"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 7 November 2012

Hari Raya AidilAdha 1433H

25.10.2012 (Khamis)

Ninie kerja lagi hari ni. Anak² bertuah & Abang dah mula cuti sekolah. Along dah tak sabar² nak balik Kuantan sebab dah bagitau awal² yang nak berhari raya di Kuantan. Ingatkan hari ni dapatlah kerja separuh hari je macam hari raya puasa tempoh hari. Wakakaka.......... tak rupanya...... Ninie kerja half day juga untuk hari ini. Minta permission dari bos yang ada. Alhamdulillah... memahami. Thanks...

So jam 1.30ptg, Ninie bergerak pulang. Walalalawei... banyak lagi perkara nak dibuat. Malam tadi dah mengemas pakaian dan rumah sikit². Tadi masa kat office, Ninie sempat lagi buat check list takut² ada perkara yang terlupa @ tertinggal. Parah dibuatnya. Tambahan pula kata Abang balik Kuantan hingga hari Ahad.

Tahu² kami bergerak jam 7.30petang selepas solat Maghrib. Sampai Kuantan jam 10++. Perut lapar bukan main lagi.. Abang terus ke dapur cari makanan... Dah habis rupanya... Takpe... Jom kita cari makan kat luar... Urm... Ada ke??? Tak cuba tak tahu kan. Abang nak makan roti nan. Memang kegemarannya. Abang memandu terus ke Restoran Taj berhadapan dengan Megamall.... Wah! ramai yang lapar malam ni rupanya... penuh...siap ada yang menunggu lagi.. Aduiya... macamana ni... nampak gayanya lama nak kena tunggu. "Jom kita cari tempat lain" Kata Abang...

Baru je masuk kereta dan belumpun kereta dihidupkan, Ninie lihat Restoran Alif disebelahnya ada tempat kosong. Alang² dah sampai... kami mencuba di sini walau pada hakikatnya memang tak pernah makan disini. First time.... Makanan agak lambat sampai memandangkan orang memang ramai.... Almaklumlah esok kan raya. Sah² yang gerai/kedai/restoran banyak yang tutup... Kata Abang, ayam tandoori kat kedai taj lagi sedap berbanding di sini.... Ninie? Macam biasa, mee goreng mamak aja.... Anak² cuma nak roti canai dan air milo sahaja.Dah kenyang... Jom kita pulang + tidur...Esok raya....

***********************************************************************
26.10.2012 (Jumaat)

Hari raya kami biasa² sahaja. Meriah lagi Hari Raya puasa rasanya. Anak² bertuah dan sepupunya sibuk dengan ipad. Tambahan pula hari ni hari Jumaat, nak berjalan²pun rasa tak selesa. Cuma ke rumah Mak Tok sahaja... Sedikit gambar yang ada. Mama pun takde mood nak berposing hari ni...