07.10.2012 (Ahad)
"Cepat² bangun...mandi..kata nak pergi jalan²... " ujar si Ayah
*Masing² dalam mood liat dan malas nak bangun termasuklah Mama. nak tak nak kena bangun juga, tidak karang membebel pula si Ayah.
Malam tadi lebih kurang jam 3.00pagi, Adik tiba² bangun dari tidur membebel yang dia kepanasan. Hubby kejut Ninie, Ya Allah.. badan Adik panas sungguh! Adik demam! ni mesti disebabkan kesejukan melampau akibat hujan di Genting petang semalam. Adik menggigil² kesejukan sebab tak bawa baju sejuk. Mujur Mama bawa ubat... Mama suruh Adik makan ubat dan tidur dengan Mama. Adik asyik mengadu panas. Mama tepuk² Adik, dalam 1/2 jam, badan Adik dedar ke arah sejuk dan Adik kembali tidur. Bangun pagi hari ini, Alhamdulillah... badan Adik dah sejuk dan Adik cakap yang dia tak demam dah. Tapi Mama suapkan ubat juga pada Adik dan Kakak sebab risau demam tu kembali lagi.
Jam 9.15pagi, kami check out. Terus menuju ke destinasi... Pusat Sains Negara. Kuala Lumpur. Juga berpandukan pada Garmin.Lebih kurang jam 11.15pagi, kami sampai ke destinasi. Malu bertanya sesat jalan. Abang parking dahulu di pintu gerbang dan bertanya pada pengawal yang ada. Alhamdulillah, kereta boleh parking di atas... seingat Mama, masa Mama ikut rombongan sekolah menengah tahun 1998 dulu (form 4), kami kena berjalan dari bawah ni ke atas. Pergh.... Pengawal juga menyarankan agar kami beli tiket diatas, Dinosaurs Live yang ada di Pusat Sains Negara ni, harga tiket dah dikombinekan sekali dengan harga tiket untuk masuk ke PSN, tapi beli dalam PSN. Thanks kepada dua orang pengawal yang cukup mesra...
Jom masuk ke PSN... lepas letak kereta, kami anak beranak masuk ke PSN dengan bayaran tiket Dewasa = RM15 & Kanak² berumur 4tahun ke atas = RM6. So total = RM54. Untuk yang membawa kamera, kena tambah lagi RM3 untuk kamera itu ye...
Sebelum masuk, ada satu kolam kecil yang tertera "Boleh sentuh" bukan "tidak boleh disentuh" ye... Jadi silalah celupkan tangan anda ke dalam kolam tersebut. Sebenarnya dalam kolam ni ada ikan² kecil. Menurut staf PSN, ikan² kecil tersebut akan menggigit tangan kita. Tak sakitpun sebab Mama sendiri pun dah cuba. Cuma rasa geli² sikit aja. Jom masuk dan layan gambar kami di sini :
Kemudian kami bergerak ke tingkat 1 sebab nak tengok DINOSAURS LIVE. Masuk jangan tak masuk. Anak² bertuah Mama yang seramai 4orang ni bukan main lagi tak sabar² nak tengok DINO. Ok, tak ada masalah...Jom kita masuk ye sayang...
Tapi, masalah bermula bilamana dah sampai di pintu masuk dan tiket dahpun dihulurkan. Khairina tiba² menjerit tak nak masuk dan siap berlari ke luar. Ah sudah anak bertuah sorang ni. Along cool aja sebab dah besar. Kakak dan Adik muka kedua²nya nampak asidikit takut dan riak wajah control nangis terserlah. Khairina, Mama kejar dan dukung beri pada Ayah... Khairina dah mula menjerit dan menangis. Memang sah anak bertuah ni nak kena cubit. Sebenarnya masa kat pintu masuk ni, belum nampak pun lagi DINO nya. Akan tetapi, suara DINO sudah kedengaran. Entah apa yang dibayangkan oleh anak² Mama ni hingga ketakutan.Kami semua masuk, Khairina didukung oleh Ayahnya.
Khairina masih lagi menangis apalagi bila melihat DINO yang sememangnya besar bila mula² masuk."Nak balik...tak nak tengok dinasour..." teriaknya.. Aduhai anak.. mencabar kesabaran sungguh. Dari Ayah yang dukung, Mama pula yang dukung. Tapi Mama tak boleh nak dukung lama. Khairina berat sangat. Al maklumlah dah 6tahun.... Mama dukung hampir 1/2jam juga. Kemudian Mama cuba 'slow talk', tapi Khairina tak mahu dengar. Dapat jugalah satu cubitan di peha dan hampir² je nak kena tampo... geram sungguh dibuatnya. Nak² pula waktu didukung tu, Ayah nak ambil gambar Mama dan anak² lain dengan DINO, Khairina menolak dengan kakinya pada pagar. Nak tersadung Mama dibuatnya. Aduhai anak... Setelah puas dipujuk bagai.. barulah Khairina nak berjalan walaupun masih takut dan asyik memegang Mama. Cuma tangisannya dah reda sedikit. Kakak kelihatannya kesejukan. Badan Kakak dedar lagi... Adik, Mood Happy aja bila bergambar... Along... dah besar... tiada masalah...
Sampai dihujung, ada tempat untuk bergambar. Bila ditanya, RM10, bagi Mama harga itu agak berbaloi. Ayah pula ok aja... ikut Mama je.. So kami bergambar kenangan di sini bersam DINO. Cantik tak gambar kat bawah ni? Mama chubby nya..wakakaka...
Lepas keluar dari tempat DINO, masih ada tempat di aras 1 ni yang boleh diteroka.. Layan...
Lepas tengok DINO, Mama dan Ayah lepak² atas kerusi jap dan teroka apa yang patut. Anak² sibuk nak bermain di taman permainan yang ada didalam PSN ni. Layankan aja. Sambil melepak² menunggu si anak² bertuah bermain, Mama menelek² pamplet yang diberi oleh staf PSN. Owh ada taman THE SCIENCE WONDERLAND di luar... siap ada pool untuk kanak². "Kejap lagi kita pergi" ujar Abang.
Aduhai... Dah tengahari... perut lapar ni.Tadi pagi langsung tak makan apa². Kami bergerak keluar dan menuju ke Cafe yang ada. Harganya boleh tahan, tidaklah terlalu mahal dan tidaklah terlalu murah. Jom kita makan dan minum dulu.. Kemudian ke THE SCIENCE WONDERLAND...
Siap makan, Mama singgah ke kedai cenderahati sekejap. Mama mesti beli keychain buat kenang²an. Along pun turut sama sibuk membeli keychain juga. Jom bergerak ke THE SCIENCE WONDERLAND. Banyak taman² disini (berpandukan pamplet). Rujuk gambar dibawah sekali entri ini. Tapi anak² terarah pada kolam nun dibawah sana. Lebih² lagi melihat kepada keadaan yang ada kanak² bermain di kolam tersebut. Permainan yang ada langsung tak dihiraukan. "Mama, Ayah... kami nak mandi kolam" hanya itu aja ayat yang keluar dari bibir mereka.
Mama & Ayah arahkan Along bawa adik² ke kolam tersebut terlebih dahulu sementara Mama dan Ayah pergi ambil beg pakaian di atas (tempat letak kereta). Syaratnya, jangan mandi sehingga Mama & Ayah sampai. Pergh... penat + semput dibuatnya nak memanjat keatas sana... Dah ambil, nak turun tu laju aja... Alhamdulillah... si anak² bertuah mendengar kata. Mereka menunggu di kerusi di sebatang pokok dan tidak menuju ke kolam. Siap salin baju... Apalagi..."Mama, Ayah...kami pergi mandi ye..." nada yang dah tak sabar²... Ok...."Along, tengok²kan Adik² tu" Pesan Ayah sepertimana kebiasaaanya.
Dari bawah pokok, Mama & Ayah menuju ke arah kerusi yang berhampiran kolam. Walaupun ada bumbung, namun bahang panas tetap terasa. Mungkin kerana batu yang digunakan untuk kerusi ni bewarna hitam. Angin sepoi² bahasa pun tiada. Aduhai...panasnya... Anak² bukan main lagi seronok bermandi manda di dalam kolam. Sesekali Mama baringkan diri kekononnya nak tidur... Nak tidur apanya dengan bahang mentari terasa menyengat kat badan ni...Layan gambar....
Jam dah 3.00petang... Anak² bila diajak naik, masih membentak nak mandi lagi. Habis bertukar warna kulit tu disebabkan cahaya matahari. bagi lagi masa dalam 1/2jam. Jam 3.30petang, semuanya disuruh naik dan tukar pakaian. Selepas ini nak ke Putrajaya. Tambahan pula Adik pernah cakap nak pergi Masjid Merah bila lihat gambar Mama, Ayah & Along dalam kamera. Ha..Jom kita pergi ye...
Jom kita pulang.... Masa turun tu, sempat juga berhenti kat pintu gerbang PSN... bergambar kejap...
Pamplet dari PSN yang Mama scan :
Nota Mama : Happy bila lihat anak² happy...