18.10.2012 (Khamis)
Malamnya sedang duk rehat² diruang tamu rumah melayan cerita kartun kegemaran anak² kecil bertuah ni, Along tiba² bersuara meminta kasut bola untuk dipakai ketika hari sukan sekolahnya Ahad ini. Ok jawab Mama..Tapi tak janji sebab takut tak ada saiz....
19.10.2012 (Jumaat)
Hari ni waktu rehat Mama bekerja sebab nak keluar awal hari ini.... Tapi jam2.30ptg, tiba² Mama teringatkan yang Along nak kasut bola. Nak tak nak, Mama keluar sekejap. Syukur Alhamdulillah... Ada saiz kaki Along. Tapi tak ada pilihan sebab hanya ini sahaja satu² kasut bersaiz 39. Nak tak nak Mama belikan juga. Biar ada dari langsung tiada! Harapan Mama Along suka. Harganya tak usah nak kata. Kasut Mama pun tak ada harga sebegini. Tak apalah... Anak punya pasal. Just support...
Tengok harganya tu... minta kurang puntak boleh... Harga tetap katanya... haish....
Ori ke tak, Mama tak tahu... Caiyok,caiyok...
20.10.2012 (Sabtu)
Mama tanya Along suka @ tidak.. Alhamdulillah...dia suka. Malam tadi nak tunjuk tak boleh sebab masa Mama balik, Along dah tidur. Lagipun Mama, Ayah dan adik² sampai lambat... Jam 2.00pagi.