darah lagi ke?" soalnya pula..
"Adik jatuh kat mana?" -Mama
"Kat tangga" -Adik
"Siapa buat?" -Mama
"Saya jatuh sendiri" -Adik
"Mama, Dia (merujuk kepada Pegawai Perubatan) buat apa kat saya?" soal Adik lagi
"Doktor tu nak bubuh ubat biar Adik cepat baik" balas Mama...

Setelah ubat bius diletakkan, jarum dan benangpun sudah bersedia tinggal untuk dijahit aja... Waktu ni Atuk, Nenek & Maksu pun sampai... Hubby dan anak² lain berada diluar Klinik... Memandang dari jauh sahaja. Sekali sekala masuk menjenguk... Sambil menjahit, Mama pegang tangan Adik sambil memberi kata² perangsang...(bio dia x sedar apa yang tengah Pegawai tersebut lakukan)... Kebetulan pula Pegawai tersebut ramah dan ajak Adik berbual². Tahu² aja dah siap jahit ( 2 jahitan). Adik sedikitpun tidak merengek sakit... dah siap jahit Adik terus duduk dan berbual dengan Atuk, Nenek, Maksu, Ayah, Along dan Kakak²nya sambil tersenyum... Aduhai anak...

Setelah menyiapkan apa yang patut mengikut prosedur, kami pun melangkah pulang ke rumah masing². Syukur Alhamdulillah... Dalam perjalanan pulang, terasa di tekak dan juga hidung bau hamis darah... (sedangkan masa semuanya berlaku x bau pun)... Hubby pun x sabar² nak sampai rumah..

Sampai di rumah...Jam dah 11.30 malam. Mama tengok lantai... Memang banyak darah Adik yang menitik². Mama ikut punca darah.. Tapi hingga kini Mama masih x tahu kat mana sebenarnya tempat Adik jatuh. Mama tanya Adik, Adik cuma cakap kat tangga...

Meh layan gambar dibawah :-


- Adik di Klinik -


- Tengok darah kat lampin.. Banyak... -


- Setibanya di rumah. Lantai rumah -




- Mama jejak darah Adik di tangga -




- Mama rasa inilah punca Adik jatuh ditangga. Mengikut pandangan Mama, Adik tergelincir ditangga sebab main tilam (yang warna hijau tu) kat tangga ni. Mama cuba agak kat mana Adik jatuh. Tapi masih x pasti hingga kini. Mama rasa hujung anak tangga tu. X de kesan darah, juga x tajam. Kepala Adik kena apalah yang sebenarnya. Bila ditanya berkali² jawapan Adik "jatuh kat tangga". Tapi macamana boleh dapat kesan luka seperti itu. Mesti kena benda tajam. Mama dah rasa bucu tangga, x tajam. Mama tunjuk palang tangga bawah (ada besi) Adik kata bukan kat situ. Pening nak agak punca/tempat hentakan tersebut -


- Inilah tempat darah pertama dari luka kepala Adik. Tengok tu... Banyak kan... Adik cuma hek, hek, hek aja. Mama ingatkan xde apa² -


- Gebar/selimut pun ada. Sah you all main pondok² kat sini tadi -




- Adik (Qistina) setelah sampai di rumah... Monyok lagi... Memang jenis yang x suka pakai baju. Panas katanya. -


- Tapi layan lak bila Mama nak ambil Pic dia -



- Adik setelah dimandikan oleh Mama. Jenuh nak sabun & syampoo adik ni sebab darah² tu dahpun beku.Lebih² lagi kat rambut. Payah nak tanggal...-
-Boleh tersenyum dah-


- Hari ke dua. pembalut dah ditanggalkan. Adik rimas -


- Close up jahitan -
Terima Kasih Along dan Twin yang tolong Mama lapkan lantai...

Hubby - Actually jenis yang mabuk darah. Mujur juga kali ni Hubby ok x loya + pening ataupun muntah. Kalau idak... tak tahulah macamana.... thanks to you too dear...

Adik - Dalam masa seminggu jahitan baik. benangpun dah ditanggalkan. 1,2 minggu Adik trauma nak naik turun tangga. Mesti nak Along @ Kakak² nya pimpinkan... Sekejap aja. Tapi lepas tu hilang dah trauma... Adik ni jenis lasak orangnya...

Along & Kakak² (Twin) - Masa Adik jatuh tangga, semuanya terkejut sama sebab memang diorang bersama masa kejadian tu. Ketiga²nya sibuk melayan TV kat atas. Sebab tu bila tanya macamana Adik boleh jatuh. Jawapannya " Tak Tahu"

Pesanan Mama berkali² hingga kini pada semua anak² bertuah. Jangan main kat tangga lagi dah.
Sekarang ni pun kalau Mama dengar you all main kat tangga, memang Mama naik angin...

To Pegawai Perubatan Poliklinik Felda Lepar Utara 04 : En. Afzan. Tq so much for helping us....

Pesanan Afzan akan Mama ingat sampai bila² :
Kalau situasi macam ni berlaku lagi (darah mengalir) ambil kain atau apa aja yang boleh digunakan untuk tekap pada bahagian luka tersebut. tekap hingga beberapa minit dan terus bawa ke pusat kesihatan/ klinik berhampiran. Insya'Allah xde apa². darahpun akan berhenti mengalir. (untuk kes yang katogeri biasa la. bukan yang beso² punya kes)

Alhamdulillah betul dah tindakan Mama tu....
Nota Mama: Sejak kejadian, Mama memang 'alert' bila anak² menangis walaupun setakat hek². Jenguk² kut² ada apa² yang x diingini. Kalau Hubby ada xpe la...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥