"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Saturday, 7 December 2013

Bukit Fraser (Day 2)

07.12.2013 Sabtu

Jam 9.45pg, Ninie dan Hubby pergi sarapan pagi di bawah sebab free kan.... katanya tambahan RM 8/org kalau nak makan sekali. Anak² masih tidur kecuali si Kakak. Ninie pesan padanya yang Mama & Ayah nak keluar cari sarapan. Suruh Kakak tengok TV dan kunci pintu bilik. Kunci Mama dah bawa.

Selesai makan, Ninie dan Hubby pusing² cari kedai makan nak bungkuskan makanan untuk anak². Tertarik pada sebuah kedai di atas bukit betul² sebelah masjid. Kelihatannya beberapa orang pelanggan sedang enak makan di sini. Terdapat nasi lemak dan juga roti canai. Bila diamati, kedai ini terletak betul² sebelah masjid dan juga banglo Bentong. Senang nak cari. Rasanya malam tadi pun buka...

Setelah anak² siap makan, Ninie mula mengemas pakaian. Jap lagi nak check out terus lagipun dah hampir jam 12.0tgh. Lepas check out, sesaja pergi Padd ingat nak tengok kuda. Tapi dah tutup jam 12.00tgh rupanya. Tambahan pula hujan, macamana nak naik kuda... Bergambar di signboard sahajalah....

Kemudian kami pusing² di sini dan bergambar kenang²an. Huhuhuhu... Bagi Ninie tak menarik sangat pun kawasan ni... Biasa² sahaja. Kalau sampai awal, pastinya lepas bergambar kami turun semula. Mujur sampai dah lewat semalam. Sekitar gambar kami disini.... Souvenier pasti tidak dilupa. Oh ye... Harga keychain/fridge magnet murah tau berbanding di tempat² lain yang kami lawati sebelum ini....

Lokasi seterusnya...? Kuala Gandah (Next Entry ye...)