"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 29 November 2012

Kami Di Bandar Jerantut (Part 3)

24.11.2012 (Sabtu) 

Abang pagi² lagi dah ke PPD untuk menghadiri kursus. Anak² pula sibuk bangun awal pagi sebab dah janji nak mandi kolam lagi hari ni sementara nak check out hari ni. Hari ni mandi siap ada pelampung pula. Bukan main bertambah seronoknya.... Mama, cuma ambil mood memantau sahaja... Layan.... 




Kakak tak ada pelampung sebab nak beli malam tadi dia berkeras tak nak. "Saya nak berenang sendiri" katanya. Sudahnya sibuk pula nak pinjam pelampung si adik². Urm... tidaknya lah si adik² tu nak bagi. Bagi pinjam sekejap sahaja, tak sampaipun 5minit dah minta balik... Tak apalah ye Kakak... Nanti Mama belikan satu untuk Kakak ye...






Jam 12.15tghari, Mama kerah si anak² bertuah naik ke bilik... Nanti Ayah balik nak check out, masih tak siap lagi... membebel pula si Ayah nanti. Anak² tetap naik walaupun memberontak nak mandi lagi... Lain kali ye....

Lets check out....


Kolam renang kat sini siap boleh park kereta kat tepi kolam lagi...

Ada beberapa ekor patung Dino di sini...

Abang naik kereta kancil. Ninie bawa kereta kembara.

Sementara menunggu Abang habis program sehingga petang. Mama dan anak² rehat² di Masjid Tengku Mahkota Abdullah terlebih dahulu... Siap paksa anak² bertuah ni tidur sebab nak kena menunggu hingga jam 5.00ptg. Dibuatnya mereka puas karang. Riuh dalm masjid ni dibuatnya... Mujur masing² mendengar kata....

Jam 5.00ptg, selesai solat Asar, Ninie memandu ke PPD Jerantut bertemu Abang... Dari sini kami melalui lebuhraya meluncur terus ke Kuantan....

Alhamdulillah... perjalanan kami berjalan dengan lancar... dengan 2biji kereta (kancil & kembara). Kami tiba lebih kurang jam 9.00malam.... Aduhai letihnya bawa kereta ni... Mood tidur....