"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 3 October 2012

Jalan² Negeri Johor (Part 2)

23.09.2012 Ahad

Hari Kedua di JB... Bestnya tidur setelah berjam² di dalam kereta semalam... Along bila dikejutkan, boleh jawab... belum siang lagi. Sedangkan jam dahpun pukul 10.00pagi. Nak kena simbah dengan air si debab ni. Abang ada janji nak jumpa rakannya jam 11.00pagi nanti. So kami terus check out...


Inilah nama hotel yang kami menginap. WF Hotel. Disyorkan oleh rakan Hubby. RM88 untuk satu katil Queen. Tapi malam tadi malam minggu... +RM10 ye... so jadinya RM98....


Jam 11.15pagi. Lee rakan Hubby sampai dan bawa kami ke gerai berhampiran untuk bersarapan.... Dibawah, menu Ninie. Soto... nyum²...

Ha... Sama macam di Putrajaya.... Rujuk entry di SINI.
Kalau dah berjumpa dengan geng kembara.. alamatnya... story mory tak habis²... Banyak perkara yang dikongsikan bersama dan Lee sungguh friendly. Lee adalah seorang yang berbangsa cina dan turut serta semasa ekspedisi ke Sungai Lembing, Kuantan, Pahang tempoh hari. Rujuk entry di SINI.... Inilah sebenarnya tujuan kami ke JB. Berurusan dengan Lee... urusan apa? last entry nanti Ninie ceritakan. Dari berkenal² di Sungai Lembing... bersambung di FB dan kini bertemu di sini...




Masa ini lokasinya di rumah Lee. Lee seorang yang sungguh mesra walaupun tak berapa nak fasih berbahasa melayu.Tak lokek dengan ilmu. Hubby tekun mendengar dan bertanya. Kami? lepak² ajalah...

Bergambar kenangan sebelum bergerak ke tempat lain. Moga² kita bertemu lagi...

Jom kita mamam tengahari dulu... Pusing² ternampak Restoran Osman.. Kedai mamak rupanya...

Kami teruskan perjalanan. Tujuan? Bergambar kenang²an...


Lokasi : Masjid Sultan Abu Bakar. Berhampiran dengan Zoo johor Bharu... Bersolat dan bergambar di sini... Cantik kawasannya... Menghadap ke Laut... Angin pun sepoi² bahasa...






Lokasi : Danga Bay...





Lokasi : LEGOLAND... Tapi, bergambar di luar sahaja. Kami tiba disini pun dah jam 7.00petang. Berbaloi ke nak masuk? Bergambar ajalah... Sekurang²nya pernah sampai... Masuk bermain je belum... Bila yerk... Tiketnya mahal sangat... kena fikir 100kali rasanya.


Jom teruskan perjalanan... Ke mana? bersambung di entry berikutnya...