"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday 17 September 2012

Kami Bintik² - Mama, Adik & Along


13 Ogos 2011 - Sabtu

Darling jom kita balik Kuantan nak?
Soal Hubby tatkala Ninie baru je nak melabuhkan kepala di sisi anak2 bertuah yang telah dihambat tidur oleh Ninie sebentar tadi....

'Urm... Ok... tapi anak2 tengah tidur.. dalam pukul 4.00ptg? ok?..." balas Ninie.
"Ok...." Balas En. Hubby yang hensem dipandangan mataku ler... mata you all tak encem pun takpe... hu3....

Takpelah... kebetulan pula memang dah lama bebeno tak balik ke Tanjung Api, Kuantan rumah mertuaku ini. Lebih2 lagi di bulan Ramadhan ni memang sekalipun tak menjenguk mereka lagi. So apa salahnya kan?....

So kami bertolak +- jam 5.00ptg. Eceh... konon jam 4ptg janjinya tadi.... Sampai2 Kuantan dah tiba waktu berbuka puasa. ALhamdulillah... kenyang perut.... Malamnya... Kelihatan Adik sibuk menggaru2 leher. Gatal katanya. Sebiji gaya Khairina tempoh hari. Bila diamati betul2... terdapat bintik2 kecil yang berair.... Sah kompem Adik juga terkena Chicken Pox... Kesian dia... Asalnya si Adik ni dah pun demam sejak semalam... Asal cukup time nak makan ubat je... Sure badannya suam dan panas jika terlewat disuapkan ubat...

Tapi malamnya, walaupun badan Adik suam2. Dia tetap tuntut janji Ayahnya yang nak ke Teluk Chempedak bermain buih2 sabun @ Belon... Setakat ni, ianya umpama acara wajib dah kalau balik ke Kuantan. Malamnya mesti turun ke Pantai Teluk Cempedak bawa anak2 main buih sabun sambil lepak2 atas pasir menghadap laut malam... Kalau kena gayanya... angin bertiup sepoi2 bahasa... bestnya.... So... kami pun lepak2 di sana....

14 Ogos 2011- Ahad

Sesudah sahur.... Ninie pula tergaru2... Actually dah lebih kurang seminggu dah peel tergaru2 ni datang. Tapi takde apa2pun bila ditelek2. Maksud Ninie... Tiada pula bintik2 berair tu. Paling ketara gatal di kepala. Kelemumur kot fikir Ninie. Tapi nak dijadikan cerita... Pagi tu... sedap2 menggaru, bila ditengok... Uwa.... Ninie pun kena Chicken Pox... Tak sukanya.... 2 minggu lagi nak raya... Uwa....

Urm... kalau adik demam + selesema baru keluar bintik2 berair nih... Ninie langsung x demam pun. Cuma dalam seminggu ni rasa tak sedap badan je @ mudah sangat rasa letih. Lepas berbuka je pantang terbaring sikit, mesti terlelap punya. Tapi Hari Khamis baru ni kritikal sikit. Di susuli sakit kepala. Seawal jam 9.00mlm lagi Ninie dah masuk tidur. Mak mertua bila tahu kami berdua kena Chicken Pox.... dcepat2 dicarinya 'air tawar' dari rumah Mak Tok... Terima kasih Mak...

15 Ogos 2011 - Isnin

Bangun pagi... telek2, banyak dah bintik2 berair tu tumbuh dibadan Ninie dan juga sekitar muka. Aduhai... cepatnya lah... sedangkan Ninie tak la menggaru pun bila dah tahu kena Campak ni. tapi mungkin sebab sebelum ni sedap sangat menggaru agaknya... tu yang cepat merebak tu. Tapi hari ni Ninie ke Opis seperti biasa uruskan sedikit kerja yang belum selesai dan lepas tu terus ke Klinik untuk rawatan. kompem Doktor tak bagi masuk opis dah. Katanya ini penyakit berjangkit. So dia bagi MC dan pesan suruh datang lagi lepas 2hari mengikut prosedur kerajaanle. Mana boleh amik MC direct seminggu kan...

Qistina? urm... masa nak hantar ke rumah mak pagi tadi... terkejut bukan kepalang Ninie.... Adik pun cepat benar merebak bintik2 berair tersebut... penuh dibadan, tangan dan mukanya. Tapi si kecil ni memang tak boleh nak cakap apa. Tak makan saman. Dikata jangan garu... lagi sedap dia menggaru... "BIAR SAYALAH" jawabnya... anak2...


Along pula, sekembalinya dari sekolah kelihatan menggaru² juga. Bila dibelek² ada beberapa bintik berair di badannya. Sah² kena Demam Campak juga walaupun tak demam. Petangnya Hubby bawa ke Poliklinik untuk mendapatkan rawatan. So minggu ni Along pun tak ke sekolah juga la nampaknya.
16 Ogos 2011-Selasa

Hari ni baru menguji kesabaran Ninie untuk menggaru. Merenyam betul... sikit2 mesti Ninie nak mandi sebab bila mandi rasa segar je. Rasa gatal2pun hilang. Adik? urm tak makan saman. Lagi tambah sedap dia menggaru. Kalau bintik2 tu sepatutnya berair... kini langsung takde berair dah. Tinggal jadi kesan luka pulak. Yang peliknya, bila disuruh mandi, takde pula mengadu pedih @ sakit. Lain langsung dengan Khairina yang asyik merengek aja. Si Adik ni langsung macam tak sakit. senang kata jenis cool aja. Jangan kacau dia menggaru sudah. Itu je yang buat si kecil ni naik angin.

Ninie? Sakit kepala menjadi2 sebab bintik2 tersebut bayak di sekitar kepala. Berat sa ngat kepala ni. rasa macam tegang gitu. malam2 pula langsung takleh nak tidur. pusing sana sini serba tak kena.

Ihsan? Alhamdulillah... Along tak banyak sangat bintik2 berair di badannya. Kalau dilihat, orang tak perasan pun dia ni kena chicken pox. Tapi di sebabkan tak sihat... Ninie tahan juga tak bagi pergi ke sekolah. Kesian kang kawan2nya dijangkiti.... Ihsan demam sekejap je pagi tadi. Tetapi tetap berpuasa hingga hari ini tanpa tinggal walaupun seharipun lagi. Alhamdulillah...

Khalisah dan Khairina Mak Ninie yang jaga. Memang Ninie tak larat nak control tiga2 si kecil ni kalau semuanya ada ditambah bila tak sihat ni. Lagipun mereka berdua ni bersekolah. Khalisah je setakat ini yang masih belum dijangkiti.

20 Ogos 2011-Sabtu
Walaupun belum sihat sepenuhnya... tapi bila Hubby ajak jalan2 ke Jerantut... cepat je... Jom.... hu3.... So layan pic kami ni erk... En Hubby geleng2 kepala nengokkan peel wifenya ni yang tak habis2 bergambo bio pun muka dah tak berapa nak comel. Takpelah kan Bang. Janji Happy... wink3

Adik & Mama... see kami bintik2 kan...


Adik & Along... Campak Along tak begitu ketara berbanding Adik

Tengok wajah Along takde sangat pun bintik2... Makin Bam Bam ada la...

Adik senantiasa Happy & suka nyakat Mama, Ayah & Along sebab Khalisah & Khairina takde

Peace...

Menung apa tu nak oii
Nota Mama : Risaukan si Kakak @ Khailisah yang masih belum dijangkiti Chicken Pox. Mudah-mudahan tak la kena waktu Hari Raya nanti.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Kesudian Anda Berkunjung Di Sini ♥