29.09.2012 Sabtu
Kami sekeluarga ke Jerantut sebab Abang nak beli alat ganti keretanya yang masih belum cukup. Semasa dalam perjalanan, Tiba² si Kakak beritahu yang dia nak muntah. Apalagi, Abang cepat² berhenti ke tepi jalan sebab takut nanti Kakak muntah dalam kereta.
Elok je berhenti, terus Mama dukung Kakak keluar.. Urm.. angin agaknya... Mama picit² dan urut dada Kakak, tapi tiada muntah yang keluar. Agaknya dia rasa loya. Selesai... Kami dua beranak masuk kembali ke dalam kereta... baru je kereta naik atas jalan, bergerak tak sampaipun 10meter bunyi sesuatu yang agak pelik... Abang berhenti memandu kejap. Lepas tu bergerak perlahan kembali. Bunyi itu masih aa. Sah ada yang tak kena. Berhentikan kereta... tengok² tayar yang sama masa Ninie drive hari tu kempis terus! tiada angin langsung.
Abang undurkan kereta ke tempat yang lebih selamat agar memudahkan urusan nak tukar tayar kereta dan juga keselamatan anak²... "Inilah pertama kali bagi Abang tukar tayar kereta tepi jalan"... ujar Abang... Ooo.. sebelum² ni bukannya tak pernah tukar tayar sendiri, tapi sebelum ni kena pun memang betul² di rumah...
Sekitar gambar sewaktu menukar tayar kereta disamping gelagat anak² yang menunggu... Macam² perangai anak² bertuah ni...
11.10.2012 (Khamis)
Kami berdua keluar Jerantut... Kali ini sempat nak tampal tayar kereta... Ha..inilah saiz paku yang menusuk ke tayar kereta kami seperti entry di atas. Kepala paku yang terbenam dahulu. Musykil juga ni... Lokasi : Kedai tayar Dunlop belakang Petronas Bandar Jerantut.