"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Sunday 29 June 2014

Anak² : Hari Pertama Berpuasa

29.06.2014 Ahad
01 Ramadhan 1435H

Alhamdulillah... Dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Anak² gegirl Mama seminggu nak puasa ni bukan main teruja. hari² ditelek²nya kalender mengira detik berapa hari lagi kita nak menyambut Bulan Ramadhan. Semangat sungguh! Semangat bertambah bila mengenangkan keseronokkan Hari Raya sebab teruja nak kumpul duit raya!

Ha.... Jangan tak tahu pula.... Semangat² juga... Bukan main lagi sebelum tidur asyik duk ingatkan Mama supaya kejutkan bangun sahur sebab esok nak puasa kalau tak sahur nanti lapar. Ihsan pula request megi awal² lagi. Amboi demand betul.

Hari pertama puasa, semangat masing² bila dikejut supaya bangun untuk bersahur. Mudah je semuanya.... Namun makannya bersuap sebab kalau Mama biarkan makan sendiri nanti nasi ke mana perginya sebab mata tu asyik nak terpejam je.

Siang harinya, Twin tiada masalah apa² sekali dua sahaja mengadu lapar namun nak puasa... Tapi si Adik... Aduhai.. mencabar mental Mama sungguh! Ke mana Mama pergi/ buat kerja Adik pastinya akan mengekori disertai rengekan yang tak putus². Adik tak lapar tapi dahaga... Asyik² sebut nak buka puasa. "Saya nak minum sikit je.." ujarnya.... Amboi... sesenang hati je ye dik... Jam 12.00tgh Mama kerah semuanya pergi tidur. Twin senang menurut arahan, si Adik siap dipopok bagai nak boleh suruh tidur. Tapi jam 4.00ptg Adik bangun dan merengek lagi..... Haish si bongsu ni...Hilang sabar Mama dibuatnya... Dipujuk²pun macam tak jalan je. Kemudian Adik tertidur bila Mama buat dek aja.... Jam 6.00ptg, Adik tersedar lagi dan merengek² lagi. Tension Mama dibuatnya. Dek kerana geram, Mama suruh Adik buka puasa dan jangan ganggu Mama lagi. Aik??? Bila Mama suruh tak mahu pula, Adik dapatkan Ayah dan melepek dengan Ayah sambil tengok TV. Bila masuk waktu berbuka Adiklah yang paling ceria...Semua nak dimakannya.... Bila ditanya "Esok Adik nak puasa tak?"... "Nak lah... Saya dahaga je" Haish si kecil ni..... Sabar je lah...

Anak² Mama yang keletihan di hari pertama berpuasa. Siap tidur lagi... Ihsan, baca buku, tak lama lepas tu dengan dia²pun lelap.





Saturday 28 June 2014

Wah... Banyaknya Hadiah (Sukan Sekolah KAFA Anak²)

28.06.2014 Sabtu

Hari ini anak² Mama kesemuanya bersekolah. Sekolah KAFA ada sukan tahunan sekolah sebelum bulan Ramadhan esok. Bila Mama tanya acara apa yang mereka masuk, masing² tak reti nak jawab. yang confident jawab cuma Ihsan yang setiap tahun akan masuk tarik tali. Ayah sibuk dengan aktiviti memotong rumputnya bermula seawal pagi lagi. Mama pula sibuk mengemas rumah itu dan ini... Mama singgah sekejap lebih kurang jam 10.30pg.... Sampai je kata anak² acara untuk murid² dah habis... Mama datang lambat sangat katanya...Aik... Cepatnya... Sekarang tengah acara untuk ibu bapa sahaja. Kemuncak acara jam 12.30-1.00ptg nanti iaitu acara penyampaian hadiah. Sudahnya Mama balik ke rumah menyambung kerja² yang masih belum selesai.

Jam 1.00ptg, Ayah pergi ambil anak² bertuah di sekolah. Sampai di rumah masing² dah kepenatan namun girang memberitahu kemenangan masing². Banyak tupperware yang di bawa balik dan juga ada pingat di leher kecuali Khairina. Khairina sedikit mencebik sebab dia seorang sahaja yang tiada pingat. Khalisah memujuk Khairina yang bersedih dengan memberi satu pingatnya kepada Khairina (Khalisah dapat 2). Yang Mama agak terkejut sikit sebab Khalisah dapat no. 3 dalam acara merentas desa katoger murid darjah 1 hingga 3. Lajunya Kakak lari ye.... Kata Adik & Khairina, kaka memang laju larinya....'straight' je dia lari.... Kakak kelihatannya tersenyum bangga. Alhamdulillah.... Tak apalah.... janji masuk acara dan nak bersukan kan.... Tahniah buat anak² Mama Ihsan, Khalisah, Khairina & Aqilah.....








Friday 27 June 2014

Santai² Di Jerantut

26.06.2014 & 27.06.2014 Khamis & Jumaat

Hari ini Ninie terpaksa ambil cuti sebab anak² tak ada pengasuh disebabkan Hubby kena menghadiri kursus selama 2hari di Jerantut dan Atuk & Nenek pula tiada dirumah (Ada program lain). Hari Khamis anak² cuma bersekolah rendah sahaja dan tidak menghadiri sekolah KAFA sebab mengikuti Ninie yang nak ke Jerantut dan menginap di sana. Macam biasa penginapan kami cuma di Jerantut Hill sahaja. Anak² ambil kesempatan ini untuk mandi kolam dan kebetulan pula memang kawasalan kolam lengang. Al maklumlah bukan di musim cuti hujung minggu.... Hubby pula nun tidur di bilik kerana kepenatan.

Malamnya pula kami keluar untuk mengisi perut yang sememangnya dah lapar. Kebetulan pula malam ini hujan turun dengan begitu lebat...Syukur.... Al maklumlah seminggu dua ni cuaca bukan main panas. Selesai makan kami balik tidur.. Hajat nak melepak² di iCity dibatalkan sebab hujan masih belum reda.... nak berjalan² ke kedai lainnya pun semua hampir tutup sebab jam pun dah hampir pukul 10mlm.

Keesokkannya kami check out, makan tenghari dan terus meluncur laju ke rumah sebab nak kejar waktu persekolahan KAFA apada sebelah petang. Urm...Hari ni tak ke Sekolah rendah...Tak apa...sekali sekala....







Sunday 15 June 2014

Akhirnya Kami Tiba Jua... Mat Daling, Jerantut, Pahang

12.06.2014 Khamis

Hubby dan Ihsan sibuk mengemas barang² yang nak dibawa berkhemah nanti... Sila lipat elok² ye....



Mengisi minyak kereta di Felda Sungai Retang.

Sebelum memulakan perjalanan ke tempat yang ditujui... Jom kita ambil gambar dulu ye.....



Si kembar tapi tak se arah... Ada je sebab nak gaduh² sayang.... itu yang monyok je dua²

aik... Jalannya bertar? Haaaaa bestnya....

Sila bawa macam kura² ye... 20km/j

Wefie dulu.....

Lori² hantu sedang aktif untuk menyiapkan jambatan² dilaluan ini. Sekarang ni kami ikut bawah lagi. Akan datang mungkin dah boleh lalu ikut jambatan pula agaknya....



Sempat berhenti bergambar sebab tak kelihatan kelibat rakan se offroad kami ni ha..... mana pula perginya....







DELETE

Yeee haaaa..... dah nampak signboard... Kami dah semakin hampir nampaknya.... weeeeeee




Berehat sebentar meluruskan pinggang dek kerana terlalu lama duduk dalam kereta...









Anak² dah mulakan terjunan. Tak sabar² dah sebab lama sangat duk dalam kereta. Kebas punggung dibuatnya.





Hubby dah mula bersiap² nak dirikan khemah di bantu anak bertuah Muhammad Ihsan.



Khalisah posing dengan batang pancing. Hubby bawa tapi tak memancing pun.

Tengok 2 beranak ni... Siap tidur kat luar tak sedar² lagi... Sedap tidur ye... Nak tidur dalam khemah panas....

Dah ready nak gerak balik... Jom.... Jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi ni....

Singgah bergambar kenang²an di Kampung Pagi..... Uniknya kan Map/peta ni kan...

Dah sampai diluar... Singgah di Kuala Tahan sebentar untuk makan² minum² di kedai makan terapung. Di seberang sana tu Taman Negara ye....



Nasi goreng kampung. Pedas uuuuu

Dah siap makan²... Jom kita pulang... Baru teringat nak bergambar di papan tanda... Siap patah balik ke papan tanda tu... takde kije betullah... Sebab tu gambarnya malam hari.... Hihihihi....