11.11.2012 (Ahad)
Bangun pagi, pergi Jeti di Tanjung Api untuk mencari ikan segar... Kali ni beli 4kg... Hari ini perancangannya ekspedisi ke Jerangkang Waterfall, Maran, Pahang bersama ahli Kelab Kembara Pantai Timur... Jam 10.00pagi, bertolak dari rumah MIL... Kami sampai di kawasan selekoh Hutan Lipur Jerangkang lebih kurang jam 11.00pagi. Berhenti minum di Restoran/Gerai Syafiqah sebentar sambil bertanyakan laluan pada pekedai. Alhamdulillah... mesra orangnya...
Perjalanan kami diteruskan pada jam 11.25pagi dan tiba di destinasi pada jam 12.15tghari... dan sewaktu kami sampai, hujan mulai turun. Aduhai... Hajat nak menapak ke atas menuju ke kawasan air terjun yang dikatakan cantik serta bertingkat dimatikan sahaja memandangkan tak sesuai rasanya bersama anak² kecil ni. Mungkin lain kali.Kami ambil port di baahagian bawah sahaja yang mana terdapat dewan makan, dewan memasak dan beberapa Gazebo serta tandas disini. Layan gambar :
Di sini ada Gazebo, Ada tempat untuk makan, tempat memasak, tandas dll (Dll tu sebab sekali lihat keliling kelihatannya macam² ada. Tapi kurang pasti sebab Ninie tak pergi ronda satu kawasan ni.) Kelihatannya amat sesuai jika nak berkhemah sekali pun. Ha, gambar kat bawah ni tempat untuk memasak. Siap ada tempat nak membakar lagi... Tapi arang dan jaring besi @ BRC jangan lupa bawa ye...
Sebenarnya gambar kat bawah ni kawasan tempat makan. Tapi Najib & wifenya Aida memasak di sini memandangkan kawasan ni bersih sikit berbanding tempat memasak. Aida memasak menggunakan 'portable gas'. Makan tengahari kami hari ini : Nasi putih + sardin + telur goreng + ikan bakar (cicah air asam/sambal kicap)
Hubby melayan anak² bertuah mandi sungai. Tak sabar² nak mandi siap menggigil² kesejukan. Airnya tak usah nak cakaplah. Kompem sejuk! Kami mandi di bahagian bawah ini sahaja yang mana kawasannya landai dan berpasir cukup sesuai buat anak². Cuma senantiasa berpesan jangan bermain di kawasan air terjun itu sahaja.
Sebab dah menggigil, si gegurl membuat istana pasir pula. Sesekali anak² girl bertuah ni naik ke atas berjemur dengan cahaya matahari untuk hilangkan rasa sejuk.
Lepas makan, Mama pun turun sekali berendam...Aduhai, sejuk giler air. Macamanalah anak² bertuah ni boleh bertahan. mama baru masuk 5minit pun dah menggigil kesejukan.Mujur Along rajin melayan adik²nya mandi sungai...
Dah puas mandi, naik salin baju... Ambil gambar kenang²an dahulu.... Adik nampak Mama capai kamera terus dikejarnya nak bergambar juga....
Both of us....
Bersambung....