"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Khairina Kena Chicken Pox (Demam Campak)

30.07.2011 Sabtu

Lebih kurang jam 6.00petang,anak² bertuah seronok bermain basikal di luar rumah kecuali Ihsan yang sibuk menghadap PS. Agaknya disebabkan keseronokan bermain dan mula berpeluh², Khairina datang mengadu yang dia gatal². Ketika itu anak Mama ni sedang menggaru² leher.

Khairina - Mama saya gatal sangat ni. Kena gigit nyamuk
Mama - Meh Mama tengok.

Aduhai... pelik betul tengok kesan gigitan nyamuk yang dikatakan oleh Khairina tadi. Berbintik kecil dan ada air di dalamnya. Allahhuakbar, Mama agak ini bukan gatal² biasa. Khairina hulurkan jarinya yang kecil molek, ada sebiji lagi bintik berair di situ yang agak besar. Ditunjuknya pula bintik yang sama di peha kanan. Bintik tersebut telahpun pecah sebab digaru.Mama belek² seluruh badan Khairina, sah anak Mama sorang ni sakit mungkin. Mama agak mungkin terkena Virus/penyakit/ruam. Mama sendiri tak pasti. Tetapi memikirkan yang di kawasan ini sekarang musim kanak² demam campak/cengkering, Mama hanya mengagak Khairina dijangkiti penyakit yang sama.

Mama cuma pesan pada si comel Mama ni agar duduk diam² didalam rumah dan jangan garu apa² kalau gatal. Khairina seolah² faham dan akur dengan kata² Mama. Alhamdulillah, bagusnya anak Mama nih. Lepas mandi, Mama belek² lagi badan Khairina. Bintik² tersebut ada di jari hantu sebelah kiri, leher, belakang leher, peha, dan bila ditelek² lagi, ada beberapa biji kecil yang seakan² mahu keluar dibeberapa tempat.

Bila Mama surf, kebanyakkan demam campak, kanak² akan demam panas. Akan tetapi, Khairina tiada langsung demam. Cuma 2/3 hari lepas ada selesema sahaja. Begitu juga dengan Khalisah dan Qistina. Mama belek² Khalisah dan Qistina, Alhamdulillah, buat masa ni mereka berdua tiada tanda bintik² berair ni. Bukannya apa, Demam Campak ni kan berjangkit.



31 Julai 2011 (Ahad)

Hari badan Khairina agak suam² kuku, Mama bagi makan paracetamol. Keadaannya nampak lemah aja. Tak payah disuruh tidur, Khairina tidur sendiri di waktu siang. Kesian Mama tengokkan. Waktu Khairina tidur, Mama usap² kepalanya. Terasa bintik² berair di kepala Khairina. Ada dekat 5 biji. Aduhai anak... Maafkan Mama, Mama langsung tak perasan sebelum ni. Kesiannya anak Mama ni. Bangun tidur, Khairina minta sup. Katanya "Saya nak makan sup, biar cepat sihat". Mama turutkan kehendaknya. Berselera betul Khairina makan mungkin dengan harapan sakitnya cepat sembuh.

Bintik berair di kepala
Petangnya, nampak bintik² merah kecil dibeberapa tempat (telinga, badan, belakang badan, paha, lengan, muka, betis). Sebak hati Mama dibuatnya. Kesian tengok anak bertuah tu kena penyakit sebegitu.

Malam hari, bintik² kecil tersebut mulai keluar dengan air didalamnya. Khairina walaupun lemah tetapi agak aktif. Petang tadi waktu Kakak & Adiknya bermain, kalau ikutkan hatinya memang dia pun nak berlari keluar sama, beberapa kali juga Khairina sudah melangkah keluar pintu tetapi sempat ditegah oleh Mama. Pesan Mama, Khairina tak sihat, nanti dah sihat baru boleh main. Malam ini, Khairina tak mahu makan. Nak tidur katanya... Mama pujuk pun dia tak mahu. Tak ada seleralah tu agaknya. Memang awal tidurnya malam ni juga tanpa disuruh.

Muka Khairina mula naik bintik² merah kecil sebelum membesar dan berair

Alhamdulillah, Khairina masih lagi lena tidurnya
01 Ogos 2011 (Isnin) -Hari ketiga Khairina tak sihat

Mama off (juga tak sihat) hari ni nak bawa Khairina ke Poliklinik. Kakak dan Adik, Mama hantar ke rumah Nenek. Mereka bertanya juga mana Khairina. Mama sekadar mampu memujuk, Khairina tak sihat, nak bawa dia pergi jumpa doktor. Masing² mengangguk tanda faham. Hari ni lagipun Hubby cuti. Sekolahnya mengambil cuti awal Ramadhan, begitu juga dengan sekolah Along.

Jam 9.30pagi, Mama bawa Khairina ke Poliklinik. Sebelum ke sana, puas Mama pujuk dan nasihatkan Khairina supaya jangan takut bila sampai nanti. Sebabnya, Anak² girl Mama ni kalau kata nak ke klinik @ jumpa doktor, sure menangis punya. Khairina cuma mengangguk tanda faham tetapi mengalir juga air matanya. Sah takutlah ni.

Mujur di poliklinik tak ramai sangat orang pagi ni. Khairina memang ketakutan. Dipautnya Mama,Along tunggu diluar. Dilihat² tanda pada badan Khairina, Pembantu Perubatan (En. Afzan) tak boleh nak kat yang Khairina dilanda Demam Campak sebab jangka suhu badannya tidak menunjukkan Khairina demam (36 darjah). Afzan juga memberitahu, ada 3 kemungkinan :

1) Demam Campak, akan tetapi tak demam. Selalunya demam campak, suhu badan akan meningkat dan kian surut bila hamoir sembuh. Situasi ini yang menyebabkan penyakit ini boleh berjangkit. Kerana Demam.

2) Kemungkinan juga Demam Campak akan tetapi pengidapnya tak demam.

3) Mungkin juga alahan pada sesuatu seperti habuk @ makanan. So kena pastikan dia sentiasa bersih. Anak² Mama memang jarang sangat main kotor² ni. Tapi tak tahu juga, kanak².... belakang kita apa yang dimainnya kita tak tahu.

Menurutnya lagi, Demam Campak ni selalunya baik sendiri. Tak ada ubat khusus. Tapi Khairina dibekalkan dengan ubat selesema (sebab memang Selesema) dan juga krim untuk disapu di bintik² berair tersebut bagi mengelakkan gatal. Disarankan juga supaya meminum air kelapa untuk cepat sembuh. Mana tahu jika sesuai dengan Khairina.

Pagi ni sahaja, kian banyak bintik² berair tu muncul. Risau tengokkan keadaannya. Tapi Khairina 'cool' aja. Katanya tak sakit. Apa²pun, Alhamdulillah... mujur sememangnya kesemua nak² Mama mudah dijaga walaupun dilanda demam+batuk+selesema. Tak banyak sangat ragamnya. Kebanyakkan masa dihabiskan menghadap tv, kadangkala terlelap sendiri. Walaupun demam dan kurang makan, tetapi masing² aktif. Nak bermain aja kerjanya.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥