03.11.2012 (Sabtu)
Hari ini hari sukan sekolah anak² girl Mama yang 3 orang ni. KHALISAH BATRISYIA, KHAIRINA BASIRAH & AQILAH QISTINA. Macam kebiasaannya Ibu Bapa akan sama² turut meringankan tulang menolong apa yang patut... Mama & Ayah ambil posisi tak menyokong mana² rumah sebab semuanya anak² Mama... Anak² Mama semuanya warna rumah sukan yang berlainan.Jom layan gambar ye... :
KHALISAH - Rumah Hijau
Khairina - Rumah Merah
Qistina - Rumah Biru
Ayah menolong menyediakan ruang untuk anak² PASTI AL AMIN, Lepar Utara ini bersukaneka...
Anak² dengan rakan sepermainan mereka...
Adik sibuk nak bergambar dengan si comel ni (Maisarah)..." Baby ni cantiklah Mama"....katanya...
Dah jom beratur..kejap lagi nak main..
Baca doa & nyanyi dulu....
Jom kita main....Acara susun tin. Kumpulan Hijau dapat no. 2 (Kakak)
Junjung buku... Kakak dapat no. 1.. Khairina, bukunya jatuh terus give up....
Bawa bola dalam gelung.. semua dapat nombor.. Mama lupa...
Acara lumba lari 6tahun...Anak² Mama tak menang
Tiup belon...Adik dapat nombor 3. Kesian si Kakak yang nampak sungguh berusaha nak tiup belon liat tersebut.Merah mukanya...
Khairina...tiup belon tapi sibuk melihat rakan sebelah...
Bawa bola pingpong dalam sudu... Kumpulan Kakak (hijau) dapat no. 1
Mama pun nak main juga. Raut lidi... (tak menang pun)...
Along dengan acara pancing botol. Tempat Kedua.
Ayah dengan acara pancing ikan. Sama macam Mama...kalah...Tak terpancing² ikan tu...
Anak² bertuah dengan gula² masing²... Khairina kepenatan... Tambahan pula tak berapa sihat...
Yang pasti... semua acara berkumpulan... anak² Mama bawa pulang hadiah... purata dapat kedudukan 1 hingga 3. Khairina pula tak sihat dari semalam. Mula dapat selesema... Tetap juga bermain walaupun tak ceria.
KHALISAH - Memang minat bersukan dan sentiasa bersemangat. Tak suruhpun kalau boleh nak main juga...
KHAIRINA - Ala kadar sahaja dan mudah berputus asa. Tak suka dipaksa...
AQILAH - Semangat lebih... Tapi kurang berusaha... Sentiasa ceria...
Bersambung......