"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Wednesday, 4 December 2013

Percutian Yang Tidak Dirancang... (Jerantut Hill & Kuala Lumpur)

04.12.2013 Rabu

So secara tak rasminya Ninie sambung cuti pada hari ini. Tapi mula menggagau pula sebab line Celcom langsung tak berfungsi! Mujur line Digi Hubby masih boleh digunakan walaupun tak berapa nak Ok juga. Dapat juga Ninie hubungi Bos dan inform apa yang berlaku. Mujur Ninie dapat Bos yang begitu memahami. Alhamdulillah.

Alang² dah sampai ke sini, yang girang pastinya anak² bertuah sebab dah lama sangat tak mandi kolam. Tak silap akhir sekali sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Ninie lepaskan anak² dengan segala nasihat dan tegahan dan dipantau oleh Ihsan sementara Mama & Ayah keluar mencari sarapan pagi. Sarapan pagi kami hari ini adalah nasi lemak. Alhamdulillah.... Terpancar kegembiraan anak² mandi kolam. Hubby terjun juga... Ninie? Tak mahu la hari ni sebab tahu dah airnya kompem sejuk!

Jam 11.00pg, Ninie & Hubby naik ke bilik dulu sebab nak mengemas mana yang patut untuk check out, Anak² masih aktif mandi di kolam dah tak mahu nak naik. Naik pun waktu Ayah check out. Aduhai anak.... Ninie berharap sangat yang hari ini dapat pulang ke rumah. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.

Sebelum bergerak balik, Ninie ajak Hubby singgah di TF Value Mart untuk beli barangan keperluan dapur dahulu. Urm... dengan bonet keretanya dah penuh ditambah pula dengan tempat kaki belah belakang dengan barangan dapur pula. Berat dibuatnya...

Jam 4.00ptg, kami meluncur untuk pulang kerumah. Namun Allah Maha Besar, laluan dari Jerantut ke Lepar Utara masih tidak dapat kami lalui disebabkan banjir. Air sungai kelihatannya besar/naik... Terdapat 2 buah bot disini yang digunakan untuk membawa guru² untuk ke seberang sana berikutan peperiksaan SPM masih lagi berjalan.

Termanggu kami di sini hampir 1/2jam memikirkan penyelesaian yang lainnya. Buntu seketika untuk memikirkannya. Nak tunggu air surut? Entah bila akan surutnya dengan melihatkan keadaan air itu sendiri yang tidak bergerak @ mengalir.... Nak berpatah balik ke Jerantut? Urm...mungkin tidak.... Kita ke Kuala Lumpur ajalah saran Ninie sebab Hubby ada beritahu nak ke KL sbb nak beli barang untuk Kembara nya ni ha.... Alang² kan... Tambahan lagi bila call My MIL, mak beritahu yang jalan untuk masuk ke Bandar Kuantan pun dah tak boleh nak lalu dah. Senang kata, situasi sekarang kami sekeluarga nak balik ke rumah sendiri tak lepas dan nak berpatah balik ke Kuantan pun dah tak boleh. Hubby tak kisah sebab mereka memang cuti. Anak²pun begitu. Permasalahanannya sekarang cuma Ninie je.

Hubby drive ke stesyen minyak Jengka 8 sebab anak² nak terkencing. Masa sampai di sini, kelihatannya ada JPAM, Polis dan banyak kenderaaan lainnya di atas jalan. Pada mulanya Ninie ingatkan kemalangan. Namun bila diamati betul² rupa²nya jalan untuk ke PPTAR juga banjir! Wah kuasa Allah, Negeri Pahang sana sini banjir. Tak pernah lagi Ninie hadapi situasi serumit ini. Itu baru sedikit bagi kami, kesian sungguh mangsa² banjir yang lainnya.

Dari sini, kami terus bergerak ke Bandar Jengka. Kata putus sudah diambil... kami sekeluarga akan ke KL. Ke rumah Kak Ati. Kakak Hubby yang sulung. Kak Ati pun sudah kami maklumkan. Cuma Ninie minta Hubby ke kedai pakaian sekejap sebab nak beli baju untuk anak² bertuah seorang sehelai. Pakaian bersih dah tak ada... Ninie dan Hubby masih ada seorang sepasang. Takpe, sampai rumah Kak Ati nanti Ninie mendobi ler....

Selesai urusan disini, perjalanan diteruskan dan berhenti seketika di hentian Lanchang untuk Solat Jamak Maghrib+Isya’. Hubby melayankan karenah si Adik yang sibuk nak makan jagung. Dibelinya 6 cawan untuk kami berenam. Bersungguh kami makan.

Jam 10.00mlm kami selamat tiba di Kuala Lumpur. Misi seterusnya? Masuk tidur....Badan dah penat. Anak² & sepupunya jenuh disuruh tidur sebab galak bermain. Al Maklumlah lama tak jumpa.







No. Plat kereta yang hilang mungkin semasa meraduk air banjir. No. plat baru sudah dibuat di Bandar Jerantut tapi tidak diasang. Sayang ooo kalau hilang lagi tatkala musim hujan dan banjir. Sudahnya letak di bawah seat kereta je.




Kuala Lumpur... kami datang ni....