"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 29 September 2012

Aktiviti Sabtu - 15.09.2012

15.09.2012 Sabtu

Kami bergerak pulang ke Kuantan (Rumah mertuaku).
Di Rumah, sambil makan², Hubby bertanya : "Esok nak ke Sungai Lembing tak?"
"Urm.. ikut Abanglah... Darling ikut je".. Balasku.

Menurut Hubby dia dipelawa oleh seorang kenalan di Facebook yang mengajak turut serta dalam ekspedisi Kelab Kembara ke Sungai Lembing. Dari petang hingga ke malam masih berbelah bagi samada nak turut serta @pun tidak. Ninie no hal... Kata 'On'. Kita pergi...

Petangnya, Hubby ajak ke Taman Gelora. Rakan FB nya mengajak berjumpa di situ. Pertemuan kali pertama. Alhamdulillah, tidak kekok malah mesra... Dia membawa bersama isteri dan 2orang anaknya. Anak² Mama tak lekat lama, meluncur ke taman permainan kanak² berhampiran. Along Tak ikut kali ini. Kalau tak boleh suruh tengok²kan si Adik... Sambil menyembang, Mama kena juga jenguk² mereka...




Lepas lepak² di Taman Gelora, Hubby meluncur laju ke kedai gunting rambut. Al maklumlah kedua² Hero Ninie ni dah pun panjang rambutnya.... Sekitar gambar di kedai gunting rambut bunga raya. Kedai ni dah jadi kedai kegemaran Hubby di Kuantan untuk 'trim' rambut dan jambangnya tu...







Lepas gunting rambut, kita mamam dulu...Makan sup jom...





Malam, lebih kurang jam 10.30... Hubby ajak keluar. Katanya nak pergi jumpa geng Kembara Pantai Timur.. Layankan aja. Tambahan pula ke kedai makan. Makan lagi... wink3...Hubby dengan 'group' kembaranya. Kami anak beranak duduk meja sebelah layan makan pegi... pergh... pertama kali duk makan megi kat kedai makan. Yang paling gembira, tentunya anak². Maklumlah... Yang kita jarang² nak bagi makan tu la yang jadi 'favourite'.