"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 25 October 2012

Hari Sukan Sekolah Along (Ihsan)

21.10.2012 (Ahad)

Pagi² lagi Along dah bersemangat nak ke sekolah. Jam 7.00pagi dah ajak gerak. Haish...awal bebeno. Bila ditanya masuk acara tarik tali aja pun hari ni. Hari sebelumnya masuk lontar peluru dan dapat no. 1. Tahniah.. Hari ni Along semangat nak tarik tali dengan kasut baru. Nak pacak atas tanah kasut tu katanya. Mana²lah Along....

Anak lelaki Mama yang seorang...


Jam 12.30tghari, Ayah, Mama dan Adik² ke sekolah Along... Tujuannya nak ambil Along sebab nak keluar Temerloh hari ini. Bila sampai je kat padang sekolah, terdengar pengumuman panggilan untuk acara tarik tali akhir antara rumah kuning dan  rumah hijau. Setahu Mama, Along rumah Kuning. Mendengarkan itu, Mama patah balik ke dalam kereta sebab nak capai kamera. Along agak terkejut bila lihat kami semua ada. Adik semangat sungguh menjerit Alongnya... Gambar Along semasa tarik tali. Tarik jangan tak tarik... See.. kasut baru yang Mama beli di kakinya tu...


Puusingan pertama tadi rumah kuning menang. Pusingan kedua pulak... tukar tempat....








Kegembiraan terserlah sebab kompem juara bagi acara tarik tali...



Dihadapan khemah rumah sukannya... Rumah Kuning....

3 Sahabat baik. Kata Along 4orang sebenarnya... Tapi seorang lagi entah ke mana.
Dari kiri : FUAD, HAKIM, ALONG (IHSAN)..
*Hik3.. besarnya anak Mama ni...

 Nota Mama : Biarpun badan besar/gemuk...janji bersukan ye sayang... dan tak sakit.... maksudnya...senantiasa sihat.... 

Kasut Bola Buat Along

18.10.2012 (Khamis)

Malamnya sedang duk rehat² diruang tamu rumah melayan cerita kartun kegemaran anak² kecil bertuah ni, Along tiba² bersuara meminta kasut bola untuk dipakai ketika hari sukan sekolahnya Ahad ini. Ok jawab Mama..Tapi tak janji sebab takut tak ada saiz....

19.10.2012 (Jumaat)

Hari ni waktu rehat Mama bekerja sebab nak keluar awal hari ini.... Tapi jam2.30ptg, tiba² Mama teringatkan yang Along nak kasut bola. Nak tak nak, Mama keluar sekejap. Syukur Alhamdulillah... Ada saiz kaki Along. Tapi tak ada pilihan sebab hanya ini sahaja satu² kasut bersaiz 39. Nak tak nak Mama belikan juga. Biar ada dari langsung tiada! Harapan Mama Along suka. Harganya tak usah nak kata. Kasut Mama pun tak ada harga sebegini. Tak apalah... Anak punya pasal. Just support...



Tengok harganya tu... minta kurang puntak boleh... Harga tetap katanya... haish....
Ori ke tak, Mama tak tahu... Caiyok,caiyok...

20.10.2012 (Sabtu)

Mama tanya Along suka @ tidak.. Alhamdulillah...dia suka. Malam tadi nak tunjuk tak boleh sebab masa Mama balik, Along dah tidur. Lagipun Mama, Ayah dan adik² sampai lambat... Jam 2.00pagi.

Jalan² Bukit Mahkota, Bangi, Selangor

19.10.2012 (Jumaat)

Masa di opis, Abang call cerita nak ke Bangi... Tujuannya... Nak beli body kit hadapan L2 telur untuk kereta kancil.... Haish...nampaknya berjalan lagi la.... Jom... Hari ni waktu rehat Ninie kerja sebab nak cover jam keluar petang nanti...hu3.... Keluar opis awal ler....

Abang sampai dengan anak² girl jam 3.30petang... Along tak ikut disebabkan masih ada peperiksaan di sekolah agamanya.... Mujur Along memahami... Perjalanan kami jika diikutkan garmin sepatutnya sampai pada jam 6.30petang. Tetapi disebabkan jalan 'jem' teruk hampir 2jam berikutan pasukan Red Warrior, penyokong bola sepak negeri Kelantan yang nak ke Shah Alam..... Almaklumlah esok perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan vs ATM.

Kami sampai jam 8.30malam. Giler betul perjalanan hari ini... terpampang bendera kelantan di kenderaan yang menuju ke Shah Alam.... ditambah pula dengan keadaan yang hujan. Anak² bertuah mula tak duduk diam. Diam pun setelah dipasang movie khurafat... barulah senyap....

Lokasi item... Bukit Mahkota, Bangi, Selangor

Suasana perjalanan kami siang tadi yang jem hampir 2jam...


Macam biasa, on the way balik ke rumah, kami singgah makan di Sate Kajang, Haji Samuri. Kali ini tertarik hati nak beli VCD untuk dipasang di dalam kereta agar anak² duk diam² yang dijual di kaki lima. Aiyark cetak rompak ni.... Mama beli BoiBoiBoy dengan cerita Hantu kapcai. Hu3..memang diam pun..sebab asyik melihat VCD tu... berbaloi rasanya...

Wednesday, 24 October 2012

Jalan² : Kuantan River Cruise

14.10.2012 (Ahad)

Lepas bangun tidur dan santai² mengadap TV, Abang suruh bersiap². Ajak sarapan kat luar dengan rakannya... Si Adik jenuh dikejut supaya bangun. Liat sungguh si kecil sorang ni. Anak² yang lain semuanya dah siap mandi. Adik sudahnya tak mandi sebab rakan Abang (Shahidan) dah pun sampai... Kami kemudiannya bergerak ke Jeti Tanjung Api, tempat dimana hasil² laut tangkapan nelayan dijual disini... Ada deretan kedai berhampirannya... Sedap juga makanan di sini...

Tengah² duk makan, Abang tanya si Adik "Nak naikbot?"... "Nak" jawab si Adik...
"Cepat makan, kejap lagi kita naik bot..." ujar si Ayah...
Mama pun konfius pada mulanya. Ini perancangan secara tiba² ni... Antara percaya dengan tidak, memang betul kata Abang tadi... Nak naik bot....

Jadinya selepas makan, kami ke Esplanade berdekatan dengan MPK... Abang dan Shahidan pergi bertanya tentang harga bot sementara Mama menunggu anak² yang nak ke tandas... Perjalanan jam 11.00pg. Maksudnya kami perlu menunggu 40minit lagi.. Sementara nak menunggu, kami minum² dahulu...

Jam 11.00pg, kami ke jeti bot semula, beli tiket... Haish... boleh tahan juga harganya... sekarang River Cruise ni dah di swastakan... memang le mahal harganya. Dulu masa bawah MPK, harga murah tak mahu naik... haish....

Sepertimana biasa, yang buat perangai tentunya Khairina... mulanya nak menangis juga..Haish anak dara seorang ni. Mujur tak jadi menangis lepas dipujuk. Tapi masih juga takut². Jom kita naik bot susuri sungai kuantan.... Satu bot ni penuh dengan pengunjung... Layan gambar ye....Menggunakan handphone Abang Nokia E71 berikutan kamera digital Mama kehabisan bateri semalam di Sungai Lembing dan Mama tak bawa pengecas...









Si Khairina duk mencebik dan masih takut²





Masa ni dah sampai balik ke jeti... Alhamdulillah perjalanan kami selama 40minit selamat... Belum pun melangkah keluar dari bot, si pemandu pelancung tu bagi kebenaran untuk bergambar.. Apalagi... jangan lepaskan peluang... wink3...


Gambar kami sekeluarga yang jarang² nak dapat sebab salah seorang mesti jadi jurukamera. Gambar ini diambil oleh pekerja Kuantan River Cruise ini. So friendly... thanks....

Hik3.... Mama masih sempat posing...


Nampak tak rak keychain sebelah Along??? wink3..Mama beli juga 2  buat kenang²an... Along pun sibuk gak menyelit nak beli... dapat juga 2 untuk dia...

Ha... ini gambar tiket kami.....
RM 18.00 untuk dewasa
RM 15 untuk kanak² 4tahun ke atas...

Berbaloi juga rasanya harga untuk perjalanan selama 40minit sahaja... Harga untuk 2jam, lain pula ye....
Pemandu pelancung pula amat bagus, menerangkan tentang tempat² yang kami susuri.... Dari jeti MPK hingga ke BOYA hijau di laut berhampiran Taman Gelora...

Dibelakang tiket ada gambar penguin yang berkata² :
10% OFF Bukit Gambang Water Park tickets* (up to 6pieces per cruise ticket). Please call 09-5468000 for details...

Ha tunggu apa lagi... nak ke Gambang Water Park pula ke??? He3... lain kali la... ada dalam perancangan tu... tapi masih juga tak sampai². Belum sampai seru bak kata orang tua²....

Aktiviti Bersama Kelab Kembara : Ke Sungai Mas, Sg. Lembing, Kuantan, Pahang

13.10.2012 (Sabtu)

Program apa minggu ni? wink3... Santai bersama Kelab Kembara ke Sungai Mas, Sungai Lembing Kuantan. Mengikut perancagannya, nak buat BBQ ikan, ayam, kerang & daging. Layankan aja. Keluarga Ninie kena bawa ikan dan juga air asam. Beres....

Bangun pagi² tu ajak MIL&FIL ke Beserah untuk cari ikan segar buat bakar nanti. Rupa²nya pasar segar di sini beroperasi jam 9.30pagi++. Tapi nak dijadikan rezeki kami...Alhamdulillah... Ada peniaga di situ dan bila ditanya ada ikan segar... Ninie cuma pilih ikan kembung sahaja. Beli 3kg dengan harga RM9/kg.Cukuplah agaknya sebab Abang cakap hanya 3keluarga sahaja yang turut serta.

Berjanji untuk berkumpul jam 9.00pagi di BHP, namun memandangkan ikan belum disiang, kami agak terlewat sedikit...Maaf kepada yang menunggu....Program kaliini keseluruhannya 3buah kereta kembara & 1buah kereta Viva.

Lokasi pertama kami adalah sebelum Jambatan ke Empangan Chereh, bila melihat keadaan lokasi seperti tidak berapa sesuai, kami mengubah lokasi.

Gambar di lokasi pertama:

Cantik betul pemandangannya....

Kali ini berhampiran bawah jambatan pula. Nampak macam strategik.. sampai di destinasi jam 11.00pagi... Sampai² terus cari port, pasang khemah & kanvas... serta terus buat tempat membakar... Layan gambar..:


Si anak² bertuah kelihatannya tak sabar² dah nak amik port mandi air sungai...Amboi², kanvas tak sempat pasang lagi, korang dah nak terjun ye... beres... Janji Along tengokkan si Adik²...

Jom kita bakar ikan, ayam dan daging dulu...Panasnya cuaca tuhan sahaja yang tahu.

Dah siap membakar, tunggu apa lagi...kita makan dulu... Kejap lagi baru boleh mandi sungai... Jenuh kerah anak² naik makan dulu. Nak mandi sungai aja kerjanya. Cuaca panas terik tak usah dikata. Habis berbelang² dah badan tu ha...


Lepas membakar & makan²... Jom kita mandi sungai... Mama pun turut serta tau...Melayan anak² girl dan juga anak RedCami berikutan Mamanya tak turut serta. Jom layan gambar :





Rintik² hujan mulai turun... dari bawah jambatan, kami naik ke atas daratan... sempat lagi pose sekejap...

Dengan anak² tersayang...



Amboi ko Along..Takkan dalam air pun nak tido jgak...



Dalam jam 4.00petang, kelihatannya langit mulai mendung dan disusuli rintik²  kemudiannya lebat! Langsung tak ada tanda² nak berhenti! Disertai angin kencang, petir berdentum...Aduhai.... Kebetulan pula masa hujan rintik² tadi dah arahkan anak² girl masuk ke dalam khemah untuk tukar pakaian. Tak sangka pula tiba² hujan selebat²nya. Anak² girl Mama yang berada dalam khemah panik agaknya. Sibuk memanggil² Mama sambil menangis. Aduhai anak. Mana nak boleh keluar sebab hujan memang lebat dan Mama pun dah basah kuyup. Alahai nak oi... mana nak boleh keluar kalau hujan ribut macam ni.

Disebabkan hujan ribut.. Kanvas mula macam nak terbang dan perlukan sokongan tambahan....

Along tak kira dah hujan ribut, sibuk duk makan kerang bakar...


Dah siap mengemas (kemas juga dalam hujan sebab memang tak ada tanda² hujan akan berhenti)... Kami gerak menuju ke bawah jambatan... Abang sempat salin baju...

Nota Mama : Si anak² bertuah sibuk ajak datang sini lagi... Seronok katanya... Lain kali lah ye jika ada masa lapang...