"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Thursday, 18 October 2012

Anak Mama Demam (Khalisah Batrisyia)



03.10.2012 (Rabu)

Sampai je Kakak petang tadi dirumah, kelihatannya sugul aja. Keluar bermain pun tidak. Nak tengok TV katanya. Rupa²nya Kakak demam... Badannya dedar... Bila waktu malam pula, suhu badan Kakak mendadak naik.. Jam 7.00petang, Mama terus bagi ubat demam. Tak seperti selalunya... selepas satu jam badan Kakak masih lagi panas. Panas sungguh! langsung tak surut. Mama mula risau...

Mama lihat Kakak gelisah... Kakak nak tidur tapi tak boleh nak tidur katanya. Mama bagi Kakak tidur dengan Mama hari ni. Tapi Kakak sekejap² bangun basuh muka. Katanya panas... matanya pedih... Aduhai... kesian Mama tengokkan... Mama ambil kain tuala kecil dan basahkan letak atas dahi Kakak, Tapi Kakak masih juga bangun basuh muka. Sekejap² Kakak bangun. Risau sungguh Mama lihat. Jam 1.00pagi, Mama bagi Kakak makan ubat lagi.. Kakak tidur betul² atas dada Mama macam bayi... Badan Kakak masih panas... tak surut²... Dan Kakak masih juga sekejap² bangun basuh muka. Malam ni Mama tak boleh tidur melihat keadaan Kakak... Hingga Jam 5.30pagi baru Kakak boleh tidur... masa ni badannya dahpun suam²... Mama pun baru boleh nak lelap.. tapi tak lama.. Jam 6.15 pagi Mama tersedar.. Haish... hari ni Mama tak masak untuk Along makan tengahari. Mama pesan pada Ayah suruh belikan...

04.10.2012 (Khamis)

Petangnya, setibanya Mama di rumah.. tak kelihatan kelibat Kakak... Ayah cakap Kakak nak tinggal rumah Nenek, tak nak balik... Mama telefon Nenek, Nenek kata tak apa... lagipun demam Kakak masih tak surut.. Mata Kakak pun dah sembab. Cerita Adik, siang tadi Kakak siap termuntah atas tilam rumah Nenek... Dah nenek cakap tak apa, Mama pun ok aja...

05.10.2012 (Jumaat)

Petang hari ni Kakak balik, Kakak masih belum sihat... badannya masih suam² walaupun dah diberikan ubat. Kali ini diikuti dengan selesema pula. Mama bagi Kakak makan ubat ikut aturan...Kesian Kakak... Malamnya, Mama ajak Ayah cari COOL FEVER dan air penyejuk badan memandangkan badan Kakak tak nak sejuk². Mama risau malam karang badan Kakak panas lagi.

Memang betul malam tu badan Kakak panas lagi. Mama nak tampalkan kat dahi Kakak Cool Fever, Kakak membentak. Katanya "benda tu (cool fever) tu tak best. Saya rasa jadi panas." Siap menangis² lagi... Penat Mama 'slow talk' dengan Kakak sampai rasa nak cubit aja... mujur Kakak akhirnya mengalah walaupun masih menangis. Adakalanya Kakak nak cabut cool fever tu... mungkin Kakak rasa tak selesa.

06.10.2012 (Sabtu)

Pagi hari ni, Mama rasa badan Kakak.. Dah tak panas sangat dah.. cuma suam² aja. Semakin baik berbanding hari sebelumnya. Alhamdulillah... Hari ni Ayah ada program nak bawa keluarga kita pergi jalan². Dengar je nak pergi jalan², Kakak automatik je kata "Saya dah sihat". Iyalah tu dah sihat... Dalam perjalanan, Mama bawa Kakak jumpa doktor dulu di Klinik Sulaiman, Bandar TAR, Jengka. Doktor beri ubatdemam, selesema dan antibiotik. Antibiotik tu, Doktor suruh habiskan dan memandangkan dah 3hari Kakak masih demam walaupun dah diberi ubat demam biasa.

09.10.2012 (Selasa)

Alhamdulillah... Kakak kelihatannya semakin sihat.Siap boleh menyanyi dan selera makannya juga dah kembali.. Ubat antibiotik Mama tak berikan pun. Masih tersimpan dalam almari...

Kakak kalau demam :
1) Selalunya teruk dan merisaukan hati Mama sebab badannya akan panas sungguh!
2) Bila datang sejuk, badan Kakak akan mengerekot kesejukan dan minta diselimutkan. Mulut Kakak siap terketar².
3) Adakalanya Kakak muntah tapi disebabkan angin kerana Kakak tak nak makan. Kalau dipaksa dan disuap, sekadar 3kali suapan sahaja.
3) Bagusnya Kakak ni, Kakak bukannya jenis yang merengek bila demam. Senyap aja. Mama yang kena kerap bertanya.
4) Kakak akan hilang selera makan dan badan Kakak akan jadi kurus serta bibirnya kering.
5) Kakak jenis yang mudah makan ubat bila disuapkan. Good girl...