"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 25 October 2012

Hari Sukan Sekolah Along (Ihsan)

21.10.2012 (Ahad)

Pagi² lagi Along dah bersemangat nak ke sekolah. Jam 7.00pagi dah ajak gerak. Haish...awal bebeno. Bila ditanya masuk acara tarik tali aja pun hari ni. Hari sebelumnya masuk lontar peluru dan dapat no. 1. Tahniah.. Hari ni Along semangat nak tarik tali dengan kasut baru. Nak pacak atas tanah kasut tu katanya. Mana²lah Along....

Anak lelaki Mama yang seorang...


Jam 12.30tghari, Ayah, Mama dan Adik² ke sekolah Along... Tujuannya nak ambil Along sebab nak keluar Temerloh hari ini. Bila sampai je kat padang sekolah, terdengar pengumuman panggilan untuk acara tarik tali akhir antara rumah kuning dan  rumah hijau. Setahu Mama, Along rumah Kuning. Mendengarkan itu, Mama patah balik ke dalam kereta sebab nak capai kamera. Along agak terkejut bila lihat kami semua ada. Adik semangat sungguh menjerit Alongnya... Gambar Along semasa tarik tali. Tarik jangan tak tarik... See.. kasut baru yang Mama beli di kakinya tu...


Puusingan pertama tadi rumah kuning menang. Pusingan kedua pulak... tukar tempat....








Kegembiraan terserlah sebab kompem juara bagi acara tarik tali...



Dihadapan khemah rumah sukannya... Rumah Kuning....

3 Sahabat baik. Kata Along 4orang sebenarnya... Tapi seorang lagi entah ke mana.
Dari kiri : FUAD, HAKIM, ALONG (IHSAN)..
*Hik3.. besarnya anak Mama ni...

 Nota Mama : Biarpun badan besar/gemuk...janji bersukan ye sayang... dan tak sakit.... maksudnya...senantiasa sihat....