"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Monday, 2 December 2013

Terengganu (Day 3 ): Muzium Negeri, Masjid Terapung & Makan Keropok Losong

02.12.2013 Isnin

Lokasi berikutnya, Muzium Negeri Terengganu. Kami sampai disini lebih kurang jam 2.45ptg. Jangan pelik ye melihat kami semua dah ganti baju Terengganu yang dibeli di pasar payang tadi. Hihihi semangat betul kami anak beranak weh.... Ganti masa di Masjid Kristal tadi. Kikiki...

Fikiran pertama masa nampak bangunan muzium ni... Aduhai macam seram je seni binanya.... Ok tak nak masuk ni?. Tengok pengunjung lain ok je.... Mesti takde apa² kan. Harga tiket? Murah je.... Total untuk kami 6 orang = RM 16 (RM 5/dewasa, RM 2/kanak²)

Cuma masa kami nak masuk tu, pengawal keselamatannya nampak kami bawa kamera. Ditahannya kami suruh simpan kamera tu dalam loker. Takkan nak melawan pul kan. Haish.... Kamera yang disibukkannya. Handphone yang canggih manggih yang boleh snap gambar tu tak pula ditahannya. Siap masa kat dalam tu ada yang bawa kamera DSLR lagi. Takkan tak nampak/ditahan? Kamera kami yang saiz comel ni yang disibukkannya. Haish.... Tak telus sungguh!

Oh ye, bagi anda yang mahu berkunjung di sini, pastikan masa masuk tu pandang dinding sebelah kanan yang mempamerkan pelan lantai bangunan tersebut. Ini kerana di tiket tersebut tak dinyatakan bahagian² dalam Muzium dan juga tiada pegawai bertugas yang mudah kita nampak untuk kita bertanya. Kenapa Ninie cakap macam tu? Sebabnya, mujur Hubby jenis rajin membelek² dan membaca. Ninie malas sikit. Masa dah nak keluar tu (tempat masuk dan keluar adalah dari pintu yang sama), Hubby terpandangkan pelan lantainya dan perasan ada tempat yang kami masih belum lawati dan kebetulan pula ada seorang staf yang lalu dan Hubby bertanya padanya. Alhamdulillah, dia sudi menerangkannya. Kebetulan pula, Ihsan dah keluar sebab Ninie suruh ambilkan kamera. Kemudian Ninie panggil masuk balik sebab nak ke tempat yang belum kami kunjungi itu lagi. Blok B, masa kami sampai di sini tiada pun pengunjung yang lainnya. Hanya kami sekeluarga. Mungkin memang pengunjung lain tak perasan pada pelan lantai tersebut.

Sebab tadi dah dapat kamera, gunakanlah peluang yang ada. Bergambar! Haish..orang lain boleh kenapa kami tak boleh kan. Cuma gambarnya tak banyaklah. Urm penat juga nak menghabiskan melawat muzium ni sebab besar. Lenguh tapak kaki Ninie dibuatnya.

Berbalik kepada awal² masuk tadi, kebetulan pula ada pameran binatang berbisa seperti kala jengking, ular, labah² dll. Siap ada pertunjukkan ular. Masa pertunjukkan ular baru nak mula, anak² gegirl bukan main teruja nak tengok. Tapi bila mula je masing² lari ketakutan sebab tengok ular tu atas pentas tanpa kurungan agaknya. Anak². Habis je pertunjukkan, penonton diberi peluang untuk bergambar dengan ular warna kuning+putih. Macam comel je... Ninie teruja nak bergambar dengan ular walau hakikatnya Ninie tengok ular bererak dalam TV pun menggeliat badan disebabkan geli. Memula ajak Hubby, Hubby tak nak.... Tapi Hubby layankan aja... Lastly kami sekeluarga bergambar bersam ular bersama². Bayaran yang dikenakan :
RM 3 jika menggunakan kamera sendiri & RM 6 menggunakan kamera penganjur + siap print saiz biasa. Kami ambil yang RM 6 ler sebab awal² tadi kamera dah kena tahan. Comelkan gambar kami.... 

Dah selesai berjalan di Muzium, perut lapar weh. Jom cari tempat makan. Tertarik pada kedai yang menjual keropok losong yang ternampak masa kami OTW ke Masjid Kristal lagi dan Hubby dah siap ‘pin’ dalam garmin... Jom kita mamam keropok losong di Kg. Losong. Tempat yang kami singgah ni namanya : Warisan Losong 14. Kat sini sebenarnya tempat/kilang memproses keropok losong dan terus dijual di kaunter jualannya. Patutlah ramai yang berhenti disini untuk memborong ataupun makan. Hubby order RM 5 keropok losong goreng dan juga RM 5 keropok losong rebus. Habis weh.... Ingat nak tambah lagi, tapi nanti malam nak berhenti makan lagi... Ninie beli untuk dibawa pulang nanti.




















Lokasi seterusnya singgah sebentar di Masjid terapung yang dikenali sebelum wujudnya masjid kristal. Cepat sungguh hari berlalu malam....

Selesai makan, perjalanan diteruskan ke Kuantan, Pahang rumah my MIL. Sepanjang² perjalanan kami, hujan turun tidak berhenti². Sampai di Paka, bapa mertua telefon menanyakan keadaan kami sekeluarga dan bila kami nyatakan yang kami dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang. My FIL beritahu jangan ambil laluan biasa, tapi ambil laluan JUPEM (Jabatan Ukur & Pemetaan Msia) serta teluk Cempedak sebab air laut pasang ditambah dengan air hujan, jalan di padang lalang dan juga pantai selamat dinaiki air dan tak boleh dilalui oleh kenderaan ringin. Wah sah air pasang besar ni @ tanda² banjir? Wallahualam.






Hampir sahaja sampai di Kuantan, Hubby melalui jalan pelabuhan, kelihatan air memenuhi jalan. Tapi disebabkan kereta dihadapan Hubby selamba je redah, Hubby pun apalagi, meredah banjir atas jalan juga ler. Agak dalam juga... maunya paras lutut dewasa. Alhamdulillah tiada apa². Kemudian Hubby singgah di kedai makan PADI berhadapan dengan JUPEM. Tengah² hujan ni, kebetulan pula ada jual sate di sini. Anak² pula teruja dengan akuarium serta kolam yang ada dalam kedai ni. Ikan kaloi, kura² besar, ikan aropaima, ikan kap dan macam². Teruja sungguh anak² Ninie ni. Sampai rasa nak menjerit bila disuruh makan dulu sebab tak mahu makan asyik dengan ikan dan kura².