"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Taman Negara, Jerantut, Pahang

24 Julai 2011 Ahad

Aktiviti hujung minggu tanpa dirancang. Asalnya keluar ke Bandar Jerantut untuk mengganti absorber kereta Hubby... But kebanyakkan kedai tutuplah pulak. Nak shopping, baru aja membeli barang2 minggu lepas... nak balik baru sangat sampainya.

Jejalan dulu kat Big 10, layan anak2 mencari mainan... then on the way balik, Hubby ajak ke Taman Negara. Saja tinjau2.... Ninie ok aja. Al-Maklumlah, nama je dok Pahang, tapi rupa Taman Negara tu macamanalah agaknya (yang pasti memanglah hutan erkkkk).

Dari simpang Jerantut, ambil masa hampir 1jam perjalanan untuk sampai ke sana. Anak bertuah si Khalisah entah berapa kali muntah sepanjang perjalanan sebab keadaan jalan yang agak berliku-liku.

Kami hanya melihat2 dari Jetinya sahaja tanpa menyeberang. Namapun nak tinjau2 keadaan/ situasi Taman Negara kan?. Banyak bot2 panjang dan juga pendek yang hulu ke hilir dalam sungai tu. Mat2/Minat2 Omputih tak usah cakaplah, ramai. Siap bawa family memasing lagi.... Rasa macam duduk kat luar negara pulak. eceh.... Sesekali, Along "Mama, tengok orang tu pakai sepender je"...(Pakai blause paras lutut tapi nampak sepender... belum kira lagi yang berbikini) hu3... anak2, apa yang dilihatnya, yang itulah ditegurnya. Namapun orang bukan Islam.... nak buat macamana ye tak?

Kami interview CikAbang jual air Jus Jambu Batu (Sedap gak airnya... dicampur dengan serbuk pencicah asam jambu batu sekali. first time cuba...) Kata CikAbang penjual air tu, Tambang untuk ke seberang hanya RM1 sahaja/orang termasuk kanak2. Di seberang sana tu le Taman Negaranya. Ada macam2. Kalau datang pagi seronok sikit nak ekplore. Ada jambatan gantung (RM5/orang). Macam2 lagilah. Dalam tu juga banyak perkampungan. Tak tanyalah pula kampung orang asli @ apa....

Kami sampai pun dah jam 2++ kalau awal, tak mustahil nak juga menyeberang. Anak2 bertuahpun sibuk nak naik bot. Aduhai, leh caya ke ni? kang ada yang menangis atas tu, payah dibuatnya. Takpe, kita tinjau2 dulu. Nanti sure kita datang balik dan ekplore. Tak gitu My Beloved Husband? eceh....

Layan gambar...



Memasing sibuk duk tengok bot

Nampak yang berbumbung macam rumah tu? Ha, itu adalah kedai2 makan dan juga jeti kepada sesiapa yang nak naik bot2 pendek untuk menyeberang ke Taman Negara. Kami singgah juga nak makan, tapi banyak lauk yang dah habis. Lain kalilah ye...

Banyaknya bot...

Seberang sana, hutan tu le Taman Negara nya


Nampak tak bot2 kat belakang tu?


Along yang kian 'COMEL' macam Mamanya


Bot Panjang




Antara kedai cenderamata yang kami masuk. Ninie grab Keychain & Fridge Magnet


Khalisah. Pic diambil oleh si Adik Qistina.


Wah moto besar sape ni. Plat pun lain dari Malaysia. Mesti orangnya kat Taman Negara sana tu. Mujur moto ni tinggi, Ninie nak naik duduk... Hubby cakap "haip! Jangan." (ala....)


Bye...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥