20.09.2012 (Khamis)
Kalau jadi dan tak ada apa² halangan, esok kita ke Putrajaya" ujar my love deep, deep♥
Ninie yang tengah dok mengemas terhenti seketika...
"Nak buat apa?" - Soalku pula...
"Nak beli bumper." Jawab Abang bersahaja namun penuh semangat.
Along yang mendengar terus mencelah... "Nak ikut..."
'Ok" - Jawab si Ayah..
"Mana²lah..." Balasku pula...
_______________________________________________________________________________
21.09.2012 (Jumaat)
Yang pasti hari ini Ninie ke tempat kerja seperti biasa. Abang minta tolong hubungi si penjual. Jadi/tidak itulah penentu kami ke Putrajaya hari ini. SMS berbalas SMS. Akhirnya kami bersetuju untuk berurusniaga. Si penjual adalah juga dari Kelab Kembara (Kembara.Net).Jam 2.30petang, Abang dan Along sampai di pejabat Ninie. Ninie pun dah beritahu dan mohon izin Boss untuk keluar awal hari ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Jom kita gerak...Anak² girl. Silakan duduk di rumah Atuk Nenek ye... Esok Mama datang ambil sebab nak bawa sekali kereta tak muat nanti nak isi bumper kereta Ayah ni.
Singgah di hentian Rehat dulu Solat...
Makan dulu. Along pun dah mengadu lapar. Tempat kegemaran Ninie bila Abang ajak turun Kuala Lumpur. Sate Kajang Hj Samuri... Masyuk... Nak pula Ninie dapat sate perut... Nikmatnya...
Jam 6.00petang, kami sampai di Putrajaya dibantu penuh oleh Garmin.Almaklumlah dah hampir 11tahun Ninie tak sampai disini. Abang? urm... Ada kut dalam 9tahun yang lalu. Kami janji bertemu di Masjid Putra. Sementara menunggu ketibaan Cikun (nama glamernya). Bersolat di sini terlebih dahulu dan pose²... Layan..
Jam 6.30petang. Cikun sampai. Alhamdulillah... tidak lokek dengan senyuman dan teramat mesra. Ada sahaja perkara yang nak diceritakannya. Ninie dan Along tak berapa nak ambil port. Kami dengan hal kami sahaja. Orang lelaki ni kalau dah bertemu boleh tahan juga sembangnya. Tambahan pula pertama kali bertemu dan berkongsi minat yang sama. Bertukar² pandangan/pengalaman/informasi tentang minat yang sama iaitu kereta Kembara. Layan...:
Dari Masjid Putra, Cikun bawa kami ke tempat makan. Lihat pada menu dan harganya, bagi Ninie masih berbaloi. Tak mahal... sesuai gitu.... Hubby & Cikun minum sahaja. Ninie tumpang sekaki mee bandung Along. Siap makan kami dua beranak jalan² jap meninggalkan Hubby dan Cikun yang asyik bersembang.
Dah siap menyembang, Cikun bawa kami ke Masjid 'Besi' @ Masjid Sultan Mizan... Terpegun Ninie tatkala masuk ke masjid ni. Cantik!
Ditengah² kubah masjid ini terdapat Kalimah ALLAH
Ok... Masa untuk pulang. Thanks for Cikun terhadap layanan yang teramat² superbs buat kami sekeluarga walaupun baru pertama kali berjumpa. Perkongsian ilmu yang amat bermanafaat untuk Hubby yang baru nak berjinak² dengan dunia Off Road ni...
Thanks Cikun sebab pandu kami keluar ikut jalan mudah dari Putrajaya. Insya'Allah..
Nota Mama : Hua... Penat... Hubby kata esok kalau jadi kita ke Johor Bharu pulak... Yahooo jejalan lagi...