"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday 30 November 2013

Terengganu (Day 1) : Dungun

30.11.2013 Sabtu

Kami bertolak dari rumah jam 11.00pagi. tujuannya untuk mengikut Hubby ke Dungun, Terengganu berikutan Hubby ada mesyuarat KPDRM Zon Timur di PULAPOL Dungun, Terengganu. Alang² niat kami untuk berjalan² disana dan kebetulan pula Ninie dah apply cuti untuk hari Isnin & Selasa berikutnya. Namun cuti yang diambil bukanlah bertujuan untuk berjalan², sekadar berehat dirumah. Inilah yang dikatakan percutian tanpa dirancang sebab Hubby mendapat panggilan untuk hadir bermesyuarat pada sebelah petang semalam (29.11.2013 Jumaat). Bila Hubby tanya Ninie nak ikut ke?. Huhuhuhu... umpama pucuk dicita, ulam mendatang... Ninie on kan aja. Anak² juga teruja sebab dah lama tak dibawa pergi bercuti. Gembira tidak terkata dibuatnya.

Jam 12.10tghari singgah sebentar di Bandar Jengka sebab Ninie nak pergi kedai ECO beli makanan dan air kotak buat bekalan anak². Urm, duk ambil itu ini, waktu bayar...gulp cecah RM 52 haish.... Kemudian perjalanan disambung semula dengan naik highway di Kg. Awah terus menuju ke Negeri Terengganu. Sepanjang perjalanan kami cuaca amat mendung sesekali disusuli dengan hujan renyai². Mungkin petanda yang musin tengkujuh hampir menjengahkan dirinya. Namun perjalanan kami selamat tiba di Terengganu pada jam 5.13ptg. Lokasi pertama nak cari kedai makan sebab perut dah lapar. OTW tadi tak ada singgah makan di mana² sebab dah bawa bekal bihun goreng. Hubby pusing² disekitar bandar Kuala Dungun. Port kami betul² di gerai yang bertentangan dengan laut. Kami ambil yang mudah dengan makan Laksam (5 Mangkuk) sahaja. Keropok leko (RM5), bebola goreng (3 lidi/cucuk) dan juga ikan celup tepung(2 ekor). Air pula : air jagung x 2, milo suam x2, kopi O x1, teh suam x 1. Namun agak ‘spoil’ sebab ikan celup tepungnya kedua² ekor sekali ada telur lalat. Haish.... Harga? Pergh bagi Ninie mahal sebab total RM 35.50.

Jam 6.30ptg terus menuju ke PULAPOL Dungun sebab malam ni Hubby ada mensyuarat. Setelah berbincang dengan pihak PULAPOL, kami dibenarkan bermalam disini dengan kadar bayaran RM7/person untuk kami 5 beranak. Hubby free la.... Its ok... janji ada tempat tidur... total RM 35. So anak² bertuah sila senyap² ye.... Tapi senyap ke? Kikiki... boleh bayangkan tak duduk dalam bilik/ dorm yang takde TV?. Memula tu ok le...Lelama...mula² cakap slow² je...main pun slow² je... Sikit demi sedikit volume kian kuat... Hasih... penat Mama nak menengur. Disebabkan kebosanan, Jam 11.00mlm, Mama paksa tidur pun kalian terpaksa tidur walaupun tak gaya mengantuk pun. Esok kita jalan² ye...itu janji Mama asalkan kalian tidur.... Hubby tidur dengan rakan²nya... Tambahan pula esok masih ada mesyuarat. Jangkaannya habis pada jam 12.00tgh.

Anak² Mama Ayah yang teruja nak pergi jalan² Terengganu....

Our driver... Tq Sayang....muuuah!

Khalisah & Aqilah dengan air jagung yang ada jagungnya.... Bukan main lagi anak² Mama ni ye....

Laksam sedap.... :)


Keropok macam yang dah goreng, digoreng semula

Ini la rupa deretan kedainya....
Bersambung.....

Saturday 23 November 2013

Kembara Buat Hal Lagi - Hanya Kerana Plug

23.11.2013 Sabtu

Hari ini cadangnya Hubby nak ke Sri Jaya, Maran untuk ke kedai tayar... Hubby nak survey tayar untuk kereta kembaranya jenama MAXXIS... Di Jerantut/ Bandar Jengka/ Temerloh tak jumpa.... Di Kuantan mungkin ada.

Perjalanan kami hari ini Hubby ikut shortcut jalan ladang+hutan. Ninie just on je.... Nak dijadikan cerita, dah separuh perjalanan, masa ni kami berhenti bergambar dahulu... masa nak bergerak tu Hubby perasan yang lampu indicator enjin menyala di dashbord kereta. Hubby tahu ada yang tidak kena.... Hubby cuba gerakkan kereta, ternyata...kereta takde pickup @ macam kurang api... Allahu Akbar...ujian apakah ini...

Namun begitu, meter tempreture kereta tidak meningkat. Statik di tengah sahaja. Perjalanan kami tetap juga diteruskan. Takkan nak duk di tengah² hutan? Bagaimana? Hubby cuba juga pandu kereta walaupun memang payah nampak gayanya nak boleh bawa sebab walaupun minyak ditekan habis, namun kereta bergerak tak cecah 50km/j. Kemudian tak boleh terhenti maksudnya bila kita brek tu. Nanti kereta akan stop sendiri tak mahu hidup dah. Paling lama pun Hubby boleh bawa setakat 10-15minit untuk sekali perjalanan. Boleh bayangkan tak berapa lama masa yang nak diambil untuk ke tempat yang sepatutnya makan masa 1/2jam je lagi? Ini sebab, enjin kereta mulai panas dan bila ditekan pedal minyak habis sekalipun, kereta tak mahu bergerak. Jadi kami harus berhenti di tepi jalan untuk beberapa minit biar enjin sejuk dahulu. Tatkala enjin panas ni, start pun dia tak mahu hidup! Dengan anak² yang mulai bising kerana tak berapa nak faham dengan situasi, Hubby yang mula bising²+marah+pula hari panas. Allahu Akbar!

Walaupun beberapa kali berhenti, akhirnya kami sampai di Bandar Sri Jaya Maran dan tujuan utama kini untuk mencari bengkel kereta. Kami diuji lagi...disini tiada bengkel kereta yang boleh kami tuju walaupun hari Sabtu, bengkel kereta yang ada tutup. Argh.... fikiran mulai buntu.... Hubby cuba ke kedai tayar yang pada tujuan asalnya nak ke sini tadi. Pekerja di situ menyarankan kami ke bengkel kereta yang ada dia nyatakan. Tak cuba, tak tahu... Hubby drive ke sana. Alhamdulillah... buka...Tapi..... Mekanik yang berkenaan pula tiada. Kami perlu menunggu hampir 40minit. Setibanya mekanik, dilihat²/belek² katanya masalah plug. Haish..... Masalahnya pula lagi, plug tiada stok sebab kedai yang menjual barang² kereta semuanya tutup! Dugaan sungguh untuk kami sekeluarga hari ini. Hari kian petang... Hubby mula memikirkan yang kami perlu bermalam di Kg. New Zealand, rumah tok jika perlu kerana itu sahaja pilihan yang ada. Untuk membaiki kereta, kami perlu ke Bandar Maran. Esok Ahad, semua kedai tutup. Maknanya Isnin dan Ninie kena ambil cuti!

Tak apalah jika hanya itu sahaja pilihan yang ada buat masa ini. Takkan nak redah balik dengan keadaan kereta yang sebegini dan hari pula kian gelap... Usah nak cari pasal.... Kalau Ninie dengan Hubby je mungkin la. Tapi mengenangkan ada anak² 4orang lagi dalam kereta ni.

Perjalanan kami diteruskan untuk ke Kg. New Zealand... Hampir sahaja dengan simpang ke Kg. terpandang di sebelah kiri bengkel membaiki kereta...Hubby terus ke kedai tersebut...Alhamdulillah... Penyelesaian masalah kereta kami di sini rupanya....

Setelah mekanik tersebutt memeriksa kereta, Katanya masalh berpunca dari plug. Mujur ada yang baru (entah di mana dia beli....Takpe... tokey besar dia ada). Anak² pula? mujur di sini ada ruangan menunggu beserta TV lagi... pekedai membuka siaran TV ASTRO Ceria untuk anak² tengok. Sila duduk diam² ye sayang² Mama sekalian....

Selesai urusan di sini... perut kami yang lapar perlu diisi. Hubby ke badar Sri Jaya semula... cari kedai makan.... isi perut yang dari tadi beralaskan roti dan jajan sahaja. Kemudian kami pulang mengikut jalan yang sama juga. Tayar kereta? Hubby lupakan sahaja dahulu sebab banyak masalahnya tadi...

Gambar² kami sepanjang hari ini.....

Sewaktu sesi bergambar kami sebelum kereta buat hal.




Lampu penunjuk yang menyala menyatakan ada masalah pada enjin.

Perjalanan kami yang masih jauh lagi... Masa ni di kawasan perlombongan biji besi di Sri Jaya. Dah banyak rupa bentuk muka bumi yang berubah begitu juga dengan rupa bentuk jalannya.


Tatkala berhenti di tepi jalan, Hubby akan memeriksa keadaan enjin. Panas katanya....


Anak² yang kepanasan. Aqilah siap tanggal baju lagi...keadaan tatkala kami berhenti² bila kereta tak mahu bergerak lagi.

Inilah kedai yang kami singgah di Sri Jaya. Pusat servis kereta Lian Hup. Tapi yang ada lelaki berbangsa india sahaja. Chinese tak adalah pula.

Anak² sewaktu menunggu pomen datang. Bersantai dengan air dan jajan

Pomen yang membaiki kereta kami.

Rupa plug yang diganti... sebelah kiri (ada dua kaki). Plug yang bermasalah sebelah kanan.

Inilah rupa plug yang memberi masalah pada hari ini. Ish kotornya. Hakikat! Plug kereta ni baru je diganti sebelum ke Jerangkang Waterfall 02.11.2013 Sabtu tempoh hari


Anak² ketika di ruangan menunggu.



Rancangan TV yang ditonton anak²

Hubby dengan tokey besar kedai ini. Hubby tanya kos pembaikan untuk kemek tu...


Kami yang kelaparan mengisi perut... Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah....




Saturday 9 November 2013

Hari Sukan & Anugerah Kecemerlangan Sekolah PASTI (Aqilah Qistina)

09.11.2013 Sabtu 

Hari ini hari sukan dan penyampaian hadiah bagi anak bongsu Mama & Ayah si Aqilah Qistina. Alhamdulillah...  Dah besar² anak² Mama ni. Tahun depan semuanya dah sekolah rendah....

Sepertimana kebiasaannya, Mama & Ayah join jadi AJK 'terjun'. kikiki.... Gambar sekitar hari tersebut....


Adik rumah merah... tu yang tudung merah menyala lain dari kawan²nya...

Masa ini Aqilah mengetuai bacaan Doa, Nyanyian dan Doa

Silakan ikut ye kawan²....

Adik dengan acara sukanekanya.... Menang tak menang belakang kira. Janji semangat kesukanan itu yang penting...
-Acara lari berhalangan-

-Acara baling bola dalam baldi-

-Acara isi air dalam botol guna span-

-Acara meniup belon-

-Acara susun tin-


-Acara bawa bola guna gelung-

Both of us... merah okay! penyokong tegar.... wink3x

Mama pun join acara sukan juga... tutup mata ambil bola...Hahahahaha hampeh! Jujur sangat pun tak boleh... baru nak capai sebiji bola, orang lain dah menang pun.... Oooo tipu ye....

Ayah tak terkecuali, ambil bola ping pong guna mulut... nombor dua  tu....



Mama dan Adik sebelum Mama masuk acara rebut kerusi... dapat no. 4 je...takde la hadiahnya....



Selesai sudah acara sukaneka, masuk dalam sekolah untuk acara persembahan pula.... Adik semangat bebeno buat persembahan. Tak guna microphone pun suaranya jelas kedengaran.



Semasa sesi penyampaian hadiah... Syukur Alhamdulillah...Adik dapat tempat ke 2 dalam kelasnya.

Menagmbil hadiah untuk acara sukaneka

Mengambil sijil tamat sekolah

Alahai... dah besar kamu sayang.....

Tahun ini hanya 4orang sahaja yang berumur 6tahun...


Dengan guru kelasnya. Cikgu Salehawati..Terima kasih cikgu sebab sabar dalam melayan karenah Aqilah dalam 3tahun ini... (sejak umur 4tahun hingga 6tahun)

Mesti ada bersama Mama Ayah juga....


Dengan Abang dan kakak²nya....

Akhirnya jam 1.30ptg... selesai sudah....Penat ye.... kita masuk mandi dan tidur.... ZZZzzzz.....