♥♥♥ Our Family ♥♥♥

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Followers

Tuesday, 18 September 2012

Kau Milikku (Mesin Jahit Brother NV-950)

29.05.2012 (Selasa)
Sambungan dari entry ini : (Klik SINI)

Dari Kuala Lumpur setelah selesai mencari segala keperluan komputer En. Hubby, Kami bergerak ke Centerpoint Bussiness Park .Kg Baru Hicom, Shah Alam. Perjalanan kami sepenuhnya berdasarkan Garmin Hubby... Teramat² membantu...

Sebelum ke Kuala Lumpur lagi, Ninie dah 'survey' tentang mesin jahit Brother ni. Akan tetapi, ejen yang dihubungi sentiasa mengatakan stok di tangan sudah habis. Jika mahu juga, perlukan deposit dan bila barang sampai, kami akan dihubungi kelak... Uwa... tak mau... lambat.... Hubby pula kata... cari yang ada 'ready stok'. Tak apa kalau terpaksa pergi ambil sendiri pun.

Kemudian tengok di laman MUDAH.... Alhamdulillah tertera pada penjual tu ada 'ready stok'. Kebetulan ada stok pada penjual tersebut namun di Shah Alam. Hubby bagi lampu hijau. "Tak apa, kita pergi sana"... katanya... Takkan Ninie nak cakap tidak bukan? Tersenyum riang lagi adalah... Thanks SAYANG.... Sebenarnya tempoh promosi dah tamat. Dari harga RM 3999 hanya RM 1999 tetapi sehingga 25.05.2012 sahaja. En. Kamani adalah seorang ejen mesin jahit dan kebetulan dia ambil stok banyak. Terlalu laris katanya... dan dia juga bagi harga promosi pada kami walaupun tempoh promosi telah tamat. Anda boleh klik SINI untuk terus ke akaun mudah En. Kamani.

Sebenarnya sudah lama Ninie nak sebuah mesin jahit. Sejak dari jenis Epal yang begitu popular sebelum ini. Namun melihatkan sekarang Brother yang begitu popular, dibantu pula Hubby yang rajin buat 'research' dan bagi lampu hijau... "So grab' cepat... sebelum Hubby berubah fikiran... ngeeee

*******************************************************************************
'Story Mory' Mesin Jahit Brother :

Entry ini sepenuhnya Ninie ambil dari SINI
Sumber : Baisuddin Mesin Jahit



MESIN JAHIT : BROTHER NV-950


Mesin jahit sulam brother NV950 merupakan mesin jahit mudah alih yang kecil dan mudah dikendalikan. Dengan ciri-ciri tambahan seperti skrin sentuh dan port USB, mesin ini menjadi pilihan surirumah, pelajar, sulaman t-shirt dan penggiat seni kraf tangan sulam. Dengan dilengkapi dwi-fungsi iaitu jahitan biasa dan sulam berkomputer, pada harga yang ditawarkan amat berpatutan.


Mesin ini juga dilengkapi dengan paparan antaramuka yang mudah dan senang dikendalikan iaitu paparan skrin sentuh. Cara memasukkan benang mesin jahit brother ini juga adalah sangat senang, hanya dengan mengikut susunan nombor sehingga selesai.

Mesin ini juga dilengkapi dengan alat memasukkan benang kedalam jarum dengan sekali tekan sahaja tanpa memegang benang. Mesin ini juga dilengkapi dengan lampu LED putih pada ruang jahitan bagi menyinari dan menerangkan kawasan jahitan bagi memudahkan anda melihat hasil jahitan dengan lebih jelas.

Mesin ini berlainan dengan mesin sulam brother NV-90E kerana mesin ini boleh jahit biasa dan juga membuat sulaman. Sebanyak 129 corak jahitan abstrak dapat anda jahit selain 10 pilihan corak lubang butang yang dijahit secara automatik. Anda juga boleh memilih samada untuk menjahit menggunakan pemijak kaki atau terus menggunakan butang mula/berhenti untuk memulakan jahitan.

Untuk menjahit sulam, anda perlu memasangkan attachment yang disediakan bersama mesin ini, iaitu bahagian sulaman. Anda hanya perlu menyorong masuk bahagian sulaman ke arah mesin, memasang tapak sulam, dan menggunakan ram sulam. Saiz ram sulam untuk mesin ini ialah 100x100mm. Mesin NV-950 ini dibekalkan dengan 70 corak sulaman, 6 jenis font, dan juga sehingga 10 jenis border tersedia di dalam mesin. Selain itu, mesin ini didatangkan juga dengan CD yang memuatkan 126 corak sulaman tambahan yang boleh anda sulam menggunakan mesin ini. Dengan menanggalkan bahagian sulaman, paparan LED terus bertukar kepada paparan untuk menjahit biasa.


Selain daripada itu, mesin ini juga dilengkapi dengan slot memori card & slot USB. Oleh itu, anda dapat memperlbagaikan corak jahitan sulaman dengan memasukkan kad memori yang boleh dibeli dari Brother. Dengan upgrade slot USB daripada USB jenis ‘B’ kepada UBS jenis ‘A’, anda boleh terus cucuk pendrive anda terus ke mesin untuk mendapatkan corak sulaman dari dalam pendrive tersebut. Untuk pengetahuan anda, mesin sulam Brother NV-90E menggunakan slot USB jenis ‘B”. Anda boleh rujuk Wikipedia tentang jenis USB ini.
Mesin ini juga dilengkapi dengan kotak aksesori yang kiut dan mudah diselanggarakan. Kotak ini dilengkapi dengan tempat letak tapak mesin yang dapat memudahkan anda memilih tapak yang dikehendaki dengan cepat dan betul. Jaminan mesin ini adalah selama 1 tahun dari tarih pembelian. Harga bagi mesin jahit sulam NV-950 adalah RM3,999.00.

Berikut merupakan gambar yang saya ambil untuk rujukan semua. Klik pada gambar untuk besarkan gambar.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 tanpa sebarang attachment.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan meja tambahan yang memang disediakan bersama mesin.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang sangat kiut yang dimuatkan pada mesin untuk tujuan penyimpanan.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang telah dibuka. Tapak aksesori yang banyak dan pelbagai lagi aksesori diberi percuma.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang telah dipasang attachment sulam.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang sedang beroperasi. Ram akan bergerak sendiri, dan anda hanya perju duduk goyang kaki je sambil tunggu sulaman siap.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan projek sulaman yang telah siap. Walaubagaimanapun, sulaman angry bird ini tidak didatangkan dengan mesin. Anda memerlukan software sulaman Brother iaitu PE-Design NEXT untuk pelbagaikan sulaman anda seperti ini. Sulaman seperti ini boleh anda pelbagaikan lagi dengan idea kreatif anda. Semoga berjaya.
Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan hasil jahitan yang sangat memuaskan. Sila klik pada gambar untuk gambar lebih jelas. Tag nama tu memang saya hasilkan dengan mesin jahit ini tanpa software, hanya gunakan gabungan font dan border yang disediakan didalam mesin. Saya boleh ajarkan cara membuat name tag sulam tersebut apabila mesin sulam pelbagai fungsi ni menjadi milik anda.
Nota Mama : Alhamdulillah... Thanks A Lot to My Hubby : MOHAMAD ADLI...

5 comments:

IRMA WIRDAYANTI said...

slm sis..nk tnya,mn nk dpt software PE Design Next tu ek??

Nurul Maisyarah said...

bestnya kalau pandai menjahit..... macam2 boleh buat terutamanya baju sendiri... i really admire those people yang pandai menjahit.

marzuki yahya said...

askum sis, mcm mn nka dapat software tu??..klu x keberatan bole syer maklumat, sy baru je belimesin nie msh byk perlu hendak di belajar..hrp2 sis dpt beri petunjuk yea..klu nk hubungi di fb bole..nama fb marzuki kua..bole kol..0135777309..tq..

yana aina said...

tak sabar nk memiliki mu nv950 .... hehehh

azirabakery said...

Mohon share ya...sy tgh nk explore machine ni...br bli n br blaja

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥