04.05.2014 Ahad
Ok... setelah bersantai² di Masjid Besar Kuantan tadi... Kami ke lokasi seterusnya. Sebelum ini Ninie pernah ajak Hubby datang ke sini. Tiada tujuan tertentu nak beli apa pun. Namun bila dengar kata yang DAISO dah dibuka di Kuantan, Ninie mula teruja sebab DAISO selain MR. DIY adalah 'femes' di kalangan para² crafter. Jikalau sebelum ini dah menjenguk² di MR. DIY. Kali ini nak menjenguk² DAISO pula.
Lokasinya di East Cost Mall (ECM) berdekatan dengan SASICC. Aduhai... Jalan jem teruk...Ingatkan sebab traffic light/kemalang ke... Rupa²nya jem sebab ramai yang nak ke ECM. Bayangkan... 3tempat laluan masuk untuk parking kereta tu, yang dibukanya cuma satu sahaja. Maunya tak jem! Teruk betul pengurusannya. Haish.... Hubby ambil tempat kereta bawah tanah. Katanya...'Bayarannya sma je..Baik parking tempat teduh..." Ngeh3x. Ninie ok je....
Lepas satu tangga, satu tangga kami naiki tak juga nampak bayang DAISO di mana walaupun tahu ianya di tingkat 3. So Ninie bertanyakan pada Adik yang menjual di booth² kecil dan dia sudi tunjukkan arahnya. Terima kasih ye dik....
Lokasinya di Tingkat yang ada Pawagam tu ye... Elok je sampai (guna tangga) ambil belah kiri...Jlan terus kemudian perhatikan kedai² di sebelah kanan anda.... Okay! Jumpa pun.... Yeeeha.... Anak²ku sayang... Sepertimana biasa... Nak tengok boleh, nak sentuh boleh... Nak beli? Nonononono.... "Pegang letak balik kan Mama?" Ujar salah seorang gegril. "ye..." ujar Mama kembali. Mujurlah anak² ni faham dah... nak ikut Mama Ayah pergi jalan² boleh... Tapi kalau nak minta itu ini... Tak payah ikut...Tinggal kat rumah je tau... hihihihi....
Dah sampai sini masing² dengan arah sendiri. Ihsan sila tengokkan adik² ye.... Macam² ada yang pastimya harga setiap satu hanya RM5 sahaja! Tak ada yang berharga lebih dari RM 5. Mama memang takada hajat nak beli apa²pun. Nak tengok² dulu. Kalau ikut hati maunya bajet lari nanti... kikiki... Hubby kelihatannya lebih teruja dari Ninie...Cari ilham katanya....
Selesai disini... Semuanya dah lapar... Peut perlu diisi...Jom kita pergi makan dulu....