"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Showing posts with label #Anak²danAktivitiSekolah. Show all posts
Showing posts with label #Anak²danAktivitiSekolah. Show all posts

Thursday, 5 February 2026

Muhammad Khaliq Si Ketua Kelas 1 Fatanah

05/02/2026, Khamis

Cerita disebalik gambar yang dari jauh ni tak nampak apa².
Muhammad Khaliq, anakanda ke-6 rupanya ada program pagi ini. Namun terlepas pandang. Ceritanya, Mama di pejabat terima panggilan telefon dari En Suami, soalan tiba² tanpa 'introduction" dan buat Mama terpinga²/buntu sebentar... "Baju sekolah Khaliq ada kat mana?" Ah sudah. Otak Mama loading kejap cuba fahamkan dan recall... Apa pula ni? Betul dah pakaian hari ni Tshirt PJ sekolah. Pagi tadi Mama dah scroll wasap, tiada makluman apapun... Tengah loading tu En Suami cakap lagi. "Ni Cikgu sekolah telefon suruh ambil abang bawa balik ganti baju (uniform) ada program pagi ni bagi murid yang pegang jawatan (Khaliq ketua kelas ye). Baju sekolah ada mana? rumah Mak atau rumah kita?" Terus Mama dapat jawapan, "Rumah kita tapi tak basuh lagi, ada dalam bakul baju, I letak pagi tadi." Talian diputuskan selepas jawapan En. Suami "ok".

Aduhai... incomplete information ni. Kebiasaannya Mama basuh baju tiap malam, malam tadi memang tak basuh sebab bakul masih belum penuh dan baju uniform tu tak akan pakai sebab Jumaat baju Melayu bersampin. Baju kemeja putih pula memang ada dua helai seorang tapi Mama pasangkan lencana hanya untuk satu baju sahaja dan ulang pakai yang itu. Tengah tahun nanti baru pakai yang satu lagi.... Sampai rumah En Suami video call pula. Kelam kabut suasananya... Muahahaha, baju dalam bakul memang ada tapi tak sangka la agak kotor. Apalah dibuatnya si anak semalam agaknya. Ayah nya capai juga dan iron sambil bersihkan kotoran guna tisu basah sahaja. Pujuk hati, tak apa kalau bergambar pun kotoran tu tak jelas sangat.... Dah siapkan si anak, nak kena bergegas ke rumah Nenek ambil tali leher pula. 

Selesai, Mama scroll wasap kelas lagi, betul tiada pemakluman ketua dan penolong kelas kena pakai uniform sekolah hari ni. Mungkin Cikgu terlepas pandang.

Pst, cerita pasal Ketua kelas ni, masa Khaliq cerita, Mama saya ketua kelas 1F. "Wah... Siapa lantik Khaliq?" Soal Mama teruja. "Cikgu lah" Jawab dia... "Betul Mama, Abang jadi Ketua Kelas" sahut adiknya Khabir. "Tahniah Abang" ujar Mama. Khaliq sengih je... Tiba² dia kata "Adik, awak jangan bising. Nanti saya tulis nama tau". Hahahahaha. Diugutnya si Adik. "Apa pulak, mana ada saya bising²" balas si Adik.



(Gambar di bawah ni dikongsikan oleh parent)








Friday, 9 January 2026

Kembar Khaliq & Khabir "New Chapter" Tahun 1/2026

09/01/2026 (Jumaat)

Orientasi Tahun 1/2026
Alhamdulillah kembar Khaliq & Khabir memasuki 'new chapter'. Akan berjumpa dengan ramai kawan baru dan juga Cikgu². Hari ni cepat bangunnya bila dikejut. Semoga berkekalan la ye nak tanpa drama di pagi hari.
Terima kasih kepada Cikgu untuk gambar anak yang comel.























 











Monday, 20 June 2022

Tahniah Anakanda AQILAH QISTINA : Olahragawati Sekolah P15 2022

Ahad, 19.06.2022
SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang (INSTAR)

Seawal jam 6.30 pagi kami (Mama, Ayah, Ihsan, Khayra, Khaliq & Khabir) bertolak dari rumah terus meluncur ke INSTAR untuk menghadiri kejohanan sukan tahunan sekolah anakanda Aqilah Qistina. Anakanda yang seorang ni sememangnya dari kecil minat dengan sukan terutamanya larian. Acapkali bertanya MamaAyah datang tak sekolah saya Ahad ni?

Jam 9.30 pagi kami tiba di sekolah namun tak sempat untuk melihat acara perbarisan. Namun sempat melihat lagi 2 acara lain yang Aqilah sertai... 4 x 100m dan 4 x 400m. Alhamdulillah... Emas untuk ke dua²nya. Aqilah merasakan yang dia layak mendapat anugerah olahragawati dengan pingat emas lainnya.

Semasa acara penyampaian hadiah... diumumkan pemenang katogeri satu persatu. Namun, tatkala penyampaian anugerah Olahragawati bagi perempuan P15 diumumkan dengan penama mendapat 3 emas, Mama tahu hati Aqilah berbunga dan KECEWA apabila nama yang diumumkan bukanlah nama dia. Mama tengok balik pada gambar medal emas yang mama ambil sebelum ini. Mama telek satu persatu, betul Aqilah juga ada 3 emas mungkin bukan milik dia kali ini.

Sehinggalah program/majlis hampir tamat... Aqilah tiba² muncul dari belakang khemah sambil menangis teresak² dan terus peluk Mama. Ketara betul kesedihannya. Mama tak tanya dan hanya cakap "Sabar, Mama tahu kenapa awak menangis... Nanti bila² masa pergi tanya cikgu kenapa saya tak layak" Aqilah tetap menangis teresak² tanpa sepatah kata. Hiba hati Mama dibuatnya... tak pasal² Mama pun nangis juga. Naluri Mak² agaknya....  Sedih bilamana tahu anak tu dah berusaha sebaik mungkin namun bukan rezeki dia dan dia betul² kecewa.

Tiba² dengar pengacara majlis/guru buat pengumuman baru mengenai kesilapan mereka. Ada 2 olahragawati P15 pada tahun ini terus umum nama Aqilah... Terkejut juga sebab secara tiba² dan Aqilah masih menangis. Namun, dia bangun juga untuk ambil piala walaupun masih menangis. TAHNIAH buat anakanda MamaAyah AQILAH QISTINA! You deserved it! Buat habis baik untuk MSSP pada 23/06/2022, Khamis nanti di Bera ye....









Thursday, 21 November 2019

Tahniah Anakanda AQILAH QISTINA Diatas Pencapaian Bagi Tahun 2019

Alhamdulillah... Tahniah anakanda AQILAH QISTINA (3A 3B UPSR, 9A UPSA) Perjalanan masih jauh... Semoga berjaya dunia akhirat.

Terima kasih buat para guru SK Lepar Utara 1 dan SAR KAFA Lepar Utara 1 yang telah mendidik anakanda ini...Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan untuk anak ini .. Mohon maaf andainya anak ini ada mengguris perasaan para guru.

Pencapaian :
SKLU1
3A 3B
Tokoh Pelajar 2019
Ketua Pengawas (P)
10 Terbaik Tahun 6
Tempat Ke 3 Tahun 6F
Tokoh Kokurikulum
Terbaik Bahasa Melayu Penulisan
Khatam Al Quran

SAR KAFa Lepar Utara 1
Tempat Ke 3
Darjah 6 UPSA 9A (2019)
UPKK 7A 1B (2018)
Khatam Al Quran

#adliyanfamily2019
#aqilahqistinamohamadadli








Thursday, 20 June 2019

Tahniah Aqilah Qistina - Olahragawati Sekolah 2019

20.06.2019 Khamis
Sukan Tahunan SK (LKTP) Lepar Utara 01 Kali Ke-27

Sejak dari minggu lepas, setiap hari ada latihan sukan dan Aqilah ni memang jenis bersemangat kalau bab² sukan ni... Minatnya pada merentas desa. Yang lain² tu boleh la sikit². Tahun ni rezeki dia dapat sandang Olahragawati Sekolah bagi tahun 2019. TAHNIAH! Ha.... Mau tersenyum lebar sampai telinga la tu. Gambar ni Ayah yang kirim di wasap Mama. Ha.... Mama sampai rumah petang karang mesti panjang lebar dia bercerita...

Pencapaian :
JOHAN - 200m Perempuan Tahun 6
JOHAN - 4 X 200m (Terbuka) Perempuan Tahap 2
JOHAN - 4 X 100m Perempuan Tahun 6
JOHAN - Lompat Jauh Perempuan Tahun 6
JOHAN - Merentas Desa Perempuan
*OLAHRAGAWATI*



Friday, 18 January 2019

Semangat Gegirl Merentas Desa 2019

18.01.2019 Jumaat

Alhamdullillah gegirl MamaAyah ni...semangat berlari👟

AQILAH - Johan semasa pertandingan merentas desa di SKLU 1 pada 11.01.19 yang lalu dan hari ni join Kakak kembar di SMKLU pun dapat no.1... Cabaran seterusnya di peringkat daerah nanti.

👟Pertandingan merentas desa SMKLU pada hari ini :
KHALISAH - Tempat ke 2

KHAIRINA - Tempat ke 9
*Kenangan untuk kembar di SMKLU sebelum mula bersekolah di PPPTR Isnin depan. Semoga segalanya di permudahkan

Gambar Aqilah semasa menang di pertandingan merentas desa SKLU 1 pada 11.01.2019 yang lalu. Kredit gambar kepada gurunya : Cikgu Jamilah Mat Noor



Thursday, 15 November 2018

Anugerah Kecemerlangan SAR KAFA Lepar Utara 01 tahun 2018

15.11.2018 Khamis
@ SAR KAFA Lepar Utara 01

Khalisah Batrisyia :-
1. 7A 1B - UPKK
2. 7A 2B - UPSA
3. Kelakuan

Khairina Basirah :-
1. 8A - UPKK
2. 4A 5B - UPSA
3. Kehadiran

Aqilah Qistina :-
1. No 1 untuk kelas darjah 5
2. Cemerlang keseluruhan darjah 5

*Khalisah dan Khairina juga mendapat sijil berhenti sekolah sebab habis belajar/sekolah sebab kebanyakkannya sekolah setakat darjah 5 untuk ambil UPKK.

Khalisah & Khairina masuk nasyid untuk persembahan darjah 6 dan Aqilah pula buat persembahan dikir barat untuk darjah 5.

Apapun tahniah buat semuanya...







Yeay! Gambar Adik Khayra mestilah ada kan... Bagus adik ni sebab tak takut orang (jadinya melilau² dia ke sana kesini) Bila ada persembahan tegak senyap je dia duk memerhati. Kesian Adik sebab pipinya kang kejap² dicubit orang sebab geram.


Sunday, 15 April 2018

Aqilah Semangat Nak Ke Kem Smart Solat

14-04-2018 Sabtu

Semangat nak ke Kem smart solat hari ni dan esok di Kuantan... sebelum tidur lagi asyik pesan :
Mama jangan lupa kunci jam
Mama jangan lupa kejut saya esok awal² tau
Mama kalau terlambat ustaz tinggal
Mama.....

Haish la Aqilah Qistina uiiii... Sudahnya Mama gerak jam 4pagi sebab tengok banyak lagi pakaiannya diluar beg (Aqilah kemas sendiri semua pakaian dan peralatan yang nak dibawa)
Jam 4.45pagi gerak ke sekolah sambil ditemani adik Khyara (sebab adik pun bangun awal juga pagi ni) Jam 5.15pagi, mereka mula bergerak....Semoga menjadi anak yang solehah...

#adliyansfamily
#aqilahqistinamohamadadli


*UPDATE*
15-04-2018 Ahad
Aqilah sampai rumah jam 10malam. Katanya van yang mereka naiki rosak di Maran... Apapun semuanya selamat pulang dan cerita Aqilah tak berhenti² yang dia seronok sepanjang berada di sana....

Thursday, 8 February 2018

Tahniah Aqilah Qistina : Merentas Desa Peringkat Negeri Pahang

🍓 Jom makan buah str🍓wberi 😅
Kakak Aqilah bawa balik katanya Cikgu Faizal belanja.... Terima kasih cikgu....Aqilah dapat no 44 semalam... katanya berdesup orang lari tak sempat kejar😅. Tak apalah.... next year usaha lagi

*kredit gambar Aqilah (cikgu SKLU1)

~Muka Adik Khayra masam makan buah strawberi~

Di sekolah (SKLU1) sebelum bergerak ke Jerantut dan menaiki bas dari sana menuju ke Cameron Highland. Wakil dari sekolah 2 lelaki & 3 perempuan. (07.02.2018 Rabu)


Awal pagi sebelum larian dimulakan (08.02.2018 Khamis)


Go Aqilah go.....


Thursday, 1 February 2018

Tahniah Buat Anak Mama Aqilah & Khalisah di Pertandingan Merentas Desa MSSD Jerantut

31.01.2018 - Rabu

Dari malam tadi dua beradik si kembar (Khalisah) & Aqilah semangat sungguh mengemas beg pakaian siap list lagi nak bawa berapa helai baju serta barangan yang lainnya untuk program hari ini. Bermula .01.2018 yang lau boleh dikatakan setiap hari dua beradik ni berlatih di sekolah bersama rakan²nya yang lain. Khalisah pernah satu tahap tu balik² menangis sebab sakit kaki katanya. Kikikiki... Khalisah ni agak kurang semangat sikit berbanding si adiknya Aqilah yang sentiasa bersemangat waja dan target nak menang je.

Hari ini mereka akan bergerak ke Jerantut bersama guru sekolah jam 3.30petang nanti. Cerita dua beradik ni, mereka dan rakan² akan menginap di 'homestay' sebelum memulakan larian pada keesokan harinya... Bab berjalan memang semangat sungguh anak² bertuah ni.


01.02.2018 - Khamis
Pertandingan Merentas Desa MSSD Jerantut
SK Batu Balai, Jerantut

Sampai je dari tempat kerja, anak² bertuah dua beradik ni dah pun sampai di rumah. Aqilah tersenyum puas... Khalisah pula "Sorry Mama..." katanya sambil tersenyum...

Alhamdulillah, "TAHNIAH!". Aqilah dapat tempat pertama dan Khalisah berjaya menamatkan larian dan berada si tempat ke 65 dari kesemua peserta sekolah² daerah jerantut yang hadir. Aqilah tak habis² bercerita... Ada je yang disampaikannya... Cerita Aqilah sebelum sampai ke garisan penamat dia siap terjatuh di atas padang sebab tergelincir dan memecut laju. Tergelak besar dia tatkala bercerita serta siap mengayakannya balik semula.

Tahniah sekali anak Mama Ayah Aqilah Qistina yang akan mewakil sekolah ke peringkat negeri di Cameron Highland pada minggu hadapan.

Sumber gambar dari FB & whatsapp dari Cikgu SKLU1




Wednesday, 22 November 2017

Sambutan Hari Kecemerlangan SAR KAFA Lepar Utara 01 Tahun 2017

22.11.2017 Rabu

Ha... Tahun ni apa pencapaian anak² bertuah Mama Ayah ni ye???
Khalisah Batrisyia, Khairina Basirah & Aqilah Qistina masing² ada yang menaik dan menurun. Kena usaha lebih gigih lagi ye anak².

Khalisah & Khairina masuk persembahan lakonan. Manakala Aqilah pula dapat hadiah kerana mendapat tempat ke 2 dalam kelasnya bagi Darjah 4. Gambar dari kamera si Ayah